NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, September 7, 2013

EXOTIC FISHING TRIP LANGKAWI

Salam

Ahad -Sabtu 1- 7 September / 25 Syawal-1 Zulkaedah 1434H

KESERONOKAN YANG EXOTIC DAPAT MEMANCING IKAN KERAPU/JENAHAK

Satu minggu saya menyepi kononnya ingin melarikan diri daripada ujian ketiadaan air di kawasan Lembah Klang dan terus terbang ke Langkawi bernawaitukan ingin MEMBINA TAMADDUN EKONOMI dalam bidang mencari dana membantu pelbagai aktiviti yang sedang kami santuni. Di Langkawi pula sistem wifi agak mendukacitakan malah ramai pelancung bersungut mengenainya.

Kepulangan kami ke Petaling Jaya/Shah Alam daripada Tangkak pada tengahari Sabtu 31 Ogos hari Merdeka tahun ini di jangka melalui kesesakan jalanraya kerana cuti umum, namun agak selesa. Kami hanya mendapati di rumah masing-masing di landa gangguan air. Balang-balang air bersusun di rumah dan bila di putar kepala paip sinki 'air elek...tiada walau setitik' Lucu dan insaf dengan keperluan air.

Petang sabtu saya dan suami menyahut jemputan open house rumah adik suami saya di Jalan Semenyih Kajang. Hujan lebat hari itu dan air melimpah-limpah di jalanraya, water, water everywhere but not in our tanks di kawasan Lembah Klang. Dengarnya air mineral di pasaraya habis di beli pelanggan untuk simpanan kecemasan. Teman saya sudah berkira akan berpindah sementara ke rumah anaknya di Puchung kerana tiada gangguan air di sana.
SEBAHAGIAN SCANNERS (SIDDEK CLANZS AND ASSOCIATES) BERHARI RAYA


Saya dan suami dapat membeli tiket Firefly ke Langkawi di lapangan Terbang Subang untuk penerbangan pagi Ahad. Walaupun tidak dapat harga murah memadailah kami dapat mengatasi masalah air dengan cara bermusafir begini apatah lagi menunggu di Langkawi adalah team adik-adik saya yang sedang menjalankan kajian MEMBINA TAMADDUN iaitu mengubah cara bercuti di Pulau Langkawi melalui pelbagai rangkaian dan kerjasama yang harapannya akan menguntungkan orang Melayu sekaligus umat lslam di Pulau tersebut. Tambahan pula saya masih ingat beberapa orang peserta kursus ibu tunggal yang menyertai Program Mawaddah sekitar awal tahun 2000. MasyaAllah, sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan mereka.

Terlalu banyak kisah yang melanda saya dan team di Langkawi serta rakyat Malaysia sepanjang tempoh saya tidak menulis blog. Biarlah sekadar saya meringkaskan dengan beberapa gambar bertajuk EXOTIC FISHING TRIP LANGKAWI serta info melalui website www.beautiful-langkawi.com

MENINJAU SALAH SEBUAH PANTAI YANG CANTIK DI PANTAI TENGKORAK BERHAMPIRAN HOTEL DATAI

Di kisahkan syarikat Sky5 dan Puncak Langit milik adik-adik saya sudah lebih dua tahun beroperasi di Langkawi untuk menyediakan kemudahan wifi bertahap tinggi, namun tidak semudah menyediakan kepakaran unik ini kerana pelbagai halangan dan karenah pentabiran serta percaturan politik. Sebelum ini saya kurang arif tentang kegiatan adik-adik saya namun hikmah saya bersama mereka yang melaksanakan projek ini memberi saya kesedaran betapa rendahnya tahap kerjasama yang di berikan pihak berkuasa kerana semuanya memerlukan 'pelincir'.

Satu strategi memudahkan berurusan di Langkawi ialah syarikat perlu menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan dan penginapan kepada tetamu dan client yang datang ingin membantu atau melabur. Salah seorang adik saya terfikir untuk mengadakan hubungan dengan syarikat pelancungan atau terus membelinya. Allah mengizinkan sebaik perjanjian jualbeli sebuah syarikat pelancungan selesai di tandatangan tuanpunya syarikat, seorang berbangsa singh berumur 81 tahun meninggal dunia. Terkini adik saya sedang mengusahakan baki pembayaran jualbbeli kepada warisnya, semoga Allah jua yang mempermudahkan urusan ini.

Saya melihat kejadian ini seolah satu anugerah Allah dapat memiliki sebuah syarikat pelancungan yang beroperasi sejak 22 tahun dan mempunyai 'good will' serta asset kereta sewa, lesen menguruskan pelancungan dan sebagainya. Sekiranya saya tidak berada di Langkawi pasti saya kurang faham mengapa adik-adik saya bersungguh-sungguh ingin menjalankan urusan di Langkawi, rupanya wawasan dan nawaitu mereka jauh dan besar.  Sejak itu saya tidak berhenti berdoa semoga Allah memudahkan urusan mereka secepatnya, ameen.

Idea EXOTIC FISHING TRIP LANGKAWI (EFTL) muncul bilamana kami meneliti rutin pelancung ke Langkawi agak membosankan, mangrove tour, snorkling, shopping, sightseeing...Timbul cadangan why not fishing, night fishing, trawling, pukat fishing etc etc..AWESOME, EXOTIC!!!

SANGGUP BERJAM-JAM DALAM BOT?


Sebuah lokasi rumah seorang nelayan menjadi tempat kajian dan cadangan kerjasama, pergi memancing, memasak ikan pancing dan menyediakan hidangan menarik di tawarkan. Ala kulli hal (walau apa sekalipun) kami selesai menjalankan kajian selama seminggu, melihat waktu air pasang surut, kemudahan dan pelbagai sudut persiapan jika pakej EFTL akan di promosikan.

SIAP UNTUK PERGI MEMUKAT HINGGA KE MALAM

Anihnya kami melihat rata-rata penghuni Pulau Langkawi kurang berwawasan. Bila di sebut unsur perniagaan yang mereka nampak ialah RM SAHAJA. Berkali-kali saya menguji peniaga dengan alasan beri diskaun dan jual murah mereka tetap melayan semua orang sebagai PELANCUNG yang datang bawa wang. Walau satu ringgit mereka tidak rela berpisah...sedangkan buah pisang yang mereka jual hampir busuk...Bila peniaga kikir MEMBERI susahlah rezeki bertambah, barang-barang tetap tidak terjual.  Berbeza dengan peniaga berbangsa lain...senghaja di letak harga melebehi RM2, bila di tawar terus setuju kurang RM2.  Waallahu'alam

EXOTIC FISHING TRIP VIA PENERBANGAN DAN TOUR GUIDE GENERASI MUDA

Kami juga menghadapi sedikit ujian berurusan dengan tukang masak ikan segar. Bila di tanya sang isteri harganya RM30 satu kepala pelancung, bila tanya suami RM10..wadduh kami memutuskan akan masak sendiri atau menggunakan tukang masak ad hoc seekor ikan RM1.Begitulah kajian yang kami jalankan termasuk mengurangkan jumlah bilangan kepala yang datang setiap kali waktu makan kerana semuanya berkaitan dengan kos.

Saya cuba meninjau sumber manusia dikalangan mereka yang saya kenal di Langkawi. Rupanya ramai mereka yang kecewa dengan perniagaan di Langkawi yang bermusim (hujung minggu dan cuti sekolah sahaja). Mereka lebih rela mencari kerja di luar kawasan, antaranya melalui perniagaan MLM. Bagaimana ingin MEMBINA TAMADDUN jika penduduk tempatan mudah kecewa dan kurang bersemangat. Penduduk di Langkawi yang menguasai perniagaan makanan kini terdiri daripada bangsa Thai dan Burma. Bila di tanya masakan mereka orang Langkawi rasa 'loya' almaklum kebersihan penduduk Burma tidaklah begitu terjaga.

Mengapa kami sibuk-sibuk ingin MEMBINA TAMADDUN  banyak kaitan dengan senario yang berlaku di negara kita dan seluruh dunia. Rata-rata manusia kehilangan RUH  untuk berbakti dan membuat sesuatu yang bertahan lama, antaranya menyebarkan kebenaran. Dua bulan sejak Mesir di uji dengan rampasan kuasa tentera pada 3 Julai di Malaysia tepat 3 September harga minyak di naikkan 20 sen. Alasan dangkal kenaikan, langsung tidak professional, antaranya untuk memudahkan pemberian BR1M dan Malaysia antara 8 negara terendah harga minyak di kalangan negara BUKAN pengeluar minyak.

Membaca beberapa blog mengkritik tindakan kerajaan saya turut kecewa dengan perlantikan peribadi ke beberapa jawatan yang di agih antaranya kepada bintang filem dan kroni parti memerintah. Memang kisah Luncai layak di berikan kepada DASAR MENGARUT kerajaan hari ini...Biarkanlah luncai dengan labu-labunya...ia petanda nazak akhir sebuah TAMADDUN yang tidak di bina atas dasar kebenaeran...pasti akan hancur.

Assyahid Syed Qutb pernah bermadah antara maksud pentingnya 'jika kita berjuang untuk sebuah tamaddun dan kemanusiaan umur kita adalah sepanjang tamaddun dan umur kehidupan manusia, tapi bila kita berjuang untuk selain Allah, untuk dunia dan peribadi, umur kita sekadar dan megikut umur kita di hidupkan sahaja, fikir-fikirkanlah...Waallahu'alam, mari kita taddabur alam dalam EFTL insyaallah..

TANGKAPAN IKAN SEGAR DALAM EFTL-TRIAL

DI BAKAR
DI MASAK SUP
MASAKAN TIGA RASA/ASAM PEDAS/LEMAK CILI API DLL


Saya berdoa EFTL akan memulakan tamaddun bersilaturrahim, bantu membantu antara yang mampu serta mempromosi apa sahaja kebaikan dan kelebihan yang terdapat pada diri seorang insan, keluarga, masyarakat tempatan dan tamaddun itu sendiri iaitu BERUBUDIYYAH DAN BERTARBIYYAH.yang berterusan hingga ke anak cucu insyaAllah.

No comments:

Post a Comment