NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, November 24, 2013

DOA KU

Salam
Sabtu-Isnin 23 -25 Nov 2013/18-20 Muharram 1435H
LANGKAWI LITE KINI MENEMPA SEJARAH DI BUMI MAHSURI


Terlalu syahdu umur sampai ke tahap kini. Semoga dalam amal soleh yang Allah redhoi, ameen.

Masa yang mencemburui mengurangkan peluang saya menulis blog mutakhir ini. Langkawi Lite benar-benar menguja saya kerana emosi turun naik banyak kaitan dengan longgarnya saya bermunajat. Mana masa membuka kedai yang harus di tepati,  janji dengan teman yang setia menyokong program dan mengatur strategi menyiapkan makanan untuk tiga pakej: YB MP Langkawi pada tengahari Sabtu, sumbangan kepada NGO Haluan dengan team pengayuh basikal serta rombongan daripada Sabah.
TEAM PENGAYUH BASIKAL NGO HALUAN DARIPADA PERLIS SEOLAH MERASMIKAN KEUJUDAN LANGKAWI LITE DI PEKAN KUAH
YB MP LANGKAWI SEMPAT MENIKMATI HIDANGAN NASI BERIYANI LANGKAWI LITE
TETAMU SATU KELUARGA  DARIPADA KOTA KINABALU SABAH


Jam 12.00 tengahari tadi (Isnin) tetamu selamat berangkat pulang dan team Langkawi Lite di bekalkan pengalaman padat bagaimana mengurus pelanggan dan tetamu, alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa mendidik saya istiqomah di jalanNya dan redho dengan ketentuanNya.   


2 comments:

  1. Salam. Tahniah ya ukhty. Ustaz Kariman mengingatkan. Katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, Allah akan ambil hamba tersebut sebagai pekerjaNya. Bila sahabat bertanya maksudnya, Baginda berkata yang bermaksud: Allah akan beri Ilham dan Allah akan buka hati hamba tersebut dan Allah bagi peluang pada hamba tersebut untuk berbuat amal soleh sebelum tibanya maut.
    Riwayat AtTarmizi dari Anas bin Malek.
    WaAllahua'lam.
    ........maka teruskan pengorbanan, semoga kita redha dan Allah meredhai.
    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukron. siraman semangat dari teman yg memahami. ameen

      Delete