'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Saturday, February 16, 2013
MIMPI NGERI 3
Sabtu 16 Februari 2013/5 RabiuAkhir 1434H
Sepanjang minggu cuti Tahun Baru Cina (TBC) yang membawa bersamanya mimpi yang paling mengerikan bagi saya dan keluarga KOHATSA (kini membawa nama TOP13).Kembalinya kerahmatullah adik saya nombor lima, Mustapha yang sekaligus teman karib saya pada jam 3.33 pagi Jumaat 15 Februari 2013 bersamaan 4 RabiuAkhir 1434H menjadikan MIMPI NGERI satu kenyataan. Walaupun kematian itu wajib namun menghadapinya paling menakutkan. Berita adik saya tidak sedar dan berada di wad CCU HUKM Cheras KL pada jam 10.00 malam Ahad 10 Februari 2013 memeranjatkan saya dan suami yang ketika itu berada di Tangkak. Perancangan bercuti bersama keluarga kecil saya di Port Dickson tidak kesampaian lantas kami berkumpul di rumah sewa Tangkak.Bersama dua adik yang lain saya dan suami terus berkejar ke HUKM. Difahamkan Mustapha menghadapi komplikasi degupan jantung lemah kesan kencing manis. Melihat beliau begitu tenat terkeluar dari mulut saya doa,"Ya Allah selamatkan adikku, sembuhkan dia dan redho diaya Allah.". Sepanjang malam hingga ke pagi Isnin 11 Februari kami berada di lobi CCU, sekejap masuk wad berbisik dengannya, talqin dan membaca Surah Yassin,AlMulk,Ma'thurat,zikir dan doa. Air mata sedih bimbang kehilangannya tak mampu di kawal. 8 anak-anaknya berada di sisi,seorang lagi dalam penerbangan Cairo-KL. Saya berazam akan berada di sisinya semampu mungkin dan akan kembali keHUKM semula selepas pulang ke Tangkak. Mulai Isnin-Rabu saya menghabiskan masa di HUKM, malah tidur di sana pada malam hari Rabu 13 Februari. Turun naik keadaan kesihatan Mustapha kurang menyenangkan walaupun telah di jalankan dylasis. Namun pada hari khamis perbincangan dengan Doktor yang merawat menyebutkan 'not deteriorating'(tidak memburuk) malah pernah kes yang lebih teruk ada harapan pulih. Saya bercadang pulang ke Tangkak kerana ingin membuat persiapan mesyuarat Lembaga Pengelola SUFI pada hari Ahad 17 Februari yang juga telah di atur pertemuan ibu bapa dengan Pak Hasni pengasas IHES/QGDP untuk pra sekolah.Kali terakhir saya menjenguknya di CCU hampir jam 9.30 malam sambil membelai kepalanya dan berkata 'be strong tapa,we need you..kuatkan semangat,ingat Allah Maha Penyayang. Kami doa untuk tapa' Sebenarnya solat hajat bersama ahli keluarga di lakukan di surau HUKM lepas Maghrib Rabu dan malam khamis oleh kariah Surau Seksyen 11 Shah Alam juga di Masjid Negeri Shah Alam. Begitulah ramainya yang terkesan dengan keadaan Mustapha kerana beliau ramai kenalan dan melazimi surau dan Masjid sekitar Shah Alam. Tidak di sangka itulah kali terakhir saya melihat beliau bernafas yang kelihatan sedikit sesak nafasnya.Setiba di Tangkak hampir jam 12 malam saya dan suami keletihan terlena hingga dikejutkan deringan talipon jam 4.00 pagi. Watssap rupanya telah masuk jam 3.34.pagi menyatakan Mustapha telah TIADA. Terketar saya menerima berita ini terus berkejar semula ke Shah Alam,sempat melihat jenazah telah di mandi dan di kafankan cepat sekali. Raut muka yang bersih membuat saya sayu kerana saya ingin sangat ruh Mustapha DIREDHAI Allah di pagi syahdu Jumaat penuh berkat. Air mata yang mengalir tidak berhenti menghalang saya mencium jenazah. Saya lihat isterinya lebih tenang dari saya dan itu juga doa saya agar beliau redho dengan pemergian suami tersayangnya. Hati saya menangisi saat saya kehilangan teman karib sering bersarapan sama, kehilangan suara yakinnya terhadap kebenaran (beliau sering mengulan-ulang keyakinannya Allah berkuasa). Beliau merakamkan syukur baru-baru ini kerana selesai khatam alquran dengan membaca maknanya sekali. Sewaktu membaca AlQuran hampir separuh selsai saya bertemu ayat-ayat di bawah ini yang saya kongsikan dengan adik-adik yang lain,semoga MIMPI NGERI saya yang menjadi kenyataan sepanjang cuti TBC menjadi iktibar betapa tipisnya saat perpindahan manusia dari alam MIMPI (dunia) ke alam NYATA (barzah dan akhirat).Melihat betapa cepatnya urusan jenazah di urus dan dikebumi saya berdoa ia petanda adik saya seorang yang mendapat habuan yang baik di sisi Allah. Kini saya dalam penantian,semoga Allah juga meredhai saya saat berpindah kealam nyata barzah. Hikmah MIMPI NGERI di musim cuti panjang TBC ialah kami keluarga TOP13 dapat berkumpul tanpa sekatan pekerjaan, bersilaturahim, berdoa,solat hajat dan bertakruf,ia satu nikmat anugerah Allah juga [Surah Al-A'raf 151 "dan (Musa) berdoa Ya Tuhanku ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami kedalam RahmatMu dan Engkau adalah Maha Penyayang dari semua penyayang" Surah Ibrahim 27 " Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat." Surah Al-Ra'ad 2 "Allah mengatur urusan makhlukNya, menjelaskan tanda-tanda kebesaranNya supaya kamu meyakini pertemuanmu dengan Tuhanmu."]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment