NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 30, 2010

APA ITU SEKOLAH



Salam


Kepenatan yang bertimpa-timpa memang melelahkan, terutama menganjur program yang memerlukan kehadiran peserta, almaklum musim cuti dan khenduri kahwin, tak ramai yang dapat hadir.

Apa pun MPP Zon 3 dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia telah selesai menganjurkan program motivasi 'back to school' pagi Sabtu 30 Januari 2009. Objektifnya agar ibu bapa dan anak-anak yang menerima sumbangan pakaian sekolah dapat berkenalan, bersatu pandangan dan melatih sifat bersyukur.

Mungkin lokasi program jauh dari rumah mereka dan masa hujung bulan pun kurang sesuai maka kehadiran peserta agak menyedihkan. Mula-mula saya terkesan dan teruja kerana ini kali yang kerap juga kurang sambutan daripada penduduk terhadap program MPP. Tetapi ustaz jemputan memperbetulkan persepsi saya agar terus berbuat kerana Allah tidak tanya hasil usaha kita, cuma yang akan di tanya apakah yang kamu telah lakukan.

Saya sering muhasabah selepas setiap program, namun hasilnya tidak berbeza. Kalau ikut ego yang tercalar mau sahaja saya berhentikan berdakwah, namun dalam hati kecil yang ada fitrah iman memujuk bahawa Rasulullah tokoh besar pun tidak di senangi dan beliau hanya berdoa 'ya Allah beri mereka petunjuk kerana mereka tidak tahu'

Tajuk 'apa itu sekolah' menggamit banyak memori sewaktu bersekolah, rupa-rupanya bukan dalam sekolah sahaja ruang lingkup bersekolah...ia urusan 24 jam menjaga hubungan dengan Allah, Rasul, Malaikat, AlQuran, ibu bapa dan akhirat. Itulah tarbiyah atau sekolah yang di idamkan oleh semua orang...

Empat faktor kepada jawapan apa itu sekolah ialah ia mesti mempunyai guru-murrabi, murid, mutarrabi, biah-persekitaran yang baik dan manhaj-kurikulum dan kaedah menyampaikan bahan.

Bila sekolah tidak mempunyai ke empat-empat syarat di atas ia hanya di panggil perjumpaan insan dan bukan pencernaan sumber manusia (human capital) yang perlu di lahirkan untuk mengurus masa depan negara.

Kisah anak memukul bapa, malah membunuhnya kerana motif kewangan dan kehendak material sering terpapar di akhbar. Adakah mereka tidak sekolah? jawapannya mereka belum habis belajar iman, ihsan dan amal, termasuk akhlak karimah.

Semoga ada lagi pihak yang menganggap diri mereka murrabi yang mampu mendidik insan 24 jam sehari di mana sahaja, di rumah, di sekolah, di pasar, di medan masyarakat dan di tikar sembahayang. WaAllahu'alam


1 comment: