NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 28, 2014

JIHAD KERETA

Salam

21-28 Januari 2014 (Selasa-Selasa)/20-27 RabiulAwal 1435H

MasyaAllah wa TabarokaAllah. Siapa menyangka yang program di Langkawi menggamit banyak hati-hati yang ikhlas membantu memakmurkannya. Saya terima panggilan talipon adik ipar menyatakan kereta anaknya Proton Saga terbiar tidak di gunakan dan mencadangkan di bawa ke Langkawi dimana sewanya di masukkan ke akaun Smartop Pre School.

Petang hari Selasa 21 hb saya dan suami memulakan perjalanan dari Shah Alam menghantar kereta tersebut ke Langkawi. Terasa sama JIHAD dengan pemilik kereta kerana keletihan perjalanan memaksa kami berehat di pertengahan perjalanan di Sg Petani Inn.

DUA KERETA DI INFAQ UNTUK KEBAJIKAN UMMAH OLEH PEMILIK MASING-MASING

Baru sahaja dalam kumpulan usrah di rumah saya Shah Alam pagi Selasa kami membincangkan kemanisan beriman dan berjihad merujuk ayat AlQuran Surah AtTaubah 87. Adik ipar saya dan anak tunggalnya ingin merasa KEMANISAN IMAN DAN JIHAD sewaktu membuat keputusan menginfaqkan kereta Proton Saga untuk dana Smartop.

KERETA JIHAD telah di hantar melalui feri Kuala Kedah seperti yang berlaku kepada kereta Naza Ria sebelum ini. Begitu berharga pengalaman dalam urusan begini kerana segalanya berjalan lancar dan mudah.

Saya meletakkan amalan berJIHAD dalam apa bentuk pun untuk mencari redho Allah sebagai 'Everyday Greatness' kerana ia merupakan kejayaan kecil dalam memanfaatkan hak milik seseorang. Amalan ini hendaklah memenuhi tiga syarat: Pertama, sedar bahawa ada matlamat jauh yang ingin di capai, Kedua bersungguh-sungguh dan bekerja kuat memanfaatkan keujudan diri selagi hidup dan Ketiga mematuhi prinsip kebenaran dalam merealisasikan kejayaan.

Buat diri saya CHEEZY PISANG GORENG merupakan kejayaan kecil mutakhir ini dengan kekerapan penyelidikan menghasilkan pisang dan salut tepung terbaik. Alhamdulillah promosi melalui whatsapp pun telah di lakukan dan menantu saya yang kini menjalankan katering dari rumah bersetuju menerima tempahan. InsyaAllah sajian ini akan diperkenalkan di Langkawi Lite dalam masa terdekat,semoga membuahkan hasil yang menarik,ameen.
 PISANG GORENG YANG DI SALUT SUSU DAN CHEESE ENAK BAGI YANG BERMINAT

Jika diteliti apa yang di maksudkan jihad ialah bekerja keras melakukan sesuatu yang di redhai Allah. AsSyahid Imam Hassan Al-Banna melakarkan 8 cara berjihad:

1. Memiliki jiwa yang kuat dan hidup, sangat cintakan kemuliaan lslam dan kegemilanngannya,menangisi nasib yang menimpa umat lslam

2. Semangat yang berkobar mencetuskan cara berfikir serius untuk mencari jalan peyelamat dan bertindak meneroka kekuatan baru
3. Mengorbankan waktu, harta dan tuntutan jiwa sendiri untuk kemaslahatan lslam dan membangunkan kaum Muslimin
4. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
5. Menentang sesiapa yang mengingkari agama
6. Mewakafkan jiwa dan harta kerana Allah
7. Bekerja untuk membangunkan keadilan, memperbaiki hal ehwal manusia
8. Mengasihi para mujahidin sepenuh hati

Bagi yang masih kabur dengan kosep lslam yang syumul, terpadu dan di hayati nama Assyahid Hassan AlBanna memang asing malah dalam blog terbaru seorang tokoh blogger di Malaysia ada membuat tohmahan bahawa AsSyahid adalah seorang agen British yang ingin memporakperandakan Mesir. Sakit hati membaca maklumat yang tidak berasas tersebut yang di warnai fahaman sekular bahawa agama adalah untuk diri sendiri,dalam hati dan tidak boleh di kongsi. Nauzubillah macam fahaman orang Yahudi tidak menyebarkan kebenaran.


Itulah dakwah dan jihad. Setiap kita ingin menyampaikan kebenaran mesti ada bisikan dan halangan yang meragukan cara berfikir manusia. Bagi yang kukuh iman dan tidak mudah terpengaruh alhamdulillah segala tohmahan akan berlalu macam sampah tetapi bagi yang masih tercari-cari kebenaran mudah sahaja dakyah dan tohmah menyangkut di hati dan menimbulkan keraguan demi keraguan, di akhiri dengan fahaman SESAT atau kekal JAHIL atau tak mau ambil tahu sampai ke mati.

Saya amat terkesan dengan pemergian AlMarhum Dr Abdul Karim Zaidan dalam umur 90an beberapa hari yang lepas. Jihadnya menulis banyak buku-buku ilmiyah lslam dan penjelasan yang baik tentang cara beriman dan berakidah merupakan asas yang kukuh sewaktu saya mula mengenal terbiyyah lslamiyyah. Terasa ingin kembali merujuk buku beliau insyaAllah. Semoga Allah merahmati ruhnya kerana sepanjang hidupnya berjihad untuk lslam dalam bidang penulisan. Ramai juga tokoh-tokoh dunia yang telah meninggalkan kita yang saya tidak catit dalam blog, antaranya Nelson Mendella, diikuti seorang pembunuh kejam jutaan umat lslam Palestin iaitu Aeron Sharon Zionis dan di tanah air Malaysia Ustaz Haron Taib yang jenazahnya di iringi ribuan pendokong parti PAS, alhamdulillah.

Blog ini di tulis dalam tempoh yang begitu lama kerana pelbagai kekangan antaranya sistem wifi yang merunsingkan bila signal lemah atau tidak berfungsi. Melihat senario pemerintahan dan pengurusan negara yang kian tidak stabil serta barisan pemimpin negara yang tidak berwibawa semakin sakit hati ini kerana sejak berpuluh tahun pembangunan tidak setimpal dengan kekayaan negara. Rakyat semakin terdampar susah, kos barangan kian meningkat, cara hidup semakin liar dan keselamatan tidak terjamin. Terasa jauh lagi Malaysia akan menjadi negara bertamaddun kerana prinsip ikutannya caca marba. Bila di ajak mematuhi Alquran dan Sunnah di tuduh kembali ke zaman purba. Jika di katakan ingin mengikut sistem negara maju Malaysia jauh terkebelakang dalam semua kriteria. Sifat keinsanan semakin kurang dan hidup manusia bercorak sendiri sendiri macam enau dalam belukar. 

Apa pun selagi ada umur dan kudrat tidak ada pilihan bagi saya selain BERJIHAD. Bersungguh-sugguh mempamirkan keyakinan saya bahawa Allah adalah Rab dan Ilah satu-satunya. Rab kerana sentiasa memelihara diri saya dan seisi alam ini. Ilah ialah yang di sembah dan tempat bergantung, tidak aka kuasa lain selain Allah. Kerunsingan sering menghantui manusia kerana di momokkan dengan kuasa selain Allah, samada kuasa memberi rezeki, kuasa menentukan masa depan dan seumpamanya. Bertempiran manusia merebut rezeki yang sebenarnay telah di tetapkan sejak azali, namun rezeki beriman,berjihad, berkasih sayang serta mewakafkan milik Allah yang di pinjamkan kepada kita sering di abaikan. Kita menganggapnya bukan rezeki lantas ketiadaannya tidak di kejar. Ada ok tak ada nak buat macam mana?

Semoga saya dan tahun 2014 berada dalam suasana sentiasa berjihad segala yang ada, kereta, wang ringgit malah nyawa kalau berpeluang demi MENINGGIKAN FIRMAN ALLAH (Surah Attaubah 40).Ameen

No comments:

Post a Comment