NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 2, 2013

REZEKI TAK DI SANGKA-SANGKA

Salam Selasa 1 Januari 2013/18 Safar 1434H SUFI menerima ramai tetamu pagi ini sempena perjumpaan dengan ibu bapa yang mendaftar anak-anak ke pra sekolah SmarTop Subur Fitrah Integrated (SUFI)Tangkak.Dua tokoh dari UKM dan UTM yang kami raikan masing-masing memberi motivasi tentang IHES dan QGDP. Seorang pelajar contoh keluaran Sekolah Islam Adni yang mengikuti sistem QGDP telah di kisahkan antaranya pelajar tersebut seorang hafiz, lulus Ph D Chemical Engineering dalam umur muda 18 tahun dan memenangi taraf tertinggi di Universiti Cambridge. Bila di tanya bagaimana beliau mendapat anugerah tersebut jawabnya 'ayat alquran yang menyebutkan jika kamu bertaqwa Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak di sangka-sangka. Beliau juga menyebut tentang amalan solat Dhuha dan menjaga organ badan daripada pengaruh persekitaran,antaranya menjaga mata, telinga dan mulut. MasyaAllah...kejayaan rupanya tak di sangka-sangka, tidak perlu di kejar-kejar. Ia hanya natijah kesan keikhlasan, yakin Allah membalas dan melakasanakan tanggungjawab khalifah. 2 Januari 2013 sesi persekolahan bermula. SUFI mengejutkan kami dengan pendaftaran 63 orang pelajar! 28 Tadika, 25 Taska dan 10 Transit (day care). Saya menganggapnya REZEKI YANG TAK DI SANGKA-SANGKA kerana sebelum ini pendaftaran ke pra sekolah Subur Fitrah hambar sekali. Apa pun saya insaf bahawa semua kejayaan mesti didahului sedikit ujian. Dua kali kami team SUFI ter'tipu' kerana kurang berpengalaman mengendalikan orang lama berbusines. Matlamat mencari untung maksima hampir memeranjatkan saya bila bil cat dinding pra sekolah mencicah RM7,500. Spontan saya menjawab sms kakak saya 'ni kerja gila ke apa? agaknya kakak saya tersinggung dengan kata-kata tersebut lantas saya serahkan perundingan di putuskan ahli lembaga SUFI.Kali kedua saya kecewa dengan pemasangan tikar getah di pra sekolah yang mana bos kedai tersebut menuntut kos sekali ganda harga tikar getah. Rupanya margin keuntungan berlipat ganda. Kini saya memang bulat bertawakkal bahawa dalam apa urusan pun hanya IZIN ALLAH yang memungkinkanya. Guru-guru dan kami team perancang sayu di buatnya kerana aktiviti SUFI dapat berjalan dengan baik. Satu lagi insiden yang memeranjatkan kami ialah tawaran menyediakan sarapan untuk anak-anak SUFI selamanya oleh salah seorang adik saya yang berniaga makanan. MasyaAllah...memang REZEKI YANG TAK DI SANGKA-SANGKA. Ramai lagi adik beradik dan teman saya memberi sumbangan yang saya serahkan hanya kepada Allah untuk membalasnya. Sesungguhnya dalam kesulitan pasti ada kemudahan kerana apabila kita berada di tengah padang perjuangan barulah terasa manisnya JIHAD! Semoga Allah tidak membatalkan amalan kami yang sedikit ini dek kurang sabar menunggu natijah REZEKI YANG TAK DI SANGKA-SANGKA.

No comments:

Post a Comment