NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 3, 2014

SERABAI

Salam
Isnin 3 Febrari 2014/ 3 RabiulAkhir 1435H

Masuk bulan Februari dan tahun baru cina 2014 tiada siapa di kalangan adik beradik saya yang akan lupa kesayuan mendapat berita kematian Hj Mustapha di HUKM pada tahun 2013. Maknanya telah setahun Allahyarham meninggalkan kami. Doa dan sedekah buat beliau termasuklah aktiviti Smartop yang memang beliau kuat menyokongnya.
PROGRAM SMARTOP PADA 1 FEBRUARI YANG DI UPLOAD MELALUI WHATSAPP

Allah izinkan 1hb Februari Smartop menerima kunjungan sebuah kelab daripada Kulai untuk merai anak-anak yatim. Semoga amal jariah mereka dapat di kongsi bersama. Sekalong penghargaan kepada Ahli Lembaga Pengarah Smartop yang dapat melapangkan masa meraikan tetamu kerana urusan makan nasi arab dengarnya adalah infaq adik beradik. Alhamdulillah kerana sudi menjadi tangan yang memberi yang pasti akan mendapat keutamaan di akhirat nanti.

Pada tarikh yang sama kami di Langkawi Lite Cafe (LLC) sedang menerima kunjungan tetamu pakej yang agak mencabar juga ramainya. Bermula dengan 10 orang keluarga anak saudara suami saya tiba-tiba pakej 55 orang daripada TNB Muar perlukan makanan tengahari sebelum check in di hotel tempahan mereka. Sebelum itu 15 tetamu pakej telah pun datang sarapan menu ayam kampong. Lewat tengahari rombongan dari Melaka seramai 44 orang menyertai buffet lunch.

TEAM KELUARGA ANAK SAUDARA SUAMI DENGAN HIDANGAN DI LLC

'Moment of truth' buat LLC yang hanya mampu memuatkan 40 pelanggan. Selain kekurangan tempat duduk makanan di saat akhir tempahan jadi haru biru. Yang mendapat makanan hanya kuah tom yam bersungut namun kami tidak mampu berbuat apa-apa. Kami hanya belajar menyesuaikan keadaan jika suasana yang sama berulang lagi. Sekarang kami ada peraturan bahawa tempahan mesti sampai ke meja tukang masak sebelum mereka pulang sehari sebelum kerana mereka perlu menyediakan bahan keperluan tempahan.

LLC DAN TETAMU KELUARGA

Tajuk di atas saya bawakan dalam blog kali ini kerana ia mengundang salah faham jika kita tersilap sebut perkataan yang sama kepada satu juadah makanan orang utara. SERABAI ialah kuih semacam pan cake/lempeng/apam/tosey yang di makan dengan manisan durian. Di Johor negeri saya SERABAI bermaksud tidak kemas, mungkin berpakaian kotor dan tidak rapi. Arwah ibu saya sering menggunakan perkataan ini bilamana adik beradik berpakaian yang bukan saiz iaitu terlebih besar daripada badan...kenapa SERABAI-SERABAI ni?tegurnya.

CONTOH KUIH SERABAI DENGAN MANISAN KUAH DURIAN

Tidak salah jika saya gambarkan suasana terlalu ramai pengunjung ke LLC baru-baru ini menyebabkan LLC di lihat SERABAI.  Serba tak kena, tak cukup sempurna dan kelam kabut mencari bahan untuk di hidangkan. Maksudnya jika kita tidak bersedia menerima tamu suasana keliru akan menjadi SERABAI.

Rupanya di Langkawi pada musim cuti terutama tahun baru cina semua urusan jadi SERABAI. Senario dua tiga hari sebelum cuti tahun baru cina kesibukan di pasar dan di pasaraya manusia membeli barang keperluan bersesak-sesak kerana apabila cuti panjang bekalan makanan dan keperluan terputus. Bot dan container tidak datang menghantar keperluan ke Pulau Langkawi hampir dua minggu. Minyak masak mula kehabisan, gula dan barang keperluan lain turut sukar di perolehi. Pembekal utama di langkawi terdiri bangsa cina dan mudahlah pelanggan yang majority penduduk melayu serta pelancung menjadi mangsa. Dua cara pelanggan dan pengunjung/pelancung menjadi mangsa. Pertama keperluan bahan kurang dan harga mungkin mahal. Kedua di kedai makan atau restoran mula manaikkan harga kerana bahan sedia mahal. Keujudan LLC yang beroperasi pertama kali pada musim tahun baru cina tahun ini banyak melegakan pengunjung terutama saudara mara.

Langkawi menjadi SERABAI tiap kali cuti dan musim perayaan adalah kerana kemudahan awam serta perancangan yang masih di tahap 3rd class. Sebagai destinasi pelancung banyak perkara yang perlu di upgradekan terutama perkhidmatan pengangkutan laut dan jalanraya menuju ke jetty. Bayangkan kesesakan berlaku berjam-jam untuk pelancung mendapat tiket dari Kuala Perlis ke Langkawi. Bagi pelancung yang cutinya terhad amat sangsara kerana hampir satu hari terbazir menunggu bot ke Langkawi. Selain bot menunggu air pasang, kelewatan juga berlaku kerana kekurangan bot. Perkhidmatan sosial seperti kedai makan dan seumpamanya amat kurang dan pelancung TERSERABAI sepanjang hari di jetty Kuala Perlis. Terkini ramai yang memilih menaiki kepal terbang kerana pengalaman pahit jenuh menunggu di jetty.

Satu lagi perancangan SERABAI di langkawi ialah kesesakan menuju ke jetty tatkala pelancung mula pulang menaiki bot samada ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Kesesakan bermula daripada jetty membawa ke pekan kuah hampir 2 km dan dalam kepanasan cuaca musim panas kerimasan pelancung ketara sekalipun menaiki kereta berair condition. 10 tahun lalu suasana begini jarang berlaku mungkin jumlah pelancung belum ramai.Kini saya tertanya-tanya mengapa kempen melawat Malaysia gah di war-warkan tapi sampai ke destinasi pelancung anti climax di buatnya. Suami saya mencelah...tak buat apa pun pelancung masih datang walaupun sekali seumur hidup. Pihak pentadbir langkawi suruh pelancung berjihad kalau nak bahagia, sambil tersenyum.

Walaupun sekitar Langkawi pembangunan demi pembangunan di usahakan terlalu banyak eye sore bangunan terbengkalai di tengah bandar yang tidak di beri perhatian. SERABAInya reka bentuk bandar berpotensi ini mengundang pelbagai senario yang tidak sewajarnya. Sebagai contoh di tengah bandar Kuah terdapat sebuah jambatan yang jika di pasang lampu hiasan akan nampak menarik pada waktu malam kerana dua malam dalam seminggu di situ terdapat pasar malam. Tetapi pelancung akan berjalan dalam kegelapan malam menuju cahaya pasar malam melalui jambatan.la mengundang pelbagai jenayah jika terbiar demikian berlama-lamaan. Begitulah senario pelancungan di lokasi yang heboh di iklankan. Pada saya ini sikap SERABAI pihak perancang kerana tidak mempunyai blueprint pembangunan yang mampan dan bertahan lama. Tidak mustahil satu masa ramai yang merasa muak dengan sikap ini dan memilih destinasi selain Langkawi.

Oleh kerana di utara perkataan SERABAI menggambarkan sesuatu yang manis dan sedap di makan saya mungkin tersasar membuat pemerhatian kerana tidak ramai yang percaya betapa SERABAInya suasana pelancungan di tempat-tempat kunjungan ramai. Saya yakin di tempat lain pihak berkuasa akan mengambil inisiatif memberi khidmat terbaik kepada industry berpotensi ini. Di bawah ini ialah suasana di pantai pulau Beras Basah yang menjadi kebiasaan bot pelancung menurunkan pelancung dalam sejam dua bermandi manda di pantai yang cantik dan landai. Namun perkhidmatan bilik air langsung tiada, kononnya boleh di lakukan dalam lautan luas.Begitu juga asingnya perkhidmatan yang biasa berlaku di pantai negara lain iaitu keselamatan pengguna pantai jika berlaku kecemasan contoh program TV Bondai Resque seperti di Australia. Kasihan pelancung ternanti-nanti bot datang mengambil mereka keluar daripada pulau KOSONG ini.  

BEGITU RAMAI PELANCUNG DI PANTAI PULAU BERAS BASAH-TIADA BEKALAN LETRIK DI SINI

 PANTAI PULAU BERAS BASAH YANG CANTIK DAN HALUS PASIRNYA

Saya memilih tajuk yang pada fahaman saya ramai pelancung merasa 'short-changed' atau terpedaya dengan berita kecantikan Langkawi. ya penciptaan Allah sekitar pulau amat cantik. Sayangnya pelancung tidak mendapat khidmat yang mudah di perolehi di tempat lain termasuk penjualan makanan dan minuman ketika mereka berkelah. Semua terpaksa di bawa sendiri dan bagi yang belum faham terpaksa menahan lapar hampir setengah hari di lautan samudera di lambung ombak. Terbentang luas peluang agen pelancung mengisi kekosongan pihak pentadbir yang SERABAI dan gagal menyediakan pelbagai perkhidmatan asas yang layak di berikan kepada tetamu luar negara yang melancung ke Malaysia ini. waAllahu'alam

No comments:

Post a Comment