'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Tuesday, February 25, 2014
OF EAGLES AND SPARROWS
HAMPARKAN IMPIANMU TATKALA SUJUD. KEMUDIAN BERLALU PERGI. KETAHUILAH ALLAH TIDAK PERNAH MENGABAIKANNYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Isnin-Selasa 24-25 Februari 2014/ 24-25 RabiulAkhir 1435H
Berita kematian Bendahari Unit Mubalighah JAIS 10 pagi ini (Isnin) menginsafkan saya betapa besar kuasa Allah yang menghidup dan mematikan, innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dua hari lepas,Sabtu 22 Februari 10 pagi anak perempuan saya melahirkan Ziad Amru, cucu ke 12 saya dan suami, alhamdulillah. Hampir dua tahun lalu anak saya juga kehilangan anak keempatnya Abdullah Azam,innalillah...
Lama saya tidak menulis atas pelbagai sebab antaranya tidak 'agile' lagi menyesuaikan masa. Maksud 'agile' ialah 'fleksible' di mana apabila satu masa di gunakan untuk satu urusan saya sudah tidak mampu lagi menyelitkan urusan lain macam dulu. Dua hari tetamu datang ke rumah di Tangkak saya tidak betah cergas seperti dulu dan terpaksa mengambil masa memulihkan tenaga yang sedikit berbaki. Apa pun di banding dengan ujian sakit dan coma yang di deritai orang lain atau nasib pelarian di mana-mana di muka bumi ini, saya amat bersyukur dan masih sihat alhamdulillah.
Tajuk OF EAGLES AND SPARROWS saya bawa kali ini muncul apabila saya membaca sebuah mesej yang sampai kepada saya melalui sms bahawa sebuah alumni mahu jadi EAGLES di tengah masyarakat. Kalau mentaliti di tahap SPARROWS bagaimana ingin mendakwa EAGLES. Itu komen spontan saya kepada suami.
Mari saya jelaskan apa EAGLES (burung helang) dan apa SPARROWS (burung pipit). Kedua-duanya jenis burung, yang satu besar, kuat, cekap mencakup mangsa dan terbang tinggi, yang satu lagi kecil,terbang rendah dan kurang mampu menerpa mangsa,malah ia mudah di mangsakan. Perumpamaan yang di bawa dalam mesej sms menggambarkan masih ada lagi specie insan yang bersikap elitis atau kebangsawanan. Seolah-olah mempertahankan kata-kata'helang sama helang, pipit sama pipit. Mereka tak mungkin bersama'
Dalam umur yang senja ahli alumni sewajarnya menginsafi bahawa di sisi Allah hanya nilai TAQWA yang laku bukan EAGLES atau SPARROWS. Teman saya pernah menulis bahawa di 100 meter akhir umur ini sepatutnya kita berkejar mencari redho Allah. Dalam bahasa AlQuran FASTABIQULKHAIRAT. Untuk berbaik sangka dengan nawaitu alumni saya berhenti komen di sini dan mendoakan jika ada pertemuan di kalangan mereka semoga semuanya dalam mencari redho Allah jua bukan membangga diri mereka kumpulan elit yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka harus mampu muhassabah tentang legasi yang mereka wariskan hari ini semacam sedikit kucar kacir pada pandangan sayalah.
Sempena tajuk OF EAGLES AND SPARROWS juga saya ingin bercerita tentang mesyuarat Parent Support Group Smartop yang berlangsung pada 21 Februari. Mesej daripada pengerusi Lembaga ialah agar mencontohi budaya BERWAKAF yang pernah di akhlakkan masyarakat dalam pemerintahan Khilafah Othmaniyyah di Turki (EAGLES OF ISLAM), iaitu mencontohi amalan sunnah Rasulullah saw dan para sahabat awal. Konsep memberi mestilah yang terbaik untuk meraih keberkatan dari Allah dan pasti mendapat ganjaran terbaik di dunia dan akhirat. Teman saya juga yang menyarankan saya mencari maklumat ini daripada blog SAIFULISLAM dan alhamdulillah banyak pencerahan mengenai budaya infaq dan wakaf di Turki di perolehi.
Sesekali imej teman saya yang meninggal dunia muncul kerana Allahyarhamah seorang yang gigih memberi khidmat kepada Unit Mubalighah JAIS bertahun-tahun lamanya. Saya menarik diri daripada Unit Mubalighah di saat saya tidak mampu menunaikan amanah yang bertambah ketika itu. Allahyarhamah meninggal di jangkiti denggi berdarah terus coma. Semoga ruhnya bersama para syuhada kerana memberi masa terbaik untuk lslam.
Satu keistimewaan bekerja dan menginfaqkan masa untuk beramal soleh seperti dalam Unit Mubalighah atau mana-mana NGO serta kerja sukarelawan ialah terserlahnya sifat KASIH SAYANG dan SILATURRAHIM. Kedua-dua sifat ini adalah anugerah Allah. Ia tidak akan berlaku atau bertahan lama dengan kepura-puraan atau keterpaksaan. Untuk mendapat hidayah dan anugerah Allah hendaklah bersedia mendekatkan diri dengan Allah, yakin dengan pertolongan Allah dan tidak berkira dengan masa, tenaga dan wang ringgit yang di persembah/infaqkan semata-mata kerana Allah. Barulah standard EAGLES. Easier said than done kata orang putih.
Latihan yang pertama ialah sentiasa mengisi masa agar tidak tersia-sia begitu sahaja. Mesti di isi dengan ilmu dan amal samada di cari atau berada dalam majlis ilmu apatah lagi berkongsi ilmu. Ilmu yang di perolehi perlu di amalkan barulah menjadi akhlak. Akhlak yang di praktikkan bersama barulah menjadi budaya. Apabila budaya memberi dan berwakaf berlaku dalam masyarakat di Turki ia merupakan legasi kepada pemerintahan empayer Othmaniyyah yang menjadikan lslam sebagi paksi pemerintahan ratusan tahun lamanya.
Pertanyaan saya kepada Alumni yang hendak menjadi EAGLES ialah apa legasi yang anda wariskan setelah berkhidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan? bukankah sepeninggalan anda kini kerajaan semakin tidak keruan,kurang di senangi, semakin kucar kacir dan semakin lemah? Di sana sini berlaku dasar yang menyulitkan rakyat, bercambah rasuah, maksiat dan jenayah. Terkini mau tidak mau kita pasrah bahawa negara Malaysia di landa musibah KEMARAU. Panas begitu terik. Di kawasan rumah sewa kami di Tangkak baru-baru ini berlaku kebakaran hutan dan angin kuat menaburkan serpihan bakaran hingga ke dalam rumah. Sewaktu kami ingin membeli rumput untuk kawasan Smartop di beritakan rumput semua kering dan tidak dapat di jual.
Terkini di kawasan bandar dan sekitar lembah kelang semua mengeluh kerana catuan air. Masing-masing menuding jari marahkan Syabas, kerajaan negeri dan pemerintahan PKR. Hilang semua nilai KASIH SAYANG dan PERSAUDARAAN yang menjadi tunjang sikap memberi, berinfaq atau berwakaf. Berita keluarga suami saya di kajang menyebutkan penduduk bergaduh kerana bekalan air yang di curi...masyaAllah...kemana kita akan pergi akhirnya? Akhlak EAGLE ke SPARROW ni? Situasi negara sedang merudum ke tahap under developed countries.
Mari kita sama-sama merenung ayat AlQuran Surah Al-Mulk 30 "Katakanlah (Muhammad) terangkanlah kepadaku jika sumber AIR kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu AIR yang mengalir?" Doa saya bersama kumpulan yang akan bersolat Istisqa' (mohon hujan) di Shah Alam nanti mendapat sambutan Semoga Allah maqbulkan dan musibah kemarau di Malaysia dapat di redakan. Saya dan suami tidak dapat bersama kerana ke Langkawi esok (26hb) untuk cuba meninjau status Langkawi Lite yang agak 'fragile' sekarang ini. WaAllahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment