NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, September 15, 2013

TEKANAN HIDUP ATAU SAKIT MENTAL

Salam

Ahad 15 September 2013

Alhamdulillah saya dan suami sekali lagi menjadi tetamu Pulau Langkawi apabila di pelawa mengiringi seorang pelabur program pelancungan kendalian adik saya di pulau berkenaan. Lepas tengah malam Rabu iaitu 1.30 pagi Khamis 12 September kami bertolak dengan kereta daripada Shah Alam, tiba di jetty Kuala Perlis jam 8.30 pagi. Rupanya bot pertama ke Pulau Langkawi baru berlepas jam 8.15. Kami menunggu bot kedua jam 9.30 pagi.
DALAM BOT DARI KUALA PERLIS BERSAMA PETUGAS WIFI

Rupanya kami turut mengiringi seorang petugas WiFi yang di datangkan daripada Bandung untuk membantu projek yang juga sedang di peringkat akhir iaitu meWiFikan Pulau Langkawi. Doa kami inilah fasa final sebelum pelancaran tidak lama lagi, antaranya mendapatkan konsensesi pengoperasian selama 10 tahun. Baru hari Selasa  sebelumnya kami ke pejabat Tun Mahathir ingin meminta nasihat tentang projek dan doa kami juga ada ruang untuk memberi taklimat ringkas kepadanya dalam masa terdekat sebelum di luluskan.  Mudah-mudahan ada rezeki kami memberi khidmat kepada masyarakat di Langkawi dalam rangka MEMBINA TAMADDUN yang memang menjadi intipati semua kegiatan dan aktiviti untuk MENCARI REDHO ALLAH, insyaAllah.
DI PEJABAT DATO' BADARIAH PEMBANTU KHAS TUN MAHATHIR


Kajian di Langkawi kali ini ialah meninjau homestay dan mendapatkan sumber ikan segar supaya program EFTL (Exotic Fishing Trip Langkawi) tidak tergendala. Dua buah homestay yang di sewa amat sesuai untuk program EFTL. Semoga kerjasama tuan punya rumah dapat juga menyumbang kepada nawaitu asal kami berada di Langkawi.
HOMESTAY ULU MELAKA 5 KM DARI KUAH

Tentang ikan segar berlaku juga ujian selain hujan turun dengan lebatnya petang Khamis membawa ke pagi Jumaat menyebabkan program memancing malam di batalkan. Ujian terbesar ialah kami di 'tipu' penjual ikan di pasar sewaktu membeli seekor ikan kurau yang nampak segar. Tiba di rumah ikan tidak dapat di masak kerana rasa 'lamanya' (busuknya) ketara sekali. Tengahari Jumaat itu kami skip lunch. Hanya dua tempat peraih ikan yang kami cadangkan untuk dapatkan bekalan ikan segar, walaupun peraihnya seorang berbangsa Cina.

Mengiringi tetamu merupakan tugasan berat juga kerana kami sendiri kurang arif tentang keadaan laut. Apa pun hasil pancingan petang hingga ke malam hari Jumaat lumayan juga. Sekurang-kurangnya tertebus rasa ingin makan ikan segar tengahari tadi. Dua hari mengurus masakan mengajar saya bahawa tugas menyediakan makanan tamu tidak semudah melihatnya. Saya baru faham mengapa isteri Pak Saad yang mulanya ingin membantu kami kurang sanggup kerana beliau saya perhatikan seorang pembersih dan kurang suka dapurnya sibuk bila terpaksa memasak untuk tetamu.
TETAMU PELABUR BERSAMA 5 ORANG ANAKNYA YANG KAMI RAIKAN

ANAK-ANAK SERONOK DAN TIDAK TERKESAN DENGAN MABUK LAUT

MENCUBA NASIB DAN REZEKI IKAN DI LAUT

Saya pulang ke Shah Alam dengan Malindo Air tengahari Sabtu kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan anak jiran sebelah malam di samping menghantar pulang petugas WiFi ke lapangan terbang (yang di tugaskan kepada adik saya). Seorang tetamu dari Sarawak turut kami raikan kerana beliau sudah lama tidak bersua. Bergegas juga petang Sabtu kami meraikannya di Anjung 7.
BERSAMA TEMAN SAYA DAN TETAMU DARIPADA SARAWAK

Majlis makan malam perkahwinan anak jiran saya meriah terutama dengan hadirnya tetamu istimewa Tun Mahathir dan isteri. Saya di fahamkan nenek jiran saya adalah sepupu kepada isteri Tun Mahathir Dr Hasmah. Sempat juga saya terserempak dengan bergambar sewaktu pulang. Masih segar juga pengaruh mereka kerana saya melihat ramai peminat berpusu-pusu ke meja utama ingin bersalaman. Baguslah demi silaturrahim , namun tarikan merai tuan rumah dan pengantin lari sedikit. Itu namanya risiko menjemput tetamu orang kenamaan.
PENGANTIN BERSAMA TUN MAHATHIR DI MEJA UTAMA
TERSEREMPAK DENGAN DR HASMAH DAN IBU PENGANTIN PEREMPUAN

Dalam suasana majlis perkahwinan tersebut saya terima wassapp dari Tangkak "lanskopral menembak mati dirinya selepas menembak isteri dan bapa mertuanya di Tangkak. Mayat masih depan rumah' Wah.. berita jenayah besar berlaku di pekan kecil Tangkak suatu yang menggemparkan. Difahamkan kes ini ada kaitan dengan tekanan atau keadaan mental pembunuh.
KEMATIAN TRAGIS DALAM KELUARGA

Saya terkesan juga dengan insiden begini yang merupakan petanda buruk kepada nilai yang di anuti anggota masyarakat. Bagaimana seseorang itu memilih menantu dan bagaimana layanan yang menyebabkan tercetusnya kejadian ngeri yang semua orang yang mengenali mangsa amat terkejut. Mangsa seorang yang terkenal baik di bandar Tangkak dan seorang penjual daging. Berlakunya kejadian begini dalam suasana masyarakat kurang terjamin untuk menyara kehidupan kerana harga kian meningkat ada kemungkinan akan melarat-larat dan mempengaruhi emosi anggota masyarakat. Saya bimbangkan generasi muda yang kurang pegangan agama yang amat mudah menyerah kalah dan sanggup 'membunuh' diri dan siapa saja akan menjadi mangsa. Kejadian membunuh diri ini banyak berlaku di negara yang bukan lslam,antaranya di USA Jepun,Korea, Cina malah Singapura.

Penyakit mental merupakan penyakit yang kian meningkat jumlahnya jika tidak di atasi dengan bijak dan segera. Saya dapat maklumat ada juga kesan gangguan jin atau sihir. Terakhir adik saya mengesan anaknya kena 'isim duit' katanya jika di beri wang dia bergembira ke tahap ketawa bersungguh-sungguh dan sekelip mata wang di perolehinya habis di belanjakan. Barulah beliau akan kembali normal. Semoga berita yang saya dapat ini akan segera di rawat kerana ia juga merupakan penyakit masyarakat yang rata-rata terjejas pendapatan dek kenaikan harga. Jika berlaku sikap suka berboros walaupun gangguan jin atau sihir bukankah itu akan menimbulkan tekanan malah menganggu mental akhirnya??? Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment