'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Sunday, February 3, 2013
BIAR MENYESAL BELI
Ahad 3 Februari 2013/22 RabiuAwwal 1434H. Aneh saya dan suami mutakhir ini ashik memikirkan SUFI dan karenah anak-anak yang tidak menjemukan.
Begitulah sunnatullah, di umur tua baru punya masa bermain macam anak-anak, sedangkan masa anak-anak kecil sentiasa sibuk dengan kerjaya.Namun tidak ada kesalan dimana-mana fasa kami di umur muda kerana arwah ibu dan bapa saya sentiasa menampong kekurangan kami apatah lagi bapa saya bekas seorang guru besar. Hari hujung minggu ini saya dan suami mencari CD sebagai alat bantuan mengajar bahasa lnggeris. Musim membeli belah sebelum tahun baru cina sekarang, banyaklah jualan murah di sana sini. Saya tertarik juga untuk shopping tapi di sudut hati ada keutamaan lain. Teman saya sering mengumpan saya ketika membeli belah..BIAR MENYESAL BELI... maksudnya jangan terkenang-kenang bila balik shopping menyesal tidak membeli barang kehendak hati.Hmm kehendak hati mana mau puas... Tentang kehendak hati ini SUFI masih lagi belum membuat keputusan kes ancaman aduan polis. Saya teringat kata si penuduh kepada petugas Taska bahawa 'saya tak puas hati....bla bla bla..' Bila di tanya apa yang SUFI perlu lakukan...'tindakan displin' jawab suaminya.Disebab rasa tak puashati SUFI kini dalam dilema. Alangkah baiknya jika kes laporan polis ini dipertimbangkan dengan matang kerana keterlanjuran mengadu ke balai polis imej SUFI agak tercalar. Ini bukan seperti kes 'BIAR MENYESAL BELI' tapi menyusahkan banyak pihak. Saya melihat suami saya agak tertekan, sentiasa solat istikaharah walaupun dia tak pernah menyatakan apa-apa pandangan. Kemanisan hubungan petugas SUFI mungkin cepat di rasa kalau tidak berlaku kes ini. Alangkah baiknya jika kita bersabar sedikit, rujuk dan akur kepada sistem dan peraturan yang ada. Jika ikutkan perasaan tak puas hati saya yakin orang yang kurang bersyukur sepanjang hidup tak puas hati. Tentang tajuk blog ini saya sekarang tidak lagi melakukannya kerana saya berpandangan BIAR TAK BELI...kerana banyak saluran infaq dapat di lakukan dengan wang hasil tidak membeli sesuatu yang tidak daruriat (kecemasan). Jihad menyimpan untuk keperluan orang lain yang lebih memerlukan merupakan satu kemanisan iman,percayalah! Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment