Salam
Rabu 27 November/23 Muharram 1435H
Selesai membincangan perancangan Langawi Lite (LL) untuk tiga bulan pertama termasuk menu harian dan pembahagian giliran waktu kerja (shift) petugas, saya menghibur diri menjadi nelayan selama hampir 5 jam (10 pagi-3.00 petang) Kami bertiga (saya, suami dan Syifa anak Chef LL) di pandu tekong Pak Lah.
Teringat saya prinsip menetapkan giliran bertugas adalah untuk memberi kerehatan dan ketenangan kepada Chef. Tidak digalakkan Chef bangun terlalu awal untuk menyediakan makanan kerana waktu tahajjud adalah hak Allah. Jika berlaku keperluan makanan yang mengambil masa di cadangkan agar makanan di 'outsource' daripada sumber pembekal yang di percayai serta menjaga halalan thoibannya.
Alhamdulillah adik saya sempat menghubungi seorang remaja anggota Haluan anak jati Langkawi yang banyak membantu antaranya membangunkan Facebook Langkawi Lite. Beliau juga akan mengaturkan majlis ilmu setiap hari cuti mingguan staf LL iaitu hari Rabu bermula pagi ini.
SHAFIYAH AZAHAR (BERTUDUNG PUTIH)SEORANG GRADUATE BARU LEPASAN USM KOMIT UNTUK MENJAYAKAN LL MELALUI KEPERLUAN MAJLIS ILMU UNTUK MENYELARASKAN KOMITMEN SEMUA STAF LL
MENCUBA KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN-MELEPASKAN DAN MENARIK SAUH BERAT JUGA
Memancing untuk berhibur dan santai berbeza dengan memancing biasa sebelum ini. Saya tidak memasng sebarang expectation (pengharapan), hanya sekadar ingin melihat laut, merenung penciptaan Allah dan ingin menyelami kehidupan seorang nelayan seikhlasnya. Tiga tarikh harijadi: saya dan dua lagi anak kerana berhampiran tarikhnya juga perlu di rai dari jauh. Seorang daripadanya mengupload di wasapp gambar dirinya yang berumur 29 tahun pada 26 November.
MUHAMMAD SOBRAN JAMIL BERUMUR 29 TAHUN PADA 26 NOV 2013
Awal-awal kami di maklumkan setiap pergi ke laut seorang nelayan kena membelanjakan RM50 untuk petrol bot. Maksudnya jika ingin berbaloi mencari rezeki sebagai nelayan minima kenalah mencari tangkapan berharga RM100 setiap trip.Tidak menghairankkan jika seorang nelayan dengan pasukan isteri atau teman akan menghabiskan masa sepanjang siang dan malam semata mencari rezeki untuk menampong keperluan seharian atau mingguan jika tangkapan mewah (musim air sesuai).
Pak Lah seorang nelayan veteran di gelar pemancing King di kalangan teman seperjuangan di daerah tempat tinggalnya. Dia mahir mengesan lubuk ikan sewaktu memancing dan sering mendapat hasil memancing yang lumayan kerana jorannya memasing 3 atau 4 mata kail sekaligus. Beliau sering menjadi orang yang pertama mendapat habuan mendaratkan ikan dan dia amat berbangga. Saya sering juga mengingatkan bahawa memancing merupakan rezeki terus daripada Allah yang mengizinkan seekor ikan memakan umpan sebagai rezekinya (ikan) yang Allah aturkan. Banyakkan bersyukur setiap mendapat hasil pancing dan biasakan berdoa dan berzikir sepanjang memancing. Sesekali kami menceritakan kepentingan solat dalam bot jika masuk waktu kerana solat tidak terhad kepada tempat, ia di hadkan oleh waktu.
Antara alasan tidak bersolat semasa memancing ialah pakaian kotor dan balik ke rumah boleh di qada. Kami sering berpandangan dengan alasan yang diberi namun kena berhikmah untuk menegur seorang yang berumur atau sebaya kami.
BERSIAP DENGAN PAKAIAN TAMBAHAN SEWAKTU PERGI MEMANCING
BERPAKAIAN BIASA DAN MUDAH SOLAT SESUAI UNTUK NELAYAN
Entah mengapa Pak Lah kali ini tidak menjadi orang pertama mendapat habuan pancing. Sebaliknya pancing saya mengena seekor ikan yang agak besar. Mamang Pak Lah terkejut dan terus mencari lubuk lain untuk terus memancing termasuk di tengah laut dengan harapan mendapat ikan lebih besar melalui pengalamannya. Saya dan Syifa terus mendapat hasil pancing. Lama kemudian barulah Pak Lah berjaya mendaratkan ikan.
SYIFA MENAYANGKAN IKAN BESAR YANG MENGENA PANCINGNYA
Mengenal watak seorang pemancing veteran saya tahu beliau kurang puashati dan terus berpindah tempat hingga hampir jam 3.00 petang. Kami ingin pulang untuk bersolat zohor. Tempat paling akhir hanya tinggal 10 minit namun itulah lubuk ikan kerapu dan Pak Lah terus menerus mendapat habuan ikan kerapu besar, masyaAllah. Kalau tidak kerana kehabisan umpan udang segar pasti Pak Lah akan terus mahu memancing dan kami agaknya terpaksa bersolat dalam bot. Apa pun kami pulang sampai ke tempat penginapan tinggal 30 minit sebelum waktu Asar, masyaAllah terkejar-kejar di buatnya.
HASIL TANGKAPAN PANCING YANG AGAK LUMAYAN
Dengan membawa pulang lebih 20 ekor ikan seberat hampir 5 kg hasil tangkapan memancing kami berempat bernilai hampir RM75. Sebagai nelayan kira lepaslah kos petrol. Bagi kami pengalaman dan excitement memancing lebih mahal dan hiburan bagi diri saya memang penuh kepuasan mendaratkan lebih 7 ekor ikan terutama ikan kerapu yang setiap 5 minit memakan pancing di saat akhir trip kali ini,alhamdulillah.
Ingin saya berkongsi thrill memancing bahawa setiap kali ikan mengena pancing dan tali pancing di larikan ikan excitement yang sukar di ceritakan mengalir di seluruh jasad, ia sebaik curahan hidayah kerana terasa rezeki Allah amat dekat. Itulah perasaan yang saya rasa setiap mendaratkan ikan kecil atau besar. Syifa kehilangan seekor tangkapan kerana lewat menarik ke atas bot, aduh..tertera kekecewaan di wajahnya. Begitu sekali kesan memancing yang saya katakan SATU HIBURAN.
Sewaktu memancing kami bertemu bot-bot lain yang memancing sama atau memukat. Seorang nelayan bersama isteri dan ahli keluarga berjaya menangkap seekor ikan jenahak besar seberat 5 kg. Besar dan panjang gelak gembira mereka. Isterinya kelihatan solehah dengan bertudung kemas, terasa dekat dengan keluarga yang nampak soleh,harap-harap mereka adalah golongan nelayan yang menjaga solat di lautan kalau di lihat dengan anugerah rezeki yang baik yang diperolehi.
Sesungguhnya menjadi nelayan adalah SATU HIBURAN jika semua urusan di jadikan ibadah yang menyeronokkan dan tidak rasa beban yang merugikan. Tahulah saya sekarang bahawa keberadaan saya di Langkawi di fasa akhir hidup saya ialah untuk mencari HIBURAN bersama kehidupan nelayan. Kehidupan yang di kelilingi kebesaran Allah melihat lautan terbentang luas, langit yang menjadi bumbung sesekali mencurahkan rahmat hujan tanpa mengira masa, masyaAllah wa TabarakaAllah.
Sering saya mendengar kehidupan nelayan yang sehari semalam dilautan mencari rezeki. Antara rutinnya ialah waktu malam mencari sotong segar sebagai umpan memancing dan melakukan throlling dan memukat sepanjang sianghari. Kepulangan mereka di tunggu untuk mendapat ikan segar dan seringkali peraih yang berjaya menawarkan harga memuaskan ialah taukeh cina yang bijak membeli semua ikan dengan harga murah dan dihantar ke pasar dengan harga kadang-kadang sekali ganda mahalnya lebih-lebih lagi di kota-kota besar.
Kehidupan nelayan kekal terlantar mengharap bantuan atau ihsan kerajaan memerintah. Kaum cina terus menambah kelong memelihara ikan di tengah laut daripada satu kepada 2, 3,4 dan 5. Nelayan yang keberatan ke laut mencari rezeki kini berkerja di kelong kepunyaan taukeh cina. Selamanyalah para nelayan menjadi kuli dan di tindas. Salah siapa? kami cuba mengajukan soalan. Saya tiru jawapan teman saya: kaum nelayan tidak DI EMPOWER untuk bertindak bebas, mereka terus bergantung kepada pemerintah maka jadilah mereka kaum yang menunggu dan meminta-minta kecuali sedikit yang berjaya membebaskan diri dan bergantung kepada pemberi rezeki terkaya Allah swt.
Cakap-cakap belakang kaum nelayan menggambarkan ramai juga yang tidak selesa dengan beberapa dasar kerajaan yang menyusahkan hidup mereka terutama kenaikan harga petrol sekalipun golongan nelayan layak di beri petrol harga diskaun. Yang anehnya kemudahan sedemikian pun kaum yang kaya lebih mendapat manfaat sekiranya mereka memiliki banyak bot. Kelicikan beberapa taukeh juga ketara daripada aktiviti feri dan kemudahan kerajaan, antaranya feri yang satu ketika dulu kepunyaan LADA yang kini menjadi milik syarikat swasta yang membeli daripada LADA dengan harga 'borong'. Setiap kali cuti sekolah aktiviti feri pasti mengaut untung berlipat ganda.
Akhir kenyataan kaum nelayan masing-masing mengeluh apakan daya kalau kerjaan tidak jujur menjaga mereka. Pada hemat saya kaum nelayan sendiri kena jujur mengistiharkan bahawa mereka kurang puashati dengan dasar yang membebankan kerana tanpa kejujuran sepanjang hayatlah mereka di tindas lagi,kali ini oleh pihak yang di beri amanah menjaga mereka iaitu kerajaan yang memerintah.
Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang akan sentiasa bersama hambaNya yang menghampirkan diri melalui pelbagai aktiviti untuk mencari redhoNya. Rasulullah saw menghibur diri melalui solat. Saya yakin kaum nelayan juga perlu mencontohi Rasulullah saw menjadikan solat sebagai hiburan setipa kali berada di lautan luas. InsyaAllah akan berubah senario bahawa golongan nelayan adalah kaum yang terpinggir,miskin dan tertindas.Mereka sendiri menindas diri sendiri setiap melengahkan atau menunda-nunda ibadah dan perintah Allah swt yang wajib ditunaikan pada waktu yang di tetapkan tidak kira di daratan atau di lautan.WaAllahu'alam.
I can imagine how "terhibur" you were the whole day and maybe the whole night after. I will leave fishing to you and Dato' and I just enjoy reading your fishing episodes. I hope one day soon I will get to meet the young ladies in your team. I know that it's fun to be working with young people because they have little or no preconceived ideas about a lot of things and therefore willing to try new things. I miss the 'geng' in Tangkak and before the year is out I hope to be able to spend time with them and plan for exciting things next year. InsyaAllah. May Allah bless us all. Salam.
ReplyDeleteOopssss.....Happy Birthday.
ReplyDeletealaikum salam. he he how right you were. kenyang dengan hiburan fishing. kena dakwah fishermen. nak solat atas bot next trip.tq birthday terlajak umur.
Delete