
Isnin 4 Januari 2010 saya merenung ke dalam hati...telah bertambah usia dan mendekatnya kematian. Dapat juga berita kematian ibu kepada Pengarah Jabatan penilaian MBSA. Sewaktu saya menziarahinya jenazah telahpun di bawa ke tanah perkuburan Islam seksyen 21.
Saya terus merenung, bagaimana saya mempergunakan waktu yang menjadi usia. Bagaimana saya harus mendidik orang yang tersayang daripada kalangan ahli keluarga dan umat Islam untuk sentiasa berada dalam petunjuk Allah.
Tidak di nafikan saya tidak ada kuasa memberi petunjuk kerana Allah berfirman " Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi HIDAYAH kepada orang yang kamu cintai akan tetapi ALLAHLAH yang memberi hidayah kepada siapa yang di kehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang MAHU menerima petunjuk (AlQashash:56)
Tiba-tiba seorang ahli Kohatsa menghantar sms...'tolong edit novel pertama saya.', waw cepatnya siap sebuah novel yang saya tahu apa kisah ceritanyanya. Secepat kilat juga saya menghadap komputer dan melewati tiga kali solat, zohor asar dan maghrib barulah selesai mengeditnya.
Kisah sekeping hati yang melalui 'pencanaian' agar redho, sabar dan ikhlas. Saya menghantar email kepadanya lewat malam...'sabar, redho dan ikhlas itu indah..'
Sungguh dahsyat peranan sekeping hati...maksud hadis Rasulullah saw..'jika baik segumpal darah yang bernama HATI itu baiklah seluruh jasad, jika busuk hati itu busuklah seluruh jasad.'
Lebih 300 muka surat novel di hasilkan kesan sekeping hati yang merasa hiba, sakit dan terpinggir, namun akhirnya hati yang sama bangkit dengan penuh kekuatan menampil diri dengan sebuah novel yang saya anggap 'mendidik' saya sendiri. Betapa tidak...hati saya sekeras hatinya tapi sukar dilembutkan kerana setakat ini tidak ada hasil yang dapat di pamirkan..tahniah kepada penulis novel dan saya menunggu novel kedua insyaAllah, semoga Allah meredhai usaha murni anda.
Saya dapat bayangkan keceriaan penulis novel sekarang kerana telah dapat mengatasi masalah sekeping hati yang 'merajuk', maka carilah kebaikan di saat hati dan wajah sedang ceria. Semoga novel dapat 'berdakwah' kepada ramai peminat anda. Sesungguhnya dalam hati setiap orang tersimpan potensi besar bagi dakwah (seruan kepada kebaikan) kerana hati seseorang secara fitrah senang kepada semua yang menyambut dan melayaninya dengan baik.
Kepada watak-watak anda dalam novel itu semoga mereka senang dan dapat kebaikan daripada nukilan anda yang sungguh hebat insyaAllah. Bagi yang nak membaca novel saya nampaknya kena edit blog 'mutshahidan' dulu baru boleh, WaAllahu'alam
Alhamdulilah. Syabas pada yang boleh mendidik sekeping hati. Apa nama novel. Bila nak terbit. beri tahu. saya pun ingin baca. Mengajar, menasihat, mendakwah dari ilmu senang sekali. Membuatnya dari pengalaman agak sulit selagi kita belum dapat menerima sepenuh ikhlas apa yang ada dalam pengalaman itu.By the way, Ada satu bengkel menulis pada 29 January. RM1,400 untuk 3 hari. Interested?
ReplyDeletetq.dah pergi dulu dengan penulis novel nilah...dia dah hasilkan produk. i think u can go and lets share.
ReplyDelete