Salam
Ahad 22 September 2013/ 16 Zulkaedah 1434H
Awal pagi ini saya dan suami santai meninggalkan rumah di Tangkak untuk pulang ke Shah Alam. Harapannya kami dapat menyelesaikan dua misi mengadakan pertemuan penting berhubung projek Langkawi di Shah Alam. Selepas solat Subuh saya dapat sentuhan fikiran tentang amalan sunnah yang di galakkan Rasulullah saw iaitu menziarahi orang sakit. Saya dapat berita besan lelaki (bapa menantu saya) sedang sakit di Batu Pahat.
Oleh kerana santai kami menghalakan perjalanan ke arah selatan dulu dan kemudian terus menuju ke Shah Alam. Anak saya yang masih berada di Tangkak kerana majlis perkawinan anak saudara saya Sabtu 21 September saya gamit pergi sama melawat pesakit. Bergegas juga dia menguruskan lima orang anak-anaknya, tiga daripadanya mengikut saya dalam kereta kami.
KEMAH MAJLIS PERKAHWINAN DI JALAN SOLOK TANGKAK JOHOR
Kami menyelusuri jalan 'lama' bukan melalui lebuhraya dan sempat singgah di Parit Jawa menjamu selera 'asam pedas' yang pernah di siarkan dalam program TV3 'jalan-jalan cari makan'
Blog kali ini ingin menyentuh tentang majlis perkahwinan anak saudara saya yang agak meriah kerana ramai sekali tetamu kenalan, sahabat handai, saudara mara jauh dan dekat datang meraikannya. Dengan persiapan yang agak lama dan rapi saya yakin keluarga adik saya berpuashati dengan majlis tersebut. Tambahan cuaca amat baik dan adik beradik semua dapat menghadirkan diri.
MENYAMBUT TETAMU
PASANGAN PENGANTIN SELEPAS AKAD BERSAMA IBU BAPA PENGANTIN PEREMPUAN
Saya terbaca sebuah blog yang menulis tentang "Muslim Miss World" di Jakarta yang dimenangi calun negara Africa.Beliau menyebut quote:
"A lot of people
simply cannot see the hypocrisy behind this Muslims aping the non
Muslims. And they even use religious beliefs to camouflage the
imitation. It is still an
imitation. And imitation is the best form of compliment. When you
imitate a people or copycat what they do, then you are conceding that
they are better than you." Ringkasnya umat lslam suka MENIRU carta hidup orang lain (barat) dan sekaligus merendahkan nilai hidup mereka sendiri.
Terkini sebahagian besar masyarakat kampong sudah menerimapakai pakej perkawinan yang satu masa dahulu hanya kaum cina dan orang berada di bandar sahaja yang mampu melakukannya. Wedding Planner masing-masing menawarkan pelbagai kaedah agar majlis perkawinan meriah,mudah dan membanggakan. Saya tidak berhajat menulis panjang mengenai perkara ini kerana pengaruh pakej perkawinan ala zaman moden telah terlalu tersebar (widespread) dan sukar di bendung. Terkilan rasa hati ini memikirkan alangkah bahagianya jika belanja ribuan ringgit untuk wedding planner itu di infaqkan.
Bakal-bakal pengantin mulai resah jika mereka tidak dapat menandingi pakej yang teman seangkatan mereka berjaya lakukan. Porak peranda di buatnya matlamat sebuah perkawinan yang sepatutnya untuk mendapat keberkatan sebaliknya kini mengundang 'bala' berhutang, menghadapi murka Allah jika keterlaluan membazir. Isunya adakah perkawinan di jamin BAHAGIA dengan pakej begini?? Tepuk dada tanya iman pasangan yang akan melangsungkan perkawinan.
Terlalu banyak kesan negatif majlis perkawinan yang bermula dengan konsep yang salah. Yang paling ketara ramai tidak berkemampuan mengadakan majlis besar-besaran lantas berdua-duaan kesana kemari. Dalam wassapp tersebar berita sepasang remaja yang jahil agama marah bila di tegur agar jangan bermaksiat hingga tercetus kata-kata kufur dan celupar 'kalau Allah kuat mari jumpa"
Dalam tempoh yang singkat kedua remaja mati di geles trailer kerana terlibat dalam kemalangan ngeri di mana mayat menjadi serpihan daging hancur. Nauzubillah....
Mari kita sama-sama merenung dimana NILAI SEBUAH PERKAHWINAN jika bakal suami isteri gagal memahami apa tujuan perkahwinan. Masyarakat kini di landa krisis nilai yang serius di mana tidak ada jalan keluar kecuali kembali kepada kebenaran lslam yang meletakkan asas perkahwinan untuk menegakkan deen lslam bukan meruntuhkannya. Apa alasan sekalipun ketegasan bakal pengantin dan ibu bapa perlu untuk mengelakkan umat lslam terjebak dalam isu MENIRU cara hidup jahiliyyah yang bermula dengan merancang mengadakan majlis perkahwinan ala-ala 'raja' walaupun sehari!!
No comments:
Post a Comment