Salam
Khamis 30 Januari 2014/29 RabiulAwal 1435H
Alhamdulillah saya dan Langkawi Lite (LL) sedang bermain dengan perasaan. Sebentar ceria sebentar hampa, Sedih dan seronok bercampur baur menjadi bahan mendidik jiwa dengan soalan mendesak mengapa saya sampai ke Langkawi dalam umur senja ini. Akhirnya saya pasrah tanpa perlu alasan bahawa ia merupakan jajak-jejak yang akan mewarnai sejarah Smartop. Tanpa Smartop saya tidak terfikir mencari dana tambahan dan tanpa Smartop tidak berpeluang hati-hati yang ikhlas melakukan infaq segala bentuk.
LL sedang melalui fasa anak-anak bertatih. Jatuh bangun orang bertatih menyakitkan juga. Silap haribulan boleh berdarah lutut. Dua kali berdarah lutut LL bila dua orang chef mengundur diri. Kedua-dua di sebabkan penyakit idapan yang perlukan rawatan lanjut dan rapi. Namun doa semua yang tidak putus-putus agar LL terus tegak berdiri menampilkan dua orang Chef anak Langkawi yang masih muda tapi pernah bertugas di hotel sekitar Langkawi. Tanpa mengharap kepada manusia saya mimpikan sebuah suasana perkhidmatan yang soleh dan silaturahim yang mantap. Brainstorm demi brainstorm. Kajian demi kajian di jalankan. Kos demi kos di serap sebagai R&D. Nothing is lost..itu pendirian saya jika jelas matlamat ingin membangunkan tamaddun umat di Langkawi pulau legenda ini.
23 November 2013 tarikh memulakan LL, sebulan kemudian, 23 December Chef kedua di uji musibah, isteri mengidap dibetik. LL memberhentikan operasi. 23 Januari 2014 hingga kini team baru sedang mencuba kaedah bernama CLAY POT. Seorang sahabat berniaga menasihatkan agar di pamer masakan di dinding kedai menyerupai kedai makan bukan kosong tanpa makna. Pakej yang pernah di jalankan di perbaiki dan promosi di perhebat.
IMEJ BARU LANGKAWI LITE
Santai sahaja kedatangan saya dan suami ke Langkawi kali ini kerana tidak banyak yang kami dapat lakukan kecuali menjalin hubungan yang baik dengan team baru dan berdoa jika ada rezeki LL akan membesar sebagai anak yang dapat berbakti insyaAllah. Satu demi satu masakan kami menjadi food taster/tester sampai adik beradik saya memberi amaran jaga bacaan gula jangan melonjak tinggi.
WAH SEDAP MI SUP ALA THAI
Banyak hikmah berada di pulau pelancung ini kerana peluang bertemu dengan pelbagai jenis bangsa amat tinggi. Buka mulut say salam then strike persaudaraan. Tepuk dada tanya iman saja. Malam setelah rombongan pakej yang kami santuni pulang datang pelanggan sekeluarga sedangkan tukang masak baru berlepas pulang. Tidak ada pilihan bagi kami kecuali menawarkan apa yang ada iaitu nasi goreng dan pisang cheese. Mungkin layanan agak terlebih mereka amat menyanjungi tindakan kami dan berjanji akan menyebarkan maklumat LL dengan teman sekerja di Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Wow...luas tu. Alhamdulillah ameen, Saya sempat rakamkan gambar sekeluarga yang lima anak-anaknya sedang membesar. Allah izinkan juga suaminya seorang guru pakar dan kami berkongsi maklumat tentang Smartop. Alhamdulillah.
PELANCUNG DARIPADA CINA MENGUJI KOMUNIKASI-PERLU BERBAHASA MANDARIN
Melihat bagaimana tamu malam tersebut mendidik anak-anaknya saya amat terkesan kerana dia membebaskan anak-anaknya bertanya apa sahaja asalkan menghormati orang tua dan ada manfaat. Prinsip ingin mendedahkan anak-anak dengan pelbagai pengalaman bermusafir merupakan satu mesej bahawa tidak ada yang rugi dalam membelanjakan kos musafir kerana terlalu banyak yang akan di lihat, di dengar dan di rasai sepanjang perjalanan. Saya yakin kumpulan pesara yang kerap melancung akan memberi testimoni tentang kebenaran ini.
GAMBAR KENANGAN DENGAN PELANGGAN DARI SABAK BERNAM
Hari ini Khamis LL memulakan langkah mempromosi clay pot dan alhamdulillah pelanggan kami menggalakkan. Menjelang cuti Tahun Baru Cina esok 31 hb Januari kami mengharapkan ada sambutan pelancung bercuti panjang. Tetamu daripada JB, Penang dan tidak ketinggalan dari Perancis mengunjungi kedai kami sepanjang hari.
Lucu sekali bila pembantu yang tidak mahir berbahasa Inggeris menggunakan bahasa isyarat dan berlari memanggil saya. Wah banyak urusan yang perlu di bereskan dalam memulakan langkah LL BERTATIH. Ini belum lagi ingin menanamkan semangat bertaqwa dengan menunaikan solat setiap waktu.
Teman adik saya menyarankan agar saya jangan ketat dengan syarat antaranya tidak boleh menggunakan aji no moto dalam masakan, tidak merokok dan cara berpakaian. Kita ni jauh daripada tamaddun unggul katanya, kena banyak jihad. Saya senyum mengiakan almaklum masa amat singkat untuk saya mengharap hasil yang di usahakan, mungkin juga bukan rezeki saya menuai hasil dakwah yang ciput je yang saya lakukan.
MERAKAMKAN KEHADIRAN TETAMU DARIPADA PENANG DAN FRANCE
Sewaktu mewakilkan adik saya membayar gaji 7 hari bekerja untuk bulan Januari hari ini saya mengharapkan petugas yang berjumlah lima orang agar berdoa kami di beri chemistry berkerja dalam satu team yang padu dan usaha kita di redhai dan di berkati Allah.
Tiba masanya Smartop dan LL berpadu semangat dan usaha gigih memulakan tamaddun unggul akhir zaman melalui penganjuran program kebudayaan lslam rantau ini yang sejarahnya boleh di kesan bermula daripada negeri Kedah. Dengan cara ini legenda kurafat dan mungkin dusta tentang fakta sejarah dapat di perbetulkan dan minda masyarakat di sejajarkan dengan kebenaran anugerah Allah. WaAllahu'alam
Good effort. Photos look exciting. Keep it up. (no pain, no gain). If we waited until everything is perfect, we will never get anything done.
ReplyDelete