NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, September 1, 2012

IKTIBAR 5-TOILET OH TOILET

Salam

Sabtu 1 September 2012/14 Syawal 1433 H

KENANGAN MENJADI TETAMU ALLAH-PERJALANAN PULANG DI TERMINAL HAJI JEDDAH

Blog ini di tulis jam 8.00 pagi di KPJ Damansara Specialist Hospital sewaktu rawatan susulan penyakit prostate suami saya dengan Dr Pakar. Jam 11 pagi nanti beliau akan menjalani pembedahan kecil (minor operation) membuang halangan yang menyukarkan proses perkumuhan kencing. Seorang teman berseluruh 'ini penyakit yang TIDAK di geruni KAUM WANITA' Ya lah mana wanita ada prostate. Setiap saat saya mendoakan proses rawatan di permudah dan suami saya sihat dan normal seperti biasa.Ameen. Dan harus di ingat penyakit ini boleh berlaku kepada siapa sahaja yang bernama lelaki walaupun kajian menunjukkan kaum Malayulah yang paling ramai mengalami penyakit prostate,diikuti kaum cina. Kaum lndia adalah yang paling kurang berpenyakit ini mungkin kerana faktor pemakanan,antaranya lobak putih yang boleh menjadi penawar penyakit prostate, waAllahu'alam.


SIAPA SANGKA PENYAKIT INI ADA PADA SEORANG SUAMI YANG SIHAT?

Saya menemani beliau sewaktu rawatan pakar sejak hari Khamis. Allah mengirimkan teman kuliah Fiqh Semasa untuk memudahkan perjalanan kami ke Hospital di Damansara Utama. Sungguh indah perancangan Allah kerana sebelum ke Damansara saya sudah memetakan perjalanan yang agak sukar kerana hospital ini terletak di celah-celah perumahan padat yang pesat membangun.  Selain sudah lama tak memandu saya juga mengalami kebas kaki. Anak-anak punya komitmen awal dan ada yang sedang demam.

Ada dua pilihan untuk sampai ke Damansara; pilihan 1: naik teksi dan pilihan 2 meminta bantuan salah seorang anak saudara yang ramai di Shah Alam. Bila teman saya menawarkan khidmat ikhlasnya saya terus menyatakan 'Allah mudahkan amal soleh anda' Ini iktibar merawat penyakit di kota besar seperti Shah Alam-Damansara-KL. Pastikan kita mahir dengan peta mutakhir jalanraya, silap haribulan pi mai pi mai tang tu. la berlaku kepada abang ipar saya yang ingin ke Shah Alam melawat suami saya. Beliau tersasar termasuk Kerinci Link keluar jalan ke Seremban, teruslah dia pulang ke Kajang, tak jadi ziarah.

Mungkin juga kelemahan sistem  signage di Malaysia yang kerap mengelirukan pengguna jalanraya. Satu contoh kami sering bermusafir ke Perak melalui Pasir Salak. Mulanya signage Kompleks Sejarah Pasir Salak akan muncul dari masa ke semasa untuk memandu kami, tiba-tiba hilang...harus kami ke kiri atau ke ke kanan? hilang punca di buatnya. Saya yakin kalau sistem GPS tidak di kemaskini perkara yang sama akan berlaku juga.

KENANGAN DI MASJID JA'RANAH TEMPAT MIQT UMRAH-KEMUDAHAN TOILET AGAK CANGGIH

Satu nikmat terbesar yang Allah anugerahkan kepada makhlukNya ialah sistem PERKUMUHAN (pembuangan sisa badan). Membuang air kecil antara yang kritikal. Sewaktu suami saya mengadu beliau tidak boleh membuang air kecil saya mula membayangkan tekanan yang di alaminya. Bergegas ke bilik air merupakan tindakan spontan. Jika bilik air jauh atau sedang di guna ia satu tekanan. Akhirnya masuk bilik air tapi tak keluar setitis,lagi sakit! Saya terbayang tekanan yang tinggi jika ia berlaku sewaktu kami berumrah...menunggu masuk bilik air, sakit nak kencing tapi pintu di ketuk bertubi-tubi...alangkah harunya dan sakit akan bertambah-tambah. Ya Allah syukur Kau takdirkan sakit suamiku berlaku di tempat sendiri, dengan segala kemudahan yang perlu di syukuri, masyaAllah AllahuAkbar!

BERSAMA TEMAN SE KARIAH DI D'SAJI SOFWA TOWER-KEMUDAHAN TOILET AMAT MINIMA DI BANGUNAN INI KECUALI YANG TINGGAL DI APARTMENTNYA

Blog ini ingin berkongsi pengalaman saya bermusafir mengenai TOILET. la isu besar jika di kaitkan dengan naluri manusia perlu perkumuhan secara berkala. Tak kira di perjalanan, di Masjid, di tempat penginapan atau dimana sahaja ia perlu di ambilkira kerana menahan kencing juga boleh mencetuskan penyakit kritikal batu karang atau kerosakan buah pinggang. Saya bermula dengan tempat penginapan di Mekah. Kami berkongsi satu bilik air 'cangkung' (bukan mangkuk) untuk maksima 6 orang. Maksima yang kami pernah bersama ialah 5 orang. Saya biasa dengan jumlah ini kerana mudah di atur agar yang paling lama menggunakan bilik air haruslah menjadi pengguna terakhir.

SENARIO DI MEKAH MADINAH DENGAN BANGUNAN TINGGI MENAWARKAN KEMUDAHAN MODEN TERMASUK TOILET CANGGIH

Saat bilik air kami 'di publickan' dan semua penghuni boleh menggunakan mana-mana bilik air tanpa halangan saya mula panik. Bilik air kami yang menjadi favorite sebab agak luas ruangnya sentiasa penuh, membasuh baju, mandi manda dan sebagainya. Tak kira penghuni lelaki atau perempuan akan masuk bilik tersebut. Baldi yang kami miliki sentiasa di guna orang. Saya dan teman sebilik mula bertindak kerana asbab keduniaan mesti di urus cara dunia,maksudnya bukan menyerah kalah dan rela sahaja. Saya tandakan baldi saya berbunyi 'BOLEH GUNA BALDI INI DENGAN IZIN BILIK 102'   Saya yakin ramai yang membaca mesej itu kerana hari berikutnya bertambah dua tiga baldi baru.

Saya juga perhatikan kemesraan jiran yang menghuni 11 orang sebilik mula hambar,kurang bertanya khabar. Ini iktibar masalah TOILET', cakap salah, tak beritau salah. Saya akur sahaja,kamu berat mulut saya lagi besar batu dalam mulut mengambil iktibar maksud hadis 'bercakaplah yang baik atau diam'

Rentetan insiden toilet kami di minta kosongkan semua botol minuman yang kami 'frozenkan' dalam sebuah peti ice awam di luar. Bila kami beritahu peti ice kami rosak jiran menjawab mereka nak simpan barang-barang mudah rosak. Begitulah bermula dengan toilet hubungan kami amat formal apatah lagi kami jarang bersua apabila masing-masing ada jadual sendiri ke Masjidilharam atau mengerjakan umrah sunat. Sekali sekala saya mendapat aduan bilik air kotor kerana ada jemaah mak cik yang tercirit dan tidak membersihkan najis. Saya hanya mampu membeli klorox dan menjiruskannya ke seluruh dalam dan luar bilik air. Sekali sekala petugas Bengla di penginapan akan membawa mop besar mengelap kawasan koridor.

KEBERSIHAN DIDUA KOTA SUCI MEKAH DAN MADINAH KETARA DENGAN KHIDMAT PETUGAS PROFESSIONAL


Komunikasi dengan petugas Bengla sukar di buat kerana beliau hanya bertutur bahasa Arab dan Urdu. Marahnya beliau jika ada di kalangan jemaah yang membasuh baju dan menitiskan air basuhan di lantai. Ngomelnya panjang...yang saya dapat tangkap 'ba'din'...maksud ba'din ialah 'selepas' jadinya dia mengarahkan selepas air di keringkan daripada baju barulah di sidai di talian koridor. Kalau tidak air yang menitis mengundang becak dan kotor kesan pijakan puluhan jemaah. 

Sesekali ujian Allah timpakan kepada tetamuNya di MasjidilHaram ialah kekerapan menggunakan toilet awam. Saya akan mengalaminya sewaktu kesihatan menurun terutama sewaktu demam. Pada waktu biasa saya akan mula melangkah ke masjidilHaram dengan doa iktikaf dan doa agar di kekalkan wuduk hingga selsai solat terawih. namun asbab dunia masih ada kerana waktu antara Zohor dan Isya amat panjang, selalunya selepas solat Asar dan Terawih saya akan menyelesaikan keperluan ke toilet.

PASUKAN PEMBERSIH (GHASIL) YANG MENJALANKAN TUGAS PEMBERSIHAN DI DATARAN MASJIDILHARAM SERENTAK DI SELURUH KAWASAN MASJID

Pada satu petang seminggu berlalunya Ramadhan dalam keadaan demam saya bercadang pulang ke penginapan sebaik solat isya kerana kurang sihat. Namun kerinduan mendengar suara imam melontarkan suara membacakan ayat-ayat suci AlQuran menghalang saya keluar awal. Sebaik selsai solat terawih 8 rakaat saya meluru ke toilet kira-kira 200 meter. Mujur saya tidak menjadi sasaran maki herdik petugas di toilet kerana tidak dapat menahan kencing. Saat memasuki toilet habis basah  seluar dan baju terkena air kencing. Terpaksalah saya berlama sedikit dalam toilet walau ada ketukan biasa yang kurang senang dengan penggunaan toilet sekalipun lokasi toilet di sebelah hujung.  Pengalaman ini mengajar saya agar bersedia dengan satu kelengkapan baju dalam beg pergi ke Masjid. Berat membawanya namun tidak ada pilihan sekiranya berlaku kecemasan.

Insiden aneh menggunakan toilet awam diMasjidilHaram kerap berlaku. Satu petang yang tenang (kurang orang) saya masuk ke sebuah toilet. Sebentar terdengar suara seorang wanita Arab memanggil seseorang, habis semua toilet di ketuknya dan orang dalam toilet akan menjawab bukan orangnya atau ada orang lain di dalam. Saya bungkam tidak bersuara,malas melayan orang yang tak sabar mengetuk setiap pintu. Apabila tiada suara keluar daripada bilik saya wanita tersebut merendahkan mukanya melihat dari bawah pintu toilet. Terkejut besar saya dengan tindakan ini,mujur saya tidak menghalakan hos air ke muka wanita tersebut. Apabila saya menjerit terus wanita itu hilang dan suara memanggil serta mengetuk pintu pun terhenti. 

SUASANA DI MEKAH BERIKUTAN RUNTUHAN BANGUNAN SEKITAR MASJIDILHARAM MEMERLUKAN JAUH PERJALANAN

Malangnya apa yang saya saksikan di toilet MasjidilHaram berlaku kepada jemaah daripada Malaysia sewaktu saya menaiki pesawat Sri langkan Air dan transit di Colombo. Termenung juga saya memikirkan bagaimana budaya menggunakan toilet merebak kepada rakyat Malaysia yang dikatakan telah bertamaddun.

Rupanya penggunaan toilet 'mangkuk' masih belum meluas di kampong-kampong diMalaysia kerana sewaktu memulakan umrah pesawat berhenti transit di Colombo 8 jam dan kami sempat menunaikan solat Subuh dan Zohor jama' Asar. Petugas di lapangan terbang mengomel panjang melihat ada di antara ahli jemaah yang kencing di atas lantai toilet bersebelahan mangkuk tandas. Mereka tidak biasa melihat tandas basah dan ketika kami berwuduk pun mereka menjerit-jerit marah. Melalui insiden ini saya cuba ingatkan jemaah agar menggunakan tandas mangkuk sebaiknya kerana najis air kencing akan mengalir keluar keseluruh kawasan tandas menganggu jemaah lain.  

Dalam insiden lain sewaktu penerbangan pulang selepas makan malam saya melihat tanda toilet di pesawat bewarna hijau menandakan ia kosong. Apabila pintu di tolak rupanya seorang makcik warga Malaysia tidak menutup selak pintu. Saya hampir menjerit dan menasihatkan pengguna agar menutup pintu. Samada Mak Cik tersebut kurang faham menggunakan bilik air pesawat atau saiz badannya besar menyebabkan dia tidak boleh menutup pintu tandas saya tidak dapat pastikan. Pelayan kapalterbang tersenyum melihat gelagat saya tapi saya nasihatkan agar stewardess bantu pelanggan dalam keadaan sedemikian. Mereka angguk.

Sewaktu kami transit lagi di lapangan terbang Colombo dalam penerbangan pulang ramai yang bergegas mencari toilet kerana penerbangan hampir 6 jam agak mendesak juga keperluan toilet. Saya orang yang pertama masuk ke bilik air lapangan terbang yang agak bersih. Seorang petugas Srilanka beragama kristian menegur saya dan meminta saya berikan wang RM Malaysia. Sebentar lagi masuk seorang wanita pertengahan umur bertidung kemas. Setelah menggunakan toilet beliau tidak menarik flush toilet. Si Petugas Srilangka menarik tangan wanita tersebut dan mengajarnya menggunakan flush. Saya terasa malu lantas bertanya 'mengapa tak flush toilet'  'tergesa buang air besar, lupa...Saya memberikan RM kepada petugas SriLangka dan terus keluar mengurut dada... boleh ke lupa nak flush sedangkan kotoran ada di sana? Sedih saya memikirkan mengapa rendah sangat tahap penggunaan toilet di kalangan jemaah yang mengerjakan ibadah umrah.

ANIH BILAMANA PENDIDIKAN MENGGUNAKAN TOILET DALAM PENERBANGAN PERLU MANJADI TAJUK DALAM TAKLIMAT UMRAH HAJI

Tidak hairanlah seorang teman daripada Shah Alam yang saya temui di MasjidilHaram meluahkan perasaan... maaflah saya tak dapat ke toilet awam...biar saya bayar sewa hotel mahal dekat Masjid,senang nak ulang alik bila ada kecemasan. Ada benarnya tapi kita lebih terdedah kepada tarikan ulang alik yang memakan masa kelau di nilai daripada pengalaman saya dalam tahun-tahun yang lalu. Tahun ini saya mampu mengkhatam Quran lebih daripada dua kali, tawaf dan berumrah agak lebih kerap kerana kurang berulang alik ke tempat penginapan.

SERONOK BERSAMA ADIK BERADIK BERTEMU DI MEKAH,NAMUN TIDAK SEMUA AHLI KELUARGA ALLAH BERI NIKMAT INI

Suatu yang membanggakan ialah pengurusan MasjidilHaram dalam aspek kebersihan amat profesional kerana pasukan pembersih akan terus menerus membersihakan semua kawasan masjid dengan cepat, cekap dan memuaskan. Di MasjidilHaram waktu pembersihan di sebut 'GHASIL' (basuh). Bila ada ghasil semua barang jemaah perlu di angkat kerana air akan di simbah ke atas lantai masjid menikut kawasan yang di pagar dengan tali merah. Sebaik tali merah di undur berebutlah jemaah membentangkan sejadah masing-masing booking tempat solat. Saya dan salwa tidak pernah gagal menguasai tempat solat di lokasi yang sama kerana kami bekerjasama membentang dua sejadah yang sebenarnya boleh memuatkan 4 orang jemaah. Di situlah saya melambai Mak Cik Zaharah berasal Pulau Pinang yang menjadi teman iktikaf saya seperti yang saya pernah tulisdalam blog terdahulu.

Mengimbas pengalaman saya mula menjijakkan kaki di tanah suci Mekah dalam tahun 83, keadaan toilet amatlah daif dan najis manusia memang bersepah-sepah termasuk di kawasan Mina. Kini semua tempat telah menyediakan paip dan tandas canggih dengan air yang mencukupi. Ternyata pembangunan fizikal lebih mendahului pembangunan akhlak 'thaharah' (bersuci) umat lslam.Sekalipun ada petugan membersih tandas di mana-mana di sediakan tandas, para pengguna hampir tidak mensyukuri apa yang di sediakan kerana sentiasa ada manusia yang tidak pandai menjirus najis,flush toilet dan berkahak merata tempat. Tisu paper, pad wanita dan pampers orang tua dan anak-anak terbiar merata tempat.

KENANGAN BERSAMA SEBAHAGIAN JEMAAH UMRAH TAHUN 2012
 
lktibar yang dapt di renung daripada kisah toilet ialah kesepaduan kefahaman bahawa lslam bermula daripada ilmu yang mantap untuk menjadi HAMBA ALLAH bukan hamba nafsu mengotorkan tempat kita berada sesuka hati. Hikmah agama lslam memulakan ibadah utama iaitu solat dengan wuduk adalah semata untuk memastikan kebersihan di utamakan. Dalam proses mengambil wuduk ia mestilah ditempat yang bersih,bebas najis dan tertib. Tepatlah bilik air tempat syaitan berkumpul dan harus di bacakan doa masuk dan keluar tandas secara istiqomah barulah isu TOILET OH TOILET dapat di kurangkan. Waallahu'alam
    

No comments:

Post a Comment