NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, February 21, 2013

ZON BERSIAP SIAGA

SALAM.JUMAAT 22 FEBRUARI 2013.11 RABIULAKHIR 1434H Sepanjang minggu selepas Allahyarham Mustapha meninggalkan kami aura Shah Alam menyedihkan kerana tempat-tempat kami sering santai terpampang di mana-mana. Di Seksyen 3 kegemaran allahyarham makan kuih chakui, di seksyen 11 kami menikmati lontong, di seksyen 10 restoran banyak pilihan makanan kelantan yang di gemarinya, even the Subway seksyen 9 kami menjimatkan belanja breakfast RM6.90.Untuk menghiburkan hati kami berpakat membaca AlQuran 30 juz di agih mengikut keluarga, saya dapat 3 juz dan setelah di sempurnakan saya berdoa agar allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang soleh, termasuk kami semua yang akan menyusul tak lama lagi. Satu hakikat yang tidak dapat di nafikan bahawa ramai adik beradik kami kini berada dalam ZON BERSIAP SIAGA termasuk saya. Allahyarham Mustapha melangkaui 3 abang dan kakak semasa pemergiannya. Kami pasrah kerana ia menjadi iktibar kepada cara kami berfikir sekarang. Kena banyak fikir apa nak di tinggalkan sebagai 3 bekalan,sadaqah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan. Keujudan SUFI sedikit sebanyak menghibur saya dan kami terus pulang ke Tangkak pada hari Sabtu sehari allayarham meninggalkan kami. Kali terakhir saya mengajak allahyarham melawat SUFI ialah majlis akikah anak saudara di Sagil. Beliau tidak sempat ke Sufi kerana mengejar nak pulang ke Shah Alam tapi berpesan, "apa-apa yang Uda buat saya sokong 100 % dan akan buat nanti untuk cucu-cucu saya di Shah Alam." Kata-kata motivasi yang sering keluar daripada mulutnya sentiasa memberangsangkan saya. Pagi ini Jumaat 22 Februari saya menerima sms bahawa suami seorang teman saya di Sungai Mati telah menghembuskan nafas terakhir di HUKM juga kerana dibetic di kaki. Saya sempat melawatnya dalam keadaan biasa kerana hanya jari kakinya yang di rawat. Itulah maksudnya ZON BERSIAP SIAGA kerana biasanya sakit manjadi penyebab supaya kita tidak terkejut menerima musibah. Kini saya amat terkesan dengan dignosis kencing manis. Saya tidak mengamalkan ubat walau doktor di KPJ menasihaktkan saya makan ubat dan pergi check setelah ubat habis. Kadar gula harus di sukat tiap pagi. Saya sukat tanpa mencatit tapi nampak kurang menarik kerana constant bacaan 12-13, bila puasa turun 8. Tapi doktor menyatakan buah pinggang saya ok dan organ lain juga. Maklumat ini untuk saya rakam sahaja kerana berada DI ZON SIAP SIAGA bukan soal merawat penyakit zahir semata, penyakit batin di hati lebih parah kalau tak di rawat dengan alquran, amalan orang-orang soleh, bertaubat, buat kebaikan dan memaafkan orang.Saya menulis tajuk ini untuk mengakui bahawa lawan hidup ialah mati dan mati itu hanya sekejap sahaja kerana kita akan berada dalam alam baru yang lebih mencabar kerana tidak ada tenaga yang mampu menggerakkan kita kecuali dengan izin Allah dan banyak bergantung kepada hubungan kita dengan Allah sewaktu hidup insyaAllah. Waallahu'alam.

No comments:

Post a Comment