NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 30, 2013

BUSINESS AS USUAL

Salam

Isnin 30 Disember 2013/27 Safar 1435H

Dua hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Seperti biasa laungan dan persiapan tahun baru bergema di TV dan radio. Saya menulis khas mengenai program /kursus MAWAR dahulunya MAWADDAH yang di takdirkan Allah menapak di bumi kenyalang Sarawak 27-29 Disember 2013.

Dalam kesibukan dan LUNYAI ke sana kemari banyak persiapan latihan saya terlepas pandang terutama peralatan yang perlu untuk aktiviti yang di rancang. Pengalaman mengajar saya bahawa memberi sepenuh harapan mengadakan program kadangkala mengundang kecewa jika ianya di batal atau di tangguh di saat akhir. Apa pun alhamdulillah thumma alhamdulillah kerana kursus MAWAR selsai dengan jayanya termasuk berita di muatkan dalam UTUSAN SARAWAK pagi ini Isnin 30 Disember 2013

Teman saya di Sarawak tersenyum puas, sekurang-kurangnya dapat menyebarkan MAWADDAH dalam berita di Sarawak, tambahan beliau sedang merancang mengeluarkan produk sabun berasnya bernama MAWADDAH..Ameen ya Allah kerana sewaktu saya merangka modul latihan bernama MAWADDAH satu objektif utama ialah agar nama MAWADDAH menjadi HOUSEHOLD NAME,maksudnya di sebut selalu dan diamalkan dalam kehidupan semacam Colgate menjadi sebutan ubat gigi.
JENAMA BARU DALAM PASARAN SABUN MUKA MAWADDAH

Salam perkenalan MAWAR di bumi kenyalang ialah perkongsian ilmu berteraskan kasih sayang yang mutakhir ini merupakan satu perkara yang asing dan teramat mahal di sisi insan bernama manusia. Ia malah lebih sukar di sematkan di hati insan yang bernama wanita. Antara faktor kehausan kasih sayang ialah hilangnya nilai dan teras iman di dada hasil pengaruh KEBENDAAN (saya kutip kata-kata Ustaz Azhar DUNIA YANG MENIPU). Tajuk KETERAMPILAN KEPRIBADIAN WANITA SEBAGAI ASAS PEMBANGUNAN TAMADDUN senghaja ingin mengaitkan bahawa hari ini manusia semakin tidak bertamaddun. Kalau satu ketika dahulu mansuia tidak bertamaddun adalah yang memakai cawat sahaja,kini budaya tidak berpakaian menjadi icon keterampilan. nauzubillah.

Tajuk BUSINESS AS USUAL saya bawa dalam tulisan pagi ini kerana melalui pengalaman juga saya dapat bayangkan bahawa kesan tiga hari kursus dalam apa bentuk pun tidak akan dapat di hayati kerana kesibukan BUSINESS AS USUAL di rumah, di pejabat dan dalam kehidupan KECUALI jika di sudut hati kita ada sedikit keikhlasan. Maksud keikhlasan ialah membersihkan niat untuk menjalani kehidupan LILLAHITAALA (untuk mencari redho Allah). Ikhlas yang saya jelaskan kepada peserta kursus adalah ibarat aliran susu dalam perut binatang. la di hasilkan antara saluran membawa najis dan darah,namun susu tetap utuh putih,tidak rosak dan berbau najis atau darah. Iktibar buat manusia yang di galakkan berIKHLAS.

Tiga hasil latihan saya terima sekembalimya daripada kursus: Satu kekerapan seorang peserta menghantar sms menyatakan kesan positif yang di rasainya. Doa saya agar ramaja ini akan memulakan satu kehidupan yang indah hasil silaturrahim yang di perolehi, Kedua sebuah email yang mencurahkan rasa hati bahawa beliau insaf dengan konsep mawaddah kerana selama ini sering memfokus untuk kepentingan diri.Ketiga seorang peserta memasak sendiri juadah tradisional dan datang ke penginapan kami untuk berkongsi perasaan. Kepada ketiga peserta ini saya mendoakan mereka akan meneruskan hubungan seperti mana saya bersama beberapa peserta lain sebelum ini yang masih bersama dalam pelbagai bidang sumbangan mereka, alhamdulillah.

BUSINESS AS USUAL cuba membawa senario bahawa dalam kehidupan ini hanya ALLAH yang akan menentukan setiap kejadian dan perlakuan kerana Allah penentu sekalipun manusia merancang sebaiknya. Hampir 30 tahun saya meninggalkan Sarawak sebagai petugas awam namun ciri-ciri dan budaya Sarawak tidak banyak berubah. Yang banyak berubah ialah persekitaran yang membangun pesat meninggalkan deretan kedai lama sebagai tempat untuk mereka yang belum mampu memanjat tangga/menaki lift escalator Plaza atau Mall. Saya sempat ke kedai Salih Ahmad jalan India tempat membeli kain ela dan saya dapati persaingan telah menyebabkan kedai yang popular satu masa dahulu terselit di celah-celah jualan handphone dan parafanelia (peralatan) smartphone.

BUSINESS AS USUAL juga melihat kursus sebagai suntikan kecil membuat perubahan dalam pasukan KECUALI jika peserta memasang wawasan akan membantu umat lslam sekarang dan selamanya.

Saya terpaksa berhenti disini kerana BUSINESS AS USUAL. Saya perlu ke Tangkak kerana urusan pre School Subur Fitrah Smartop perlu sentuhan RM untuk menghabiskan kerja di taska. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment