NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, February 10, 2013

WARNA WARNI BANDAR MAHARANI MUAR

Ahad 10 Februari 2013 / 29 RabiulAwwal 1434H Tahun ini pada hari Tahun Baru Cina (TBC) yang sekian lama saya tidak melihatnya di bandar Tangkak yang ramai warga berbangsa Cina saya sempat memerhatikan gelagat kaum tersebut. Sejarah Tangkak tidaklah begitu cerah kerana ia terkenal dengan "Kawasan Hitam" masa zaman dharurat yang seingat saya sejak tahun 40an sampailah Merdeka 1957. Waktu saya berumur 5 tahun saya ingat samar-samar pengkebumian bapa sauadara saya (abang emak) yang di dapati mati dalam estet getah Bukit Kangkar di siksa oleh gerombolan 'komunis' yang ketika itu beroperasi dalam hutan. Sejak itu saya ada menyimpan maklumat dalam minda bawah sedar saya Cina=Komunis. Nak buang maklumat tersebut tidaklah mudah kerana 'pendidikan di waktu kecil ibarat mengukir di atas batu'. Walaupun semasa tinggal di Sungai Mati dalam tahun 60an jiran saya seorang berbangsa Cina, persepsi saya dan adik-adik tidaklah elok kerana kami sering menyusahkan jiran (tak lslamik langsung)dek kenakalan kami. Bertumbuk dengan satu-satunya anak jiran yang sebaya degan kami (dengarnya Ah Kaw anak tersebut mati tertembak kerana menyertai kumpulan merompak bank Waallau'alam,saya tak ada maklumat tepat). Kami juga mengejek, mencuri getah skrap dan sebagainya.Saya masih ingat kami mengejek 'Cina makan babi'..manalah mereka nak sensitif kerana memang makanan harian mereka. Kamu sering juga di hukum kerana akhlak tak soleh bila jiran cina mengadu kepada bapa saya namun kenakalan tetap tak berubah. Saya tidak lagi berhubung dengan jiran sebaik selepas MCE/OSC kerana ke asrama di KL. Berbalik kepada perayaan TBC bingitlah telinga dengan bakaran mercun sepanjang malam. Entah apalah jadi undang-undang mengharamkan mercun di Malaysia ni, kami warga Tangkak dah lali ibarat pepatah 'tegal bisa dek biasa'.Kini persepsi saya berubah sedikit kerana melihat daripada sudut pegangan hidup dan bukan rasis. Kalau dalam entry sebelum ini MIMPI NGERI di tuju kepada bangsa Melayu lslam tak tau nak cakap tentang kaum Cina, semoga di kalangan mereka nampak serpihan cahaya hidayah yang di bawa peribadi orang Islam Tangkak. Menurut suami saya yang cuba meramaikan jemaah di surau sekitar tempat tinggal kami 'its a long way to go',kadang-kadang jemaah surau 3 orang, lmam,Bilal dan suami saya. Apapun dalam entry kali ini saya nak bercerita tentang WARNA WARNI BANDAR MAHARANI MUAR.Maaflah tak ada gambar. Tapi 'colourful Muar' saya nampak hari ini cuti TBC kerana warga asing yang keluar ke Bandar Muar bersantai sepanjang tepi Sungai Muar selepas jembatan pertama ramai sekali.Rupanya kilang di Tanjung Agas Bandar Maharani Muar mempunyai ramai pekerja asing daripada pelbagai negara. Menariknya Bandar Maharani Muar hari ini membuat saya menulis blog kerana sewaktu saya bersekolah dalam tahun 60an, Muar terkenal dengan Bandar Orang pencen, terpinggir daripada laluan perdana (highway Selatan Utara). Perubahan ketara ialah tanah milik orang Melayu bertukar milik. Rumah 'lekeh' kaum cina dulu kini menjadi empire. Masyarakat Melayu sepanjang jalan Tangkak-Muar terlalu santai, tak sedar mereka di 'sudut'kan dalam banyak hal termasuk dunia busnis . WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment