Salam
Jumaat 20 September 2013/ 14 Zulkaedah 1434H
Aneh...pang..saya kena lempang (tempeleng) pagi ni, tapi tak sakit. Rahsianya HATI EMAS...
Mutakhir ini saya terkesan dengan penulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam bukunya SEMUANNYA SOAL HATI. la berkaitan dengan pertemuan dengan teman daripada Sarawak yang inginkan agar program MAWADDAH di ulang semula kepada golongan wanita di Kuching Sarawak. Saya hampir-hampir lupa program yang di jalankan lebih 10 tahun lalu. Apa pun untuk tidak menghampakan teman yang berhajat saya kemukakan kepadanya program MAWAR (Mawaddah Wa Rahmah). Untuk persiapan latihan saya kena melakukan beberapa kajian penulisan motivasi termasuk buku Ustaz Pahrol dan Five love languages oleh Gary Chapman.
Satu tamsil atau bandingan kena lempang tapi tak sakit ialah jika air lemon di letak di tapak tangan yang biasa berbanding tapak tangan yang ada luka pasti tangan yang berluka akan merasa kesakitan kesan asid air lemon. Begitulah jika hati yang sakit akan terkesan dengan apa sahaja yang menimpanya sedangkan hati yang bersih dan lurus tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Maksudnya dalam semua suasana jika hati kita baik, tidak berpenyakit, apa pun ujian yang datang hati itu akan rela dan sanggup terima sedangkan hati yang penuh penyakit hasad, dendam dan marah akan melenting-ting...tidak terkawal.
Pagi tadi saya menerima tamu sepasang suami isteri yang telah membuat keputusan menarik keluar anaknya daripada SMARTOP tanpa notis kecuali sms meminta di kembalikan bayaran deposit sewaktu pendaftaran. Bila di siasat anaknya pernah bercakap dengan temannya bahawa ia akan bertukar sekolah sebab yuran Smartop mahal. Apa pun saya berlapang dada berbincang mengapa anaknya di tarik keluar. Terus si bapa menjawab "jangan kecil hati saya nak berterus terang....anak saya tak dapat apa-apa disekolah ini berbanding dengan sekolah dahulu di Muar." "oo...hairan ya," saya menajwab.."kami ada guru mangajar bahasa mandarin,..dia tak dapat satu apa pun?" saya cuba perangkap kenyataan yang agak keterlaluan. "adalah sikit dia nyanyi Mandarin, tapi dia lebih suka main, tak suka solat dan baca doa dan surah yang sama macam dulu, tidak meningkat." Si ibu menambah 'kawan saya ada beritau anaknya sekolah ni dulu pun tak dapat apa" Saya pintas,' Smartop baru tahun ini bermula, bila anak kawan puan hantar anak?..dulu tahun sebelum ni...Saya terus tarbiyyah...'Macam ni..sesuatu yang tidak elok jangan kita sebar kerana menjadi fitnah, yang baik kita kongsi. Saya bimbang apa yang kita sebarkan akan mengena kapada kita sendiri.'
Pang..Pang...pang mereka menempeleng saya, rupanya penangan yang tidak berasas kerana bila saya selidik penilaian prestasi anaknya umur 5 tahun agak sederhana, kemajuan anaknya sekarang di peringkat suka mencuba dan kami di Smartop hanya membimbing bukan memaksa anak melakukan apa yang mereka BELUM BERSEDIA. Waktu makan si anak tidak suka masakan yang di sediakan. Kesannya apabila balik ke rumah kata bapanya anaknya macam kebuluran. Si ibu juga berkongsi bahawa dalam tahun-tahun sebelum ini ada anak kawannya yang di katakan 'tak cukup makan'(kelaparan). Sekali lagi saya menegur jika maklumat tidak tepat jangan memfitnah.
Untuk tidak menjadkan perbincangan keruh saya terima semua alasan mengeluarkan anak dari Smartop sekalipun dari segi deposit yuran ibu bapa tidak layak tuntut, namun saya relakan. Saya akhiri dengan berdoa agar anaknya mendapat ganti sekolah yang lebih baik di tambah maklumat tahun hadapan Smartop akan menapis pelajar yang akan masuk agar ibu bapa jelas bahawa konsep sekolah ini adalah SEPADU di mana mengajar agama di sepadukan dalam semua matapelajaran agar anak tidak memisahkan peranan agama dalam semua aspek kehidupan. Mereka angguk, akur dan pergi.
Berbalik kepada hati yang sakit saya petik tulisan Ustaz Pahrol "Biar kakimu yang sakit,
asalkan hatimu sihat, dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh
berjalan. Tetapi, dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan
dan harapan. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat,
tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang
miskin dalam limpahan kekayaan. Allah Yang Maha Adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta,
kuasa dan nama. Allah tidak zalim kerana meletakkan kebahagiaan pada
ketenangan “HATI EMAS” – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si
kaya, si buruk atau si jelita dan hamba atau raja."
Kaedah menempa HATI EMAS mengikut Ustaz Pahrol ialah MUJAHADDAH DI JALAN ALLAH umpama emas yang disepuh oleh api yang
menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh
siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang
bermujahadah di jalan-Nya. Dalam bahasa mudah kena bekerja kuat, berdoa penuh syahdu malah bersusah-susah demi menegakkan kebenaran.
Tindakan mempunyai HATI EMAS ialah apabila tiba saat diuji, jangan lari tetapi hadapi. Walau pedih dan
sedih jangan mengelak. Bersedia dan hadapi. Terima
hakikat,jangan
berpura-pura lagi mengandaikan Smartop tiada masalah, terimalah hakikat
supaya mampu bangun kembali dengan cepat! Ungkapan emas Ustaz pahrol “jangan dipinta diringankan ujian, tetapi pintalah
dikuatkan hati untuk menghadapinya!”
Ibarat apabila sudah tiba di dasar paling bawah, sudah tentu tidak ada lagi
tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke
atas kerana kita sudah membayar “yuran” untuk kejayaan. Kita sudah
merasai kepahitan pada ubat yang ditelan. Itulah ubat hati, yang pahit,
pedih dan menyakitkan tetapi itulah ubat dan penawar yang akan
melegakan. Saat diuji itulah segala akhlak 'mazmumah' akan dimamah. Ego, bangga
diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar”. Di saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan
ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tiada gelaran, tidak ada
sanjungan… hadiahnya hanya; HATI EMAS!
Perkembangan Smartop tanpa pemantauan Lembaga Pengelola hampir seminggu alhamdulillah. Memang saya siap mentarbiyyah guru-guru agar berdikari. Seorang daripada dua guru yang menjaga 'babies' yang di tamatkan kontrek sambilan hujung September ini telah pun meninggalkan Smartop. Seolah-olah ada pengganti kerana dua 'sukarelawan' menawar diri ingin bersama Smartop, seorang selama dua minggu menunggu panggilan kerja, seorang lagi 'attachment' selama 14 minggu sebagai syarat menamatkan Program Diploma Early Chilhood Kolej Yayasan Melaka. Sempat saya memberi taklimat kepada guru attachment tentang konsep lslam yang sepadu dan enam (6) bahasa kasih sayang (tambahan konsep Dr Gary). Saya sedang merancang guru ini akan mengajar bahasa lnggeris sepertimana teacher Leng mengajar bahasa Mandarin iaitu menggunakan kaedah lagu. Bila di tanya tentang penerimaan pelajar hampir sebulan teacher Leng mengajar Mandarin beliau mengaku anak-anak cepat menguasainya, semoga nawaitu kami membuka minda anak-anak tercapai, ameen.
Terkini dinding bangunan Smartop berubah rupa dengan sumbangan sukarelawan melukis mural, alhamdulillah. Begitu juga gambar-gambar di dalam kitchen nampak ceria. Tuk Mak (panggilan tukang masak) sedih bila di beritau ada anak yang masih kelaparan bila tiba di rumah sedangkan beliau berusaha memasak pelbagai cara. Jawapan saya mudah..jangan sedih jaga HATI EMAS di tambah dengan melaksanakan enam (6) bahasa kasih sayang yang akan terus di budayakan di Smartop iaitu bahasa Sentuhan (touching), Dokongan/puji (affirmation), Masa berkualiti (quality time), Beri hadiah (gift), Beri Khidmat (service) dan doakan (pray).
Budaya taat dan patuh kepada semua ajaran AlQuran juga penting di hayati kerana semua tindakan di dunia ada kesannya di alam akhirat pengakhiran kita. Saya menggalakkan sukarelawan berkhidmat dengan nawaitu DEMI KEMANUSIAAN dimana umur kita akan terus berlanjutan selagi nilai kemanusiaan ujud. Saya berdoa setiap detik kebersamaan semua yang terlibat di Smartop di redhai dan di rahmati Allah.
Seorang anak di Smartop menegur saya 'teacher Ummi kenapa selalu tak ada kat sekolah..? saya jawab ringkas 'teacher umi banyak kerja tempat lain' Bila di tanya lagi 'kerja apa?' dalam hati jawab MENJAGA HATI EMAS.agar tidak mudah mengaku kalah kerana Allah sentiasa menjaga dan melindungi hambaNya. WaAllahu'alam
No comments:
Post a Comment