NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 7, 2009

IBU TUNGGAL

Tarikh 7 Julai saya menerima surat perlantikan Ahli Majlis (AM) sesi 2009-10 (tamat 6 Julai 2010) daripada Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Abdul Khalid Bin Ibrahim. Sewaktu Dato' Bandar menyerahkan watikah itu seorang pegawai MBSA menyampuk 'lantik sudah'..almaklum kami baru sahaja pulang daripada lawatan kerja ke Sabah, lenggok bercakap gaya orang sabah masih menebal nampaknya.

Seperti dalam blog sebelum ini perlantikan atau sambungan khidmat AM saya serahkan kepada ketentuan Allah, saya tidak memilih maupun memintanya. Namun seorang AM yang sama-sama di lantik mendekati saya dan berkata ' saya dengar nama Datin serius di bincangkan samada nak sambung atau tidak baru-baru ni..' "Macam mana tau?' saya terkejut. 'Adalah sumber yang boleh di percayaai' '.. Mmm so much for confidentiality..' getus hati saya. ' Tapi mujur Datin mewakili 'IBU TUNGGAL' "AM tadi menjawab sendiri. Saya bertanya kepada pegawai MBSA yang memaklumkan senarai nama AM yang di lantik tentang fakta itu. Tepat sekali nama saya yang memiliki kelayakan Masters in Economics IIUM mewakili IBU TUNGGAL.

Saya dapati dalam perlantikan baru ini nama-nama tokoh hebat AM terdahulu tidak tersenarai, khabarnya dasar perlantikan sekarang hanya fokus kepada AM yang beralamat dalam Majlis Bandaran yang sama. Ramai juga yang tidak menetap di Shah Alam menjada AM sebelum ini. Apa pun berbalik kepada saya mewakili IBU TUNGGAL walaupun berstatus bukan ibu tinggal memberi sedikit kesan kepada persepsi saya dan orang lain. Sebenarnya saya mewakili NGO yang bernama Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM). Awal penubuhan PMM ialah mengambilalih pakej motivasi "Mawaddah' yang saya jalankan sebahagian besarnya di kalangan ibu-ibu tunggal kumpulan asnaf, khususnya di Negri Selangor. Mawaddah bermaksud kasih sayang. Dalam pakej motivasi mawaddah ada lima bahasa kasih sayang yang saya cuba perkenalkan kepada peserta, alhamdullilah sebahagian peserta dapat bermanfaat daripadanya hingga ke hari ini.

Tidak ramai yang tahu bagaimana sebenar kedudukan IBU TUNGGAL yang hari ini menjadi kumpulan sasar terbesar dalam mana-mana program kemasyarakatan yang cuba di tangani banyak pihak. Lebih ramai yang tidak ambil kesah bagaimana kumpulan sasar ini mewarisi title IBU TUNGGAL. Ramai juga yang mendengar sebutan IBU TUNGGAL membayangkan mereka kumpulan yang boleh di nikahi, full stop. Sedih juga saya melihat ramai ibu-ibu tunggal yang merasa diri mereka di pandang rendah begitu sedangkan sebahagian besar mereka 'serik', 'tak ingin'. 'tak terfikir' dan tidak semudah itu untuk di nikahi.

Seorang ibu tunggal yang berpendidikan profesional kematian suami meninggalkan anak empat orang, termasuk lima tahun lepas, anak dalam kandungan. Kegigihan beliau mendidik anak dan bertahan untuk mentaati suami yang satu dunia akhirat membuatkan saya sebak setiap kali bertemu dengannya. Mengapa tidak...orang yang ayu, mudah mesra serta komited menjalni hidup seorang muslimah, lelaki mana yang tak berkenan? Tapi jatidiri wanitanya amat tinggi, tidak kemaruk untuk berkahwin lagi walaupun umur tahap paling mencabar, semoga Allah merahmatinya.

Apabila nama saya di kaitkan dengan title IBU TUNGGAL, suami saya menegur mengapa terjadi begitu. Saya sukar menjawabnya kerana ramai orang suka label tanpa usul periksa. Walaupun saya bersuami, ia tidak menghalang saya memperjuangkan nasib golongan yang mendapat tempat dalam agama Islam, iaitu para janda dan anak yatim. Peliknya daripada jenama' JANDA' ke IBU TUNGGAL tidak banyak yang berubah dalam persepsi masyarakat, mudah sangat di kaitkan dengan yang pandangan negatif yang merendahkan. Tidak hairanlah mengapa seorang wanita sanggup mempertahankan kehidupan 'bersuami' sekalipun mereka di dera dan di ganasi. Salah siapa ya?

Seorang wanita yang mendapat perlindungan rapi dari saya menjadi IBU TUNGGAL semacam secara 'default'...apa tidaknya suaminya di tahan di Pusat Kesihatan Tanjung Rambutan kerana 'menyembelih dua anak kecilnya'. Wanita ini yang berpendidikan setakat darjah 3 sekolah rendah, menyertai program Rakyat termiskin (PPRT) Dia menjadi trauma lebih 2 tahun sejak kejadian 'sembelihan' itu, tidak berkata sepatah perkataan dan menyendiri, sehinggalah Pusat Zakat Selangor membawanya ke dalam program motivasi 'Mawaddah' 9 tahun lalu. Kini dia masih berstatus IBU TUNGGAL dan bila di tanya dia bersuami dia akan kata dia ada suami, SIAPA DIA sebenarnya? Masihkah dia tergolong sebagai IBU TUNGGAL atau dia manusia biasa yang perlu di hargai keujudannya di muka bumi Allah yang penuh rahmat dan nikmat ini? Cuba renungkan.

2 comments:

  1. Interesting. I will post my comment tomorrow insyaAllah

    ReplyDelete
  2. My dear friend,syabas kerana di lantik Ahli Majlis MBSA.Jangan rasa gundah atas kriterior apa anda dipilih,dan tentang siapa yang anda wakili. Cukup dengan anda jelas dengan niat anda dan yakin dengan misi anda. Learn from the Butterfly. Dia dapat menikmati madu dari bunga ke bunga dengan terbang secara zig-zag. Matlamatnya tercapai.

    Kita manusia memang suka melabel orang lain dengan berbagai istilah. Ini tidak semestinya tidak baik. I would label you as "POSSIBILITIES" because your drive is relentless.You have alot of physical stamina and strength of mind that in whatever position you stand on, you are able to see and differentiate between the trees and the forest. Syabas sekali lagi, May Allah grant you the wisdom to accept the things you cannot change, to change the things you can and to know the difference. So my dear friend, take a deep breath and just move on.

    We will not loose sight of IBU TUNGGAL. I will continue later, insyaAllah.

    ReplyDelete