NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 8, 2014

GERSANG MAWADDAH

Salam

Sabtu 8 Mac 2014/ 6 JamadilAwal 1435H

Hujung minggu yang berfenomena pada tanggapan saya kerana dua insiden buruk telah berlaku. Hari Jumaat ketua parti pembangkang Malaysia di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana salahlaku liwat dan yang masih menjadi misteri ialah kehilangan pesawat MAS destinasi Beijing pada pagi Sabtu 8 Mac. Pelbagai spekulasi di suarakan oleh ramai orang antaranya bala kerana kezaliman yang ketara, melindungi aib yang di dedahkan dan ibrah/iktibar daripada Pencipta untuk bertanya SIAPAKAH YANG BERKUASA?

Saya bergegas pulang ke Tangkak sebaik sampai di Shah Alam daripada Langkawi petang Selasa 4 Mac. Sababnya program pertama aktiviti berenang anak-anak Tadika Smartop Rabu 5 Mac di Melaka perlukan koordinasi saya sendiri bertemu coach Mr Neo. Alhamdulillah aktiviti mendapat kerjasama ibu-ibu yang membantu membawa anak-anak ke program. Semoga Allah memberkati sumbangan mereka. Satu terapi kepada isu GERSANG MAWADDAH.

KESERONOKAN ASAS PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Petang Khamis saya mendapat berita seorang sepupu saya Ahmad Yaakub Jantan meninggal dunia di kampong Sungai Mati selepas waktu Asar. Sempat saya berziarah arwah sebelum di kebumikan pagi Jumaat di samping singgah ke tanah perkuburan Masjid Bukit Kangkar berdoa untuk arwah ibu bapa saya. Ya Allah kami insaf bahawa kami akan menemui mereka yang mendahului kami. Umur saya hampir 3 tahun melepasi umur sunnah Rasulullah saw dan bacaan gula sejak meninggalkan ubat dibetik dua tiga minggu dek kesibukan melonjak 15. Bertenang...rawat mana yang patut.

Mutakhir ini saya amat terkesan dengan maksud Surah Al-Baqarah 155 di mana Allah berfirman 'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar'

Di saat seorang hamba Allah ingin memantapkan iman dan berjihad untuk mencari redhoNya ayat ini berperanan memberi suntikan emosi bahawa nothing comes esay. Maksudnya tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan di sisi Allah kerana ia harus di bayar dengan nilai yang perlu di bina dan di didik dan di 'immerse' (sebatikan) dalam jiwa dan diri, minimanya sifat SABAR.

Tajuk di atas saya bawa kerana ketara isu yang saya berhadapan samada di Langkawi Lite maupun di Smartop berpunca daripada GERSANG MAWADDAH.  Mengikut teori Ustaz Hasrizal penggunaan kalimah bayangan seperti tajuk blog akan membuatkan seseorang berfikir menepati peranan Ulul Al-Bab. Apa pun GERSANG maknanya kering MAWADDAH bermaksud kasih sayang.

Apabila kering kasih sayang berlakulah apa yang berlaku. Luahan ketidakpuasan hati sampai kepada saya daripada pihak yang belum immerse dengan nilai peribadi mulia. Ungkit mengungkit, tuntut menuntut dan hilang kesabaran untuk istiqamah. Begitulah kegersangan yang menular ke peringkat masyarakat, negara dan dunia. Saya tidak mampu mengulas, namun dalam insiden kehilangan pesawat MAS saya berempati dengan keluarga yang di timpa musibah kerana terlalu lama pihak berkuasa di Malaysuia mengambil masa untuk membuat tindakan mencari kehilangan.

Saya menghabiskan masa hampir 24 jam ingin tahu berita mengesan ke mana perginya pesawat yang menghilang daripada radar pengesan. Semoga Allah merahmati insan-insan yang terlibat dan dalam hati kecil ini ada sekelumit harapan agar rahmat yang Allah curahkan masih menghidupkan mangsa dalam kes kehilangan pesawat ini.

GERSANG MAWADDAH ada kaitan dengan sifat KIKIR MEMBERI. Saat seorang meminta pertolongan kita apa reaksi pertama kita? Jika kita jelas bahawa semua perkara adalah milik Allah sepatutnya tidak ada soal bicara sebelum memberi kerana yang akan membalas pemberian kita bukan orang yang tidak berdaya yang kita bantu tetapi Allah pemilik khazanah langit dan bumi. Beri terbaik akan dapat yang lebih baik. Ini sunnatullah. Tepuk dada tanya iman dan keyakinan.

Dalam kes musibah yang berleluasa mutakhir ini amat kurang sikap memberi sesama sendiri kerana di warnai permusuhan, hasad,tamak dan GERSANG MAWADDAH, tidak terkecuali projek yang saya sedang pantau. Strategi saya ialah berhenti sekejap, asingkan diri daripada permasalahan dan cari jalan keluar terbaik dengan memohon pertolongan Allah. Saya tidak ada kuasa mengubah hati manusia tapi saya ada pilihan bertindak dengan mengatasi isu GERSANG MAWADDAH melalui sifat MEMBERI apa saja yang di perlukan. Tampilkan keinginan untuk memberi apa yang mampu walau sekadar bersolat hajat dan membakar roti!
LATEST- ROTI BERINTI KELAPA ATAU KACANG UNTUK SMARTOP

No comments:

Post a Comment