'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Friday, February 1, 2013
MENTOR 2
Jumaat 1 Februari 2013/20 RabiulAwwal 1434H
Alhamdulillah sudah sebulan SUFI beroperasi atas tanah milik Majlis Agama lslam Negeri Johor. Tidak ada kalimah yang terucap kecuali alhamdulillah thumma alhamdulillah. Tema bulah Februari ialah I LOVE RASULULLAH setelah tema bulan Januari ALLAH IS MY RABB AND I LOVE ALLAH.Memang saya dan suami kena berkampong di Tangkak kerana cuak sikit nak balik perjalanan jauh kerana cermin depan kereta mulai retak. Kalau retak seribu dalam perjalanan parah juga!Dalam blog ringkas ini saya nak menyambung prasyarat kejayaan selain ada MENTOR. Syarat kedua ialah sifat SYUKUR. Dalam AlQuran di ulang-ulang 'sedikit sekali manusia bersyukur'. Bila saya amati kalimah ini memang benar kerana manusia sering MENGELUH, MENGADU DAN MENGUNGKIT serta yang seumpamanya. Kebetulan SUFI sedang melalui ujian laporan polis terhadap tidak puashati kepada anak Taska saya mulakan usrah guru dengan tajuk MANISNYA IMAN BILA BERSYUKUR. Kalau kita lihat bagaimana Nabi Ayuub di uji dengan penyakit yang tak tertanggung baginda hanya 'mengadu' kepada Allah 'Aku sakit' bukan 'Aku tak tahan sakit.' Ada staf SUFI yang respond menyatakan mulut spontan mengeluh 'penat' sedangkan hati tak begitu. Senyuman saya hanyalah apa yang mulut tuturkan puncanya dari hati, chek hati lagi. Planner bulan Februari Sufi juga dapat disiapkan semoga apa yang di rancang dapat dilaksanakan. Masuk bulan Mac guru besar melaporkan Sufi kena rancang program 'outdoor atau lawatan' serta sukan. Macam mana tak berkampong kalau padat begitu. Syarat ketiga kearah kejayaan ialah 'infaq'. Perkataan yang asing sekalipun kepada guru Sufi...saya sebutkan sedekah baru faham. Sedekah pula sering di kaitkan dengan kemampuan wang ringgit sedangkan ia boleh berlaku dengan tenaga dan masa. Sebuah hadis Rasulullah saw kepada Muaz bin Jabal turut di baca dalam usrah antara intinya '..kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka 1. TAHANLAH LIDAHMU jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib 2. Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain 3. Jangan riak dengan amal supaya amal itu di ketahui orang 4. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dan melupakan akhirat 5. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak dapat di ajak berbisik. 6. Jangan takkabur kepada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat 7. Jangan berkata kasar dalam majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu.8. Jangan mengungkit-ungkit bila melakukan kebaikan. 9. Jangan merobek-robek (pecah belah)peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan di robek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam...' Sekadar ini dahulu. Saya kena check banyak syarat yang belum dapat di penuhi semoga Allah memudahkan jihad diri ini. WaAllahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment