'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Friday, January 4, 2013
TEACHER UMMI, TEACHER ATOK
Salam
Khamis 3 & Jumaat 4 Januari 2013.Hari kedua dan ketiga SUFI beroperasi suasana terkawal dan anak-anak kurang menangis. Begitulah perubahan yang anak-anak lalui setelah lama bersama ibubapa dan di tinggalkan untuk bertugas merupakan cabaran baru bagi mereka.
Mau tak mau saya dan suami tidak mengizinkan kehadiran kami hanya sebagai penonton dalam proses pembentukan akhlak anak-anak. Lantas kami masuk mengendalikan sesi 'REFLECTION' secara santai kerana anak-anak tadika umur 4-6 tahun tidak mudah di suruh duduk diam.Ada yang tergelak, bergaduh, tendang menendang ke tahap masing-masing akan menangis.Waktu memperkenalkan diri saya minta anak-anak memanggil saya 'Teacher Ummi' dan suami saya 'Teacher Atok'. Memang lucu, tapi kena sebut juga 'teacher'
Kami mengisi slot dengan mengajar cara-cara solat, suami saya mengendalikan anak-anak lelaki untuk memberi isyarat bahawa 'teacher' lelaki perlu memainkan peranan untuk mengelakkan anak-anak berpersepsi bahawa hanya wujud 'teacher' perempuan dalam kehidupan awal sekolah mereka. Juga sebagai sentuhan 'kelelakian' sekiranya anak-anak mau di tampilkan gagah.
Waktu meletakkan tangan setelah takbir saya menggayakan dengan bunyi 'pap' bila pergelangan tangan kanan di letak ke atas tangan kiri. Seorang anak kecil 4 tahun tergelak panjang dan mudah mencontohi apa yang saya lakukan. Rupanya kaedah anak tersebut belajar ialah dengan gambaran lucu dan kelakar. Saya tidak terfikir kehadiran saya yang tak sampai 15 minit mengendalikan slot mudah di ingat anak kecil 4 tahun. Waktu saya melalui tempat anak tersebut menunggu kepulangan ibunya terus terdengar 'Teacher Ummi'. MasyaAllah mudahnya anak-anak kecil mengingat nama. Alhamdulillah.
Hari kedua persekolahan saya melakukan muhasabah dengan guru-guru(murobbiah)dan cuba menyediakan segala cadangan positif yang di syurkan. Kehadiran petugas 'cleaner' dan 'tukang masak' agak memudahkan tugas guru berbanding sebelum ini. Saya terpaksa memberi motivasi kepada cleaner imej pra sekolah IHES,iaitu semua petugas adalah penting walaupun seseorang petugas itu boleh di tukarganti (nobody is indispensible). Kami membuat gotong royong sebelum jam 7.00 pagi membersihkan toilet kerana pada hari pertama ada seorang anak yang membuat komen 'tandas kotor'. Keesokannya hari ketiga saya melihat semua tempat telah di bersihkan dan senang mata memandang. Difahamkan tukang kebun sambilan pun sedang berusaha meletakkan pokok-pokok tanaman di SUFI pada hujung minggu. Ya Allah sesungguhnya Kau mendengar doaku agar menampilkan pertolongan tenaga manusia dan dana kepada projek penting ini.
Seorang ibu berbangsa India yang kami temui menyuarakan hasrat menghantar anaknya ke tadika tapi katanya dia bimbang anaknya di buli. Dia ada mendengar cerita anak-anak di sebuah tadika mengalami trauma rambutnya di gunting kawan di tadika. komennya mengapa guru biarkan anak-anak kecil melakukan perbuatan bahaya. Saya menawarkan anaknya ke sekolah kami yang berbahasa pengantar lnggeris, namun saya bimbang juga jika anaknya sukar menyesuaikan diri dengan kurikulum IHES/QGDP. Mungkin ini satu cara berdakwah insyaAllah. Di Tangkak pun ramai komuniti lndia dari kawasan estate getah dan kelapa sawit.
Dalam hati saya terkesan dengan panggilan 'teacher ummi' dan suara serta gelak anak kecil yang comel bernama Nurul Khalisa menggamit naluri kasih sayang saya. Rasa sukar meninggalkan SUFI sekarang ini. Mungkin saya akan hijrah terus ke Tangkak agaknya, entahlah..saya ingin sekali meninggalkan dunia ini sebagai syahid sedang berjihad menjadi 'teacher ummi' ameen! Saya mengimbau tarikh 30 januari 2010 sewaktu pesentren Garut Indonesia bermula, seorang adik saya memberi komen dalam blog saya seperti berikut dan alhamdulillah beliau merupakan sebahagian besar keujudan SUFI sekarang menjaga maintenance, doanya di maqbul Allah, ameen:
"Salam Uda
Sebut pasal Pesantren...di Garut
Saya mempunyai cita cita yang sama juga..
Mungkin poada masa lalu keadaan,masa dan tempat tidak mengizinkan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini...saya bercadang nak menawarkan diri untuk bersama sama terlibat mengujudkan dengan segera pesantren Garut..
Dengan pengalaman yang ada...construction/demolition/refurbishment/maintenance boleh jugak lah.
Lagi pun 5 tahun ini nak perbetulkan diri dan nk cari part part yang tak betul..nak repair.
Mudah mudahan sisa sisa hidup yang masih tinggal ini akan lebih ceria,bahgia dan apabila kita dah mati nanti..bekalan 3 perkara..ilmu yang di menfaatkan,doa anak yang soleh, sedekah amal jariah boleh kita bawa sekali..(Haji Azman Md Top)"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment