Salam
Rabu 25 September 2013/
Sejak berada di Shah Alam banyak perancangan tidak kesampaian dan saya menghabiskan masa mengemas apa yang patut di rumah. Sempat juga mencuba membuat pizza sendiri memikirkan banyak bahan syubhat mutakir ini. Yang lucunya BUDU tidak termasuk dalam syubhat malah kajian di Jepun dan US merakamkan kesan positif bahan dalam budu.
Saya ingin menyambung kisah dalam blog terdahulu kerana saya baru-baru ini di berikan sebuah buku oleh adik saya bertajuk Murrabiku tulisan blogger Langit ilahi. Nostalgia bersama Allahyaham Ustaz Dahlan dan isterinya Kak Halimaton menerpa penuh syahdu di hati ini kerana apa yang penulis paparkan dalam bukunya menjawab tajuk blog saya NILAI SEBUAH PERKAHWINAN di mana kenangan sepasang suami isteri yang menginfaqkan masa mereka kepada sebuah institusi pendidikan bernama MATRI (Mahaad Tarbiyyah Islamiyah Perlis) tepat mengisi nilai dalam sebuah perkahwinan iaitu bermatlamat SYURGA, berkaedahkan KASIH SAYANG dan bermuamalatkan KEBAJIKAN untuk menampilkan akhlak lslam.
Saya tidak akan lupa tempoh masa mengenali mereka contoh mereka saya dan suami ikut 100%. Kalau rumah mereka di Perlis menjadi tumpuan anak didik terdekat, di Bukit Persekutuan rumah saya juga menjadi 'markas' pertemuan ramai anak didik yang jauh dari beliau. Kegembiraan saya ketika itu ialah bila rumah saya terpilih menjadi tempat ustaz berehat, santai,makan siang atau malam termasuk bersama sahabat-sahabat dari Mesir,Jordan dan ramai lagi termasuk UK. Menginfaqkan rumah untuk tarbiyah lslam adalah nikmat terbesar yang pernah saya rasai dan memang Allahyarham ustaz dan isteri sentiasa didalam nikmat tersebut. Begitulah nilai sebuah perkahwinan yang saya perolehi demi menjaga nilai terbesar iaitu iman dan lslam, harap-harap hingga ke syurga, ameen.
Selain menziarahi ahli kariah yang sakit kami turut membantu menyempurnakan jenazah seorang usahawan yang baru berpindah di kariah kami pagi ini. Beliau di katakan mati serangan jantung dan di kebumikan di Teluk Intan. Mujurlah adiknya mohon tidak di lakukan post mortem kerana akan lebi lama menunggu pengkebumian. Saya dan suami berkongsi perasaan bahawa usahawan berumur 50 tahun telah menjadi arwah, kami masih di beri nikmat umur yang kami berdoa menjadi sumber amal soleh insyaAllah. Arwah adik saya Mustapha pernah menyebut bahawa umur antara 50-60 amat cepat beredarnya dan kini kami di kejar umur antara 60-70 tahun. Sebaiknya kami MESTI menjaga HATI EMAS tidak mudah kecundag dengan isu kecil.
Namun hati emas kami mesti mampu menapis apa yang perlu di pertahankan dalam kehidupan ini antaranya kena juga sensitif jika hak Allah di langgar. Solat, beramanah, berakhlak dan menjauhi maksiat sering menjadi peringatan, harap-harap anak-anak tidak merasa jemu mendengar nasihat kami dalam baki-baki umur ini. Hidayah memang dari Allah tetapi usaha menyampaikan hidayah tidak boleh berhenti. Itulah nilai terbesar sebuah perkahwinan.
No comments:
Post a Comment