'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Monday, February 4, 2013
CLEAN UP TIME
Isnin 4 Februari / 23 RabiulAwwal 1434H. Hujan di pekan kecil Tangkak turun sejak petang ahad.Limpahan air bertakung kelihatan di mana-mana. SUFI memulakan hari dengan Assembly,alhamdulillah penampilan guru besar dengan speech in English membanggakan. Hari bersejarah juga kerana ustazah mengajar AlQuran memulakan tugas sambilan, satu jam sehari 9-10 pagi untuk anak-anak Tadika. Dalam kesejukan hujan mencurah-curah beliau datang membawa anaknya yang dikatakan sering sakit(asma)untuk ditumpangkan sejam di taska.Saya terpaksa melarikan Ibrahim anaknya yang meronta enggan ke Taska. Hikmahnyamelayan ibrahim ialah saya terpaksa duduk di taska satu jam dan memerhati aktiviti di sana. Penemuan menggembirakan saya hari ini kerana ustazah mengajar alquran menggunakan kompang untuk menarik minat anak-anak tadika sementara di taska saya teruja dengan cara penyelarasnya berjaya mengawal anak-anak. 'Clean up time...clean up time...penyelaras membawa satu plastik besar untuk anak-anak memasukkan bola-bola yang sebelum ini mereka bermain dan anak-anak akur. kemudian mereka ramai-ramai menuju kebilik untuk 'activity circle' macam diatur-atur.Rupanya rutin harian ini memang di tunggu anak-anak kerana dalam activity circle mereka menyanyi ramai-ramai sambil mengulang-ulang beberapa doa dan mengenal huruf termasuk asmaulhusna. Teruja sekali saya melihat koemitmen penyelaras melayan anak-anak sehingga mereka tertunggu-tunggu untuk mendengar suara merdu teacher menyanyi. Kemudian anak-anak berdiri berselawat dan berbaris untuk minum pagi di kawasan dapur. MasyaAllah... saya terpegun,adakah ini hadiah kepada hati saya dan suami yang hampir remuk dengan peristiwa menguji kami sampai kepada laporan polis? Khabarnya Taska menambah 5 orang anak dan beberapa orang pelajar 'transit'. Ini belum termasuk dua orang anak Ustazah alQuran yang katanya akan menghantar anak dengan bayaran separuh sebagai staf SUFI. Maknanya 'words of mouth' berlegar tentang taska SUFI dan kami pihak pengelola terpaksa mengambil tindakan segera menambah pembantu taska. Sekarang moving target saya mengenai pengambilan pelajar menjadi 100 (50 Taska, 50 Tadika) dengan syarat SUFI menambah 2 orang pembantu tambahan. Sebelah petang guru-guru mengadakan perbincangan menyelaraskan sasaran sebelum penggal berakhir. Dengan adanya template dan format contoh saya yakin SUFI dapat segera berdikari. Apa pun kami lebih seronok berperanan sebagai teacher ummi dan teacher atuk terutama sewaktu kids' usrah. Sebagaimana saya seronok terkenangkan masa kanak-kanak yang puas bermain mudah-mudahan anak-anak SUFI begitu juga. Ternampak-nampak di mata penyelaras taska membawa plastik menyebut 'clean-up time'...rupanya anak-anak cepat-cepat akur untuk memulakan 'activity circle', satu motivasi yang amat positif alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment