NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 30, 2013

LUNYAI

Salam
(terlalu sibuk dan ketiadaan wifi menyebabkan tulisan ini di tangguh dan di publish hri ini lsnin 30 Disember)

Rabu 18 Disember 2013/15 Safar 1435H-Isnin 23 Disember/20 Safar 1435H

Saya menulis daripada Langkawi sekali lagi. Kali ini pada hari cuti Langkawi Lite Rabu. Alhamdulillah dengan apa yang Allah taqdirkan. Perancangan yang terbaik ialah berharap redhoNya. Kononnya kami berkumpul adik beradik kali ini sebagai menyokong program perasmian wifi di Pekan Rabu Langkawi oleh seorang Timbalan Menteri MITI di jadualkan 21 Disember namun Allah merancangkan keutamaannya ialah menyertai trade mission ke Hong Kong. Jadi segala persiapan kami tukarkan jadi picnic keluarga di Langkawi,alhamdulillah.

Awalnya saya dan suami akan ke Sarawak pada 20 Disember missing acara perasmian,namun sekarang boleh merancang yang lain kerana trip ke Sarawak bermula 23 Disember dan perasmian pula tertangguh.

Tajuk LUNYAI  saya bawakan kerana teringat perkataan arwah ibu saya yang sering mengingatkan agar berpada-pada melakukan sesuatu jangan LUNYAI segala persiapan hingga tidak tersisa rehat dan kesejahteran diri. Jika kami adik beradik melakukan sesuatu contohnya bermain sering diingatkan 'JANGAN DI LUNYAIKAN BAJU TU..maksudnya jangan sampai kotor sangat atau ganas permainan antara kami.

Mengingatkan didikan arwah ibu kami satu yang amat berharga kerana kami membesar bersama 13 adik beradik penuh dengan peringatan yang membawa kami ke saat ini masih kukuh bersilaturrahim, semoga Allah berkati dan menjadi amal soleh yang di redhaiNya, ameen.

Antara rahsia yang kami amat hargai hingga saat ini ialah TIDAK BERKIRA apa saja yang kami lakukan terutama wang ringgit sekalipun di mata orang urusan kami banyak merugikan. Infaq yang kami di ajar sejak kecil ialah JANGAN MENGUNGKIT apa yang di belanjakan. Biarlah apa rezeki yang terlepas dari tangan itu sebagai infaq yang akan di ganjari jika  kita ikhlas dan jujur. WaAllahu'alam.

Sejak tarikh 23 November ulangtahun hari lahir saya ke 65 (wow satu jangka umur yang saya tidak sangka Allah izinkan mencapainya semoga penuh keberkatan) saya di LUNYAIKAN dengan pelbagai aktiviti sehingga saya merasakan ia satu tempoh yang lebih lama daripada sebulan hingga ke hari ini.

Benar saya telah MELUNYAIKAN setiap saat hidup saya sejak tarikh itu berada di tiga lokasi, Langkawi,Shah Alam dan Tangkak. Di Langkawi saya di beri kesempatan berada di lautan hampir 22 jam (5 petang-2 petang keesokannya) menyertai trip eotic fishing dengan seorang tokoh memancing (seorang wanita/ibu). Kembali ke Shah Alam kereta Mark X masih belum dapat digunakan.  Allah izinkan kereta Mubarak anak saudara saya yang sedang bercuti di Brisbane sedia untuk di gunakan kami terus ke Tangkak cuba menyelesaikan pelbagai isu Smartop.

LUNYAI juga otak memikirkan sikap guru yang tidak sudi berinfaq tenaga tetakala taska Smartop memerlukan tenaga. Dalam keadaan desprate seorang pemohon jawatan terus saya tawar untuk jawatan sambilan. Saya di tegur teman mengapa tidak 'bersyura' mengenainya. Inilah tanda-tanda LUNYAI fikiran kerana terlalu banyak yang hendak di fikirkan lantas terus bertindak dan membuat keputusan tanpa berbincang. Apa pun saya berdoa teman saya tidak berburuk sangka dengan insiden yang berlaku kerana natijah terlalu celaru seringkali membawa kesilapan. Nawaitu saya melaksanakan amal di tali penamat hidup ini diharap tidak juga di ragui saudara mara, teman dan rakan kerana saya sesekali tidak ingin mengejar kuasa dan kepentingan. Semua kuasa adalah hak Allah dan kepentingan yang laku di sisiNya hanya yang mendapat keredhaanNya.
 
Sesuatu yang saya ingin kongsi dengan pembaca blog saya ialah semua yang saya lakukan adalah satu kegembiraan, tidak terasa tertekan sekalipun LUNYAI otak,tenaga dan kemampuan. Keseronokan ini membuat saya mampu menguli roti untuk anak-anak Smartop dikala banyak isu perlu di bereskan. Mutakhir ini tidak ada yang lebih menggembirakan tatkala 'berjihad' membawa infaq kereta Naza Ria kepunyaan seorang hamba Allah untuk dana Smartop.

Saya dan suami bersantai memulai musafir ke Kuala Kedah untuk menghantar Naza Ria jam 5 petang 17 Disember. 12 jam perjalanan kami tiba di Kuala Kedah setelah berehat di tiga R&R. Sepanjang perjalanan saya menerima wassapp dan sms adik dan teman mendoakan perjalanan selamat dan dipermudahkan Allah. Saya terfikir betapa bertuahnya pemilik Naza kerana infaqnya mula mengalir saat kami melangkah keluar kawasan dan akan berterusan sehingga naza tidak dapat di gunakan. Melihat keadaan kereta ia masih baik dan akan panjang infaqnya,ameen.

14 Disember senario keluarga saya dan suami masing-masing menjemput untuk meraikan persiapan pertunangan anak saudara suami saya dan menghantar belajar P hd anak saudara saya (anak arwah Mustapha) ke Leeds UK. Dapatlah kami menyambung silaturrahim di samping suasana di Shah Alam turut meriah dengan perkahwinan dua anak ahli kariah Surau Taqwa. LUNYAI di buatnya perut kami menjamu selera di hampir 5-6 majlis dalam sehari.
  
Dalam suasana memikirkan pelbagai urusan saya turut mengadakan perbincangan dengan teman berhubung kursus yang saya di jemput mengendalikan di Kuching Sarawak pada 27-29 Disember. Berkarat rasa otak yang lama tidak memikirkan input untuk latihan mawaddah wa rahmah. Hanya doa saya panjatkan agar Allah sampaikan hajat saya untuk berkongsi ilmu perubahan sikap yang berpaksikan akidah yang jelas. Persiapan nota dan multimedia presentation terpaksa minta bantuan teman yang mahir, semoga Allah berkati bantuannya,ameen.

Dua hari saya berehat menebus kekurangan tidur sewaktu dalam musafir. Pelbagai pendedahan saya dapat saksikan sepanjang perjalanan, antaranya para musafir lainnya yang menghabiskan cuti persekolahan bersama keluarga dan rombongan. Saya perhatikan R&R meriah mendapat habuan pelanggan mereka yang bermusafir. Terkenangkan Langkawi Lite dalam fasa percubaan tiga bulan awal semoga berlaku beberapa pembaharuan dalam penampilannya. Baru sebentar tadi kami memutuskan Langkawi Lite perlu meletakkan status Cafe agar pelanggan tahu kami menjual makanan dan minuman. Antara menu utama ialah makanan tengahari asam pedas dan masak lemak cili api. Selain itu kami meninjau meja untuk membuat roti canai sebagai terikan pelanggan yang memerlukan makanan ala gerai. Apa pun kami tidak mau ketinggalan meletakkan kaedah digital menggunakan wifi untuk mempromosi produk dan menarik tempahan pelanggan.  Kombinasi dua era gerai dan tempahan melalui internet meletakkan Langkawi Lite sebagi unik dan berbeza. Semoga dalam tempoh percubaan apa yang kami usahakan di berkati,insyaAllah.

LUNYAI mengajar saya merenung bahawa ia merupakan satu cara untuk menjadi orang yang bermafaat tanpa berlebih-lebih. Saya dan suami pulang ke Shah Alam menaiki bot dan kereta pada 22 Disember dan keesokannya terus terbang ke Kuching Sarawak. Bertemu teman lama satu kerinduan dan sepanjang petang kami di rai dengan mesra. Hujan mulai turun musim landas (tengkujuh) di Sarawak. LUNYAI di hayun kereta kancil sepanjang perjalanan menuju ke kampong Pasir Pandak Sentubong. Keesokkannya kami menjemput tetamu lain menggunakan pajero.

No comments:

Post a Comment