Salam
Ahad 2 Mac 2014/ 1 JamadilAwal 1435H
Alhamdulillah sejak hari Rabu 26 Februari saya kembali semula ke Langkawi. Tiket kapalterbang di bayarkan anak kerana mahu kami berada di Langkawi sewaktu konvoi kelab kereta perdana beliau membuat lawatan dua malam ke Langkawi. Thumbs up juga kepada kelab kereta perdana ini namanya PROPERD (Proton Perdana) kerana jadual lawatan termasuk melawat rumah anak-anak yatim. Teringat program C-LAT di Smartop tidak berapa lama dulu,alhamdulillah ada unsur MEMBERI.
SYAMIL SEMPAT MENJAMAH JUADAH DI LANGKAWI LITE
Ketibaan anak saya tengahari Sabtu bersekali dengan team UUM teman saya yang membuat lawatan ringkas untuk pelajar Ph d dan seorang undergrad student exchange daripada GARUT Indonesia. Tu yang beliau excited sangat kerana Garut nama keramat kepada kami satu ketika mengasaskan Situwangi Boarding School (SBS) Cikajang Garut, sebuah sekolah tahfiz dasar kini peringkat atas (tahun 5 menengah). Nostalgia Garut kepada kami tak pernah hilang. Dengar nama saja sudah gembira. Ini satu anugerah Allah merasai perasaan rindu yang indah, bermawaddah dan nikmat mendengar sesuatu. Semoga Smartop dan Langkawi Lite menggamit sanubari mereka yang mengenalinya macam SBS GARUT.
KENANGAN DI HADAPAN KOMPLEKS HIG. LELAKI SEBELAH SAYA FITRI DARI GARUT
Langkawi Lite sedang merangkak balik setelah bertatih kurang dua bulan kerana ia belum bersedia. Selain suasana pelancungan selepas Tahun Baru Cina yang sepi kerana kekurangan pelancung pengurusan Langkawi Lite di uji dengan pekerja membuat tuntutan kenaikan gaji. Sedarlah saya mengapa banyak business tidak mampan (sustainable) jika pemikiran petugas tidak terbuka luas melihat isu daripada pelbagai sudut. la juga hikmah kepada kami yang baru mengenali penduduk Langkawi agar lebih berhikmah, berhati-hati dan mohon banyak-banyak petunjuk Allah.
LANGKAWI LITE CAFE YANG SEDANG MENGALAMI SINDROM BUKA TUTUP
Bagi kami yang beroperasi berkonsepkan MEMBERI sekadar yang mampu kami sediakan jawatan, transport, tempat tinggal bagi yang amat memerlukan dan kadar gaji harian yang lebih tinggi daripada kadar biasa. Di saat tuntutan berlaku saya mengimbau Tangkak...tahap pendidikan dan suasana agak sama, namun kesabaran petugas di Tangkak lebih tinggi. Saya bukan ingin membanding namun hikmah saya menguruskan dua projek yang berbeza matlamat mengajar saya bahawa TIDAK ADA PILIHAN UNTUK MAMPAN SELAIN MENGASASKAN IMAN,AKHLAK DAN TAQWA secara berterusan.
Tajuk di atas saya bawakan kali ini kerana seorang pelajar Ph d UUM yang menyertai teman saya sedang membuat proposal thesis/kajiannya bertajuk SUSTAINABLE TOURISM. Premis kajian ialah beliau sering di dedahkan dengan maklumat projek demi projek pelancungan dilancarkan untuk meningkatkan industri pelancungan di Malaysia,namun setelah beberapa tahun projek di abaikan dan tidak ada lagi berita mengenai projek tersebut. Suasana pelancungan kekal macam biasa tidak banyak perubahan. Respond awal saya adalah projek berstatus ONE OFF..bukan untuk jangka panjang.
Setelah Pulau Langkawi di beri taraf GEO PARK oleh UNESCO pun suasana pelancungan di Langkawi masih rawan (precarious/mudah gagal). Ada khurafat yang menyatakan SUMPAH MAHSURI. Tu yang ramai pihak yang berfikiran moden ingin menghapuskan termasuk syarikat NAAM yang melabur jutaan Ringgit ingin melengkapi industri pelancungan di Langkawi dengan speed bot dan kapal canggih bagi pelancung yang berduit, antaranya pelancung daripada timur tengah/arab.
Kami berbincang ala kadar semasa membuat lawatan ringkas termasuk ke Pantai Kok.Namun masa menghadkan kami tidak sampai ke Cable car. Singgah melawat Quay Perdana di mana terletak banyak kapal mewah bagi orang yang kaya dan berada. Cuaca panas mencicah hampir 40 degree menampakkan kekeringan rumput dan pohon sekitar semua tempat. Saya merenung dalam-dalam bagaimana projek mewah dan ada kelas seperti Quay kelihatan hambar, kering tanpa ruh. Roti lama di jual di sebuah kedai roti yang di asaskan seorang bekas pemimpin Malaysia, tapi pulang ke rumah terus di baling ke dalam bakul sampah. teman saya mengomen 'tu roti lama,kering dah keras'. 'l can bake better bread' saya menyahut.
Where did we go wrong in trying to convince foreign tourists that we are ready to offer them an attractive tourist location when even serving good bread seems a failure. (Di mana silap kita dalam cuba meyakinkan pelancung asing yang kita bersedia menawarkan lokasi pelancungan yang menarik sedangkan untuk menghidangkan roti yang baik pun kita gagal)
Berbalik kepada operasi Langkawi Lite yang masih mengalami sindrom buka tutup.Ia di tutup pertengahan Februari kerana kos yang kian meningkat sedangkan hasil tidak sejajar. Saya di fahamkan penggunaan bahan amat 'lavish' seolah di hotel. Dalam satu peristiwa Chef berontak langsung tak ada nasi di dapor dan terpaksa di beli di gerai lain. Berita sebelah pihak ini ingin saya pastikan sebabnya namun keberadaan saya di Langkawi tidak di manfaatkan bekas petugas dan kami selesaikan bayaran kerja mereka sebaiknya. Adik saya berkali-kali menghantar mesej agar berbincang dengan baik...saya tak sempat berbincang,tak ada audience.
Teman UUM saya memberi beberapa pandangan tentang promosi dan seumpamanya yang amat releven. Kami bersepakat menyatakan hanya pakej pelancungan yang boleh menyelamatkan keberadaan Langkawi Lite kerana ia menjamin pelanggan. Sekadar membuka untuk pelancung 'walk in' ia satu operasi yang mengambil masa kerana perlu ada pelanggan tetap atau follower yang sukakan masakan di kedai kita.
SUSTAINABLE TOURISM merupakan satu tajuk amat relevan untuk Langkawi. Antara sebab pelancung sukakan sesuatu tempat menurut program TV "Lonely Planet" ialah keindahan ciptaan Allah yang masih utuh tidak tercemar kesan pembangunan pesat. Langkawi ada semua ini malah beberapa pulau daripada jumlah 99 pulau katanya ada yang belum di terokai. Dalam kajian lain pelancung era moden perlukan jalinan komunikasi (communication connection) yang canggih, cepat dan real time. Sorry langkawi fail miserably here. Adik saya menunggu tiga tahun untuk mendapat sokongan meWiFikan seluruh Langkawi dan MASIH MENUNGGU kelulusan serta geran. Semoga selepas kesulitan akan datang kemudahan seperti maksud ayat AlQuran.
Mengapa seorang teman saya daripada Jakarta berulang alik bercuti ke Bali saya kurang arif. Saya pernah sekali ke Bali lama dahulu namun tidak merasai hebatnya. Pengalaman suami saya juga demikian.Tetapi mengapa repeat customer datang ke Bali? Rata-rata kerana promosi dan budaya yang dikekalkan zaman berzaman. Budaya Hindu,animesma dan asli Bali. Mungkin ramai penyelidik menulis tentang Bali. Saya menggalakkan pelajar Ph d UUM teruskan hasrat dan membuat kajian terperinci tentang Langkawi. Sejarahnya mesti hebat termasuk pengaruh lslam, Thai dan orang pulau sendiri.
Tahun 2014 merupakan tahun melawat Malaysia dan Langkawi cuba memanfaatkannya. Kehadiran pelancung yang agak memberansangkan di lapangan terbang menarik sekali.Pelancung tempatan yang mampu juga menggunakan kapalterbang dan jumlah mereka kian meningkat. Langkawi memang ada potensi seperti satu lokasi di Pulau ini yang di beritakan padat dengan pelancung asing iaitu Pantai Cenang. Antara tarikan ialah night life di pantai cenang. Saya pun tak tau nak komen samada budaya ini patut di semarakkan di merata tempat di pelusuk Langkawi. Setakat uptown dan pasar malam ok lagi tapi kalau melarat minuman keras sampai larut malam saya protes sikit bagi yang beragama lslamlah. Tapi katanya remaja lslam lebih mudah membeli arak berbanding coke kerana ia lebih murah. WaAllahu'alam pelajar Phd UUM kena sahkan fakta ini.
Makanan tempatan merupakan unsur yang dapat menjana SUSTAINABLE TOURISM. Specie macam saya akan berulang ke tempat begini kerana kesegaran ikannya,apatah lagi jika di perolehi dengan memancing sendiri. Namun industri ini perlu di kawal juga kerana penangkapan ikan yang berlebihan merosakkan eco system. Cara masakan juga menjadi tarikan dan perlu istiqamah menyediakannya. Di sini Langkawi Lite bersama induknya Indra Travel sedang memikirkan mencari sendiri bekalan ikan supaya tidak terperangkap dengan masalah bekalan musim cuti dan seumpamanya. Semoga idea ini akan dapat di operasikan secepat mungkin.
Hospitality atau layanan masyarakat juga merupakan unsur yang mengingatkan pelancung kemesraan penduduk tempatan melayan mereka. Saya terbaca blog Saifulislam yang di layan begitu mesra di Turki hingga hatinya 'tertinggal' di Turki sekarang ini.
Last but least saya berpandangan sistem WAKAF yang juga berlaku dalam merencana program pelancungan di Turki ratusan tahun lampau boleh menjadikan pelancung selesa dengan Langkawi. Ketika mana pergi melancung merupakan kelebihan mereka yang berada, nasib orang-orang miskin dan kurang mampu perlu di ambilkira dalam peta pelancungan di Malaysia yang mendakwa ingin berbakti untuk lslam. Jika banyak Caravansari /rumah tumpangan yang baik dan percuma di sediakan industri ini akan mendapat berkat. Namun apa kan daya kami yang mengruskan sebuah homestay pun masih merangkak untuk membayar bil-bil yang kian meningkat. Terpaksa meletak harga penginapan kecuali kepada ahli keluarga dan kenalan rapat.
Saya berhenti disini kerana banyak urusan mengemas homestay. Petang Selasa saya akan bersegera pulang Shah Alam, transit sekejap untuk ke Tangkak pula. SUSTAINABLE TOURISM sedang bermain-main di minda saya.
No comments:
Post a Comment