NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, August 29, 2012

IKTIBAR 4: AMAL SOLEH

Salam


AMAL SOLEH MENZIARAHI AHLI KELUARGA YANG SAKIT


Rabu 29 Ogos 2012/ 11 Syawal 1433H

Bertemankan ahli jemaah umrah sepanjang 47 hari musafir pasti akan bertembung dengan pelbagai kerenah manusia. Kami sempat bertakruf, bertukar nombor talipon dan berjanji akan bertemu di Malaysia. Masing-masing bercerita tentang anak cucu,kerinduan yang di rasai dan pelbagai lagi. Kami juga sempat mengenal peribadi unik yang suka menyendiri, sebaliknya yang suka bermesra dan yang istimewa lagi yang suka berkongsi pengalaman hidup.

Sewaktu di Madinah saya di tempatkan sebilik dengan dua orang warga emas ibu tunggal daripada Tapah. Saya memang tabik ibu tunggal yang menyara keluarga sepeninggalan suami meninggal dan mereka tidak terfikir untuk mencari jodoh baru. Di Mekah saya berkongsi dengan ramai teman sebilik yang datang dan pergi mengikut pakej mereka berada di tanah suci, yang terakhir seorang suri rumah lndia Muslim.

MENGASIHI DAN MERAIKAN ADIK JUGA AMAL SOLEH

MEMELIHARA SILATURRAHIM AHLI KELUARGA AMAL SOLEH YANG UTAMA


Antara amal soleh yang di galakkan kita umat lslam melakukannya ialah memberi khidmat. Skop khidmat masyarakat sering di kaitkan dengan kerja NGO atau berjemaah yang bercorak amar makruf nahi mungkar. Selain itu kita akan menganggap bantuan kepada individu sebagai biasa sedangkan dengan nawaitu yang betul semua aktiviti akan menjadi amal soleh yang di redhai Allah.

Sewaktu saya berkongsi pahit getir pengalaman mengambil anak angkat warga Thailand daripada keluarga Muslim yang tertindas, miskin dan di tinggal suami saya ada menyebutkan bahawa memang rezeki saya mendidik seorang anak yang telah di nazarkan untuk di beri kepada orang sejak anak dalam kandungan. Si ibu yang mengandung hanya menurut sahaja keputusan nenek bayi kerana nenek bayi mempunyai kenalan di Kota Baharu (Allahyarhamah) untuk di serahkan anak tersebut. Saya pula teman baik kenalan di Kota Baharu yang mengusulkan sayalah orangnya yang layak mengambil anak yang sedang berjuang nyawa tenat sakit di hospital di Thailand. Saya, arwah emak saya dan suami saya akur.

KALAU DAH REZEKI ALLAH BERI ALHAMDULILLAH

Setahun sebelum anak itu lahir saya menunaikan fardu haji dan memang bermunajat agar di anugerahkan seorang anak kandungan sendiri. Malah nama yang di ambil daripada surah Yusuf adalah nama yang terukir di tanah suci Mekah. Alhamdulillah anak angkat saya kini berumur 28 tahun dan kami berdoa pula untuk menemukannya dengan ibu kandungnya di Yala (yang kami putus hubungan setelah arwah teman saya tiada). Ramai yang tersentuh dengan kisah yang saya ceritakan kerana tak ramai orang tau keadaan umat lslam di selatan Thailand mengalami nasib yang serupa dengan rakyat Palestin.

Seorang jemaah tiba-tiba bertanya soalan yang tidak saya duga, 'suami akak tak apa pula ya ambil anak angkat , bukan darah daging sendiri?' Setelah terpegun saya terus jawab 'AMALSOLEH memang dia suka pun.' Tersirat dalam soalan ahli jemaah betapa anihnya sebuah keluarga memelihara anak bukan dari darah daging sendiri. Sempitnya pemikiran menjaga anak sehingga tidak terjangkau untuk membuat amal soleh dengan anak orang lain. Seorang ahli jemaah lain yang kebetulan tidak mempunyai anak terus keluar bilik, agaknya bimbang dirinya menjadi sasaran selepas saya.


KESERONOKAN BEAMAL SOLEH BERSAMA KELUARGA TIDAK DAPAT DI NILAI 


Dangkalnya pemikiran masyarakt sampai terbawa-bawa ke Mekah ialah merasai anak adalah hak mutlak ibu bapa sedangkan semua kita adalah hak Allah. Terpulang kepada Allah untuk meletak kita sebagai anak yang di jaga sendiri ibu bapa masing-masing atau di serahkan kepada orang lain, ini takdir namanya. Saya bersyukur dapat memelihara anak-anak angkat kerana sejak awal nawaitu saya ialah untuk mengajar mereka pandai solat. Saya selalu bayangkan jika kita biarkan seorang anak terlantar dan di jaga ibu bapa yang tidak peka untuk menjadikan anaknya seorang hamba Allah alangkah malangnya.

SEMUA PERANCANGAN YANG MENJADI AMAL SOLEH BERMULA DARI NAWAITU YANG BETUL DAN JALAN YANG SYARIE

Iktibar kisah amal soleh bermula daripada nawaitu kita melakukan sesuatu. Jika kerana kepentingan selain redho Allah kita akan dapat apa yang di hajati namun ia tidak menjadi amal soleh yang di berkati hingga ke akhirat. Semoga kita sama-sama dapat mengumpul amal soleh yang berlipatganda ganjarannya walau sedikit usahanya dan pendek masanya, antaranya berUmrah di bulan Ramadhan. Di sana ada malam lailatuQadr, nuzulAlQuran, siam (puasa), tawaf, saie dan qiamulail yang di lakukan semata untuk meraih redho Allah. Tak hairanlah umat lslam daripada semua pelusuk datang seisi keluarga menikmati segala kenikmatan bulan Ramadhan di MakkatulMukaramah. Waallahu'alam 

No comments:

Post a Comment