NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 25, 2012

SEDIH, SAYU, SYAHDU

Salam Selasa 25 Disember 2012. Sambutan hari krismas hari ini. Biasalah Malaysia dengan cuti-cuti yang banyak menambah lagi cuti kelas-kelas pengajian dan usrah kami. Semalam, Isnin pagi saya dan suami baru sempat pulang ke Shah Alam daripada Tangkak kerana suami terlalu letih berulang alik dua kali seminggu KL-Tangkak-KL. Kami ke Tangkak petang Jumaat menghantar tiga orang peserta selsai kursus di Damai Adni. Ceria kelihatan bakal guru-guru SUFI (SmarTop Subur Fitrah Integated)Pre School Tangkak selepas kursus apatah lagi dengan imej sekolah baru, warna uniform pelajar jingga-chokelat tak ada lagi warna begitu di Tangkak kata mereka. Dalam diam saya memanjatkan doa semoga keberadaan SUFI di permudah, di rahmati dan di berkati Allah serta menjadi amal soleh kami yang terlibat, ameen. Pagi Sabtu suami saya 'menggoda' agar ke Batu Pahat ke rumah anak kedua kami, kebetulan ada pesanan air delima nak di hantar dan jemputan besan saya mengadakan majlis pertunangan anak perempuannya. Antara godaannya ialah 'makan satay' di Muar. Sebelum itu kami bertemu tuan rumah yang menyewakan rumah 'furnishednya' di Kg Solok Jaya. Alhamdulillah rumah baru, cozy dan memenuhi impian serta citarasa saya sewaktu telah berusia sekarang ini. Ada satu yang saya kurang senang di rumah baru iaitu potret tuan rumah di gantung menghadap meja makan, terus saya turunkan dan bercita-cita nak ganti gambar lain-bukan potret. Saya memang lemas melihat potret di mana-mana pun, apatah lagi sekarang ini menjelang pilihanraya muak betul melihat potret di mana-mana. Dalam perjalanan pulang kami ke Air Kroh mencari ganti gambar sambil lunch 'asam pedas'. Keadaan 'pocket' amat kritikal, kenalah cari 'sale' musim krismas. Terus jumpa gambar bunga 'reject' harga RM10. Saya teringat sms isteri sepupu saya di Bangi ingin ziarah rumah saya bersama kakak iparnya dari JB pagi ini, namun dek saya tiada di rumah saya terus talipon akan singgah di Bangi. Rupanya ada majlis pernikahan yang menyebabkan orang JB datang. Apa pun kami bersembang panjang tentang SUFI. Sepupu saya membawa topik anak-anak OKU yang tidak berpeluang ke Taska/Tadika kerana tidak ada pengusaha/guru yang boleh mengajar mereka. Beliau bercerita kisah seorang Doktor muda melahirkan dua orang anak buta pengelihatan sehingga jeran lagi nak mengandung. Tiba-tiba saya rasa SEDIH kerana tidak pernah terfikir orang melayu perlu membuka taska/tadika OKU sedangkan bangsa lain tanpa segan silu menawarkan khidmat tersebut. Bolehkah SUFI handle anak-anak OKU? Sedih bertambah SAYU bila isteri sepupu saya menyerahkan satu envelope katanya memperingati hari lahir anaknya arwah Amin Anuar pada 19 Disember sedangkan arwah meninggal bulan Jun tahun 2005. Telah 7 tahun rupanya anak sepupu saya meninggal dunia pada umur muda 23 tahun. Sewaktu belajar di UITM Shah Alam beliau tinggal bersama kami seperti anak sendiri. Untuk 'Ummi dan Abah' kata isteri sepupu saya kerana anaknya memang memanggil kami ummi abah. Kesayuan ini bertambah kerana kami memang sedang mengumpul infaq untuk SUFI. Sekarang ini 'every cents count' ke arah perbelanjaan SUFI yang bercita-cita besar 'MENGUKIR JIWA BERIMAN BERTAQWA SEWAKTU KECIL' tiba-tiba bila di hulur envelope berisi wang kami berdua amat SAYU..begitulah kerja Allah yang Maha Mengetahui keadaan sulit kami. Lagilah SAYU bila melihat di mana-mana sifat setengah orang berbelanja besar menghambur-hambur wang ketahap membazir dan kurang berkongsi nikmat dengan orang lain. Rasa syahdu kemudiannya kami kongsi dengan makan bersama anak bujang kami yang bekerja di Subang Parade. Suasana ketika itu sarat dengan syahdu hari natal. Hari ini SYAHDU menerpa lagi bila mendengar berita anak saudara adik ipar saya meninggal kemalangan di Sg Petani, seorang pelajar UITM berumur 19 tahun. Adik ipar saya kebetulan esok Rabu akan menjalani 'attachment' di Sekolah Islam Adni. Semakinlah terkenangkan arwah Amin Anwar yang kini dialam barzah menunggu kedatangan kami 'any time now'. Apa pun sebelum kami di panggil pulang harap-harap amal yang kami infaqkan kepada SUFI tidak terbatal. Kalau mengambil ibrah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Abdullah Rawahah dalam perang Mu'tah melawan tentera Rom yang tiga kali ganda ramai beliau berkata 'kita berperang bukan bergantung jumlah atau besarnya kekuatan TETAPI SEMATA-MATA BERDASAARKAN AGAMA YANG DI KURNIAKAN ALLAH KEPADA KITA. Begitulah besarnya natijah kemenangan yang dapat dilakukan oleh KEIMANAN KEPADA ALLAH, SIKAP TAWAKKAL KEPADANYA DAN YAKIN AKAN JANJINYA.WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment