NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, September 20, 2012

JUTAAN ALHAMDULILLAH


Salam

Khamis 20 September 2012

Dua perkara orang beriman sentiasa berpegang teguh ialah meyakini kebesaran dan kesempurnaan Asmaul Husna Allah (Nama-nama Allah yang indah, sempurna dan perkasa) serta mengakui anugerah, kebaikan dan nikmat yang begitu melimpah ruah daripada Allah untuk memudahkan kehidupan manusia. Dengan dua senjata ini ayat dalam Surah ArRahman 'nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?' menjadi penggerak keimanan dalam hati. Suara hati adalah suara kebenaran.

PESAKIT DAN TETAMU BERZIARAH

Telah lebih dua minggu suami saya beransur pulih daripada penyakitnya. Tidak ada perkataan yang lebih penting sekarang kecuali ALHAMDULILLAH, hanya Allah yang patut di puji siang dan malam kerana memberi kita pelbagai nikmat yang tak terhitung

Jutaan alhamdulillah juga kerana kumpulan IHES (Integrated and Holistic Education System) di bawah kendalian CEO Sekolah lslam Adni telah selsai megadakan latihan guru-guru mulai 13-19 September. Kehadiran peserta daripada Padang,Jakarta, Mahaad AtTaqwa Paya Jaras dan Pra Sekolah Subur Fitrah Tangkak selain guru-guru Sitiwangi Boarding school(SBS) Garut kali ini menambahbaik sokongan kepada IHES.  


SEBAHAGIAN PESERTA IHES SEWAKTU LAWATAN KE SEKOLAH ISLAM ADNI


Terlalu banyak kisah yang ingin saya bicarakan kerana sudah lama tidak menulis. Pengaruh luar dan liar seperti GANGNAM (tarian Korea), video penghinaan ke atas Rasulullah saw oleh Yahudi dan pelbagai fitnah yang berlaku di sekitar pada saya memang menyakitkan. Namun Imam Besar MasjidilHaram AsSudais menasihatkan "Jangan tengok video dan fitnah yang berleluasa." Saya amat setuju kerana semua bisikan syaitan tersebut sengaja ingin menarik perhatian umat lslam daripada tugas besar mendidik diri dan masyarakat agar bertamaddun dan berakhlak mulia.

Menjelang berakhirnya bulan Syawal banyak jemputan 'rumah terbuka' tidak dapat saya dan suami hadir kerana beliau perlu berehat sebagai rawatan pemulihan. Hanya beberapa majlis yang dapat kami hadir, antaranya majlis pertunangan Adawiyah Muneerah Mustapha anak saudara saya yang masih belajar di Mesir jurusan Doktor Pergigian.

Saya masih ingat 21 tahun yang lalu sewaktu kami sekeluarga keUnited Kingdom mengikuti suami  saya melanjutkan pengajian Mastersnya di Wales, Adawiyah baru lahir. Tiba-tiba dia sudah dewasa sekarang dan sudah bertunang. Begitu pantas masa berlalu, bak sekelip mata. Apa pun di doakan pertunangan di berkati Allah dan semua ahli keluarga tergolong dikalangan orang yang beriman dan bertaqwa.















BERGAMBAR KENANGAN SEMPENA PERTUNANGAN ADAWIYAH


Sewaktu berada di KPJ Damansara menjaga suami, saya terima satu penggilan talipon daripada Jabatan Alam Sekitar yang mempelawa saya menyertai anugerah Environment and sustainable development among women anjuran Islamic Development Bank. Yang pasti saya mempunyai lebih 10 tahun pengalaman sebagai aktivis alam sekitar sewaktu memulakan program "Mawaddah Kraf" (kitar semula kertas majalah) dalam tahun 1998, tapi dalam kesuntukan masa dan suasana di hospital saya jangka ia suatu yang menyulitkan.

Sewaktu teman saya menasihatkan agar ikut serta program anugerah kerana tidak ada ruginya, saya terfikir benarnya kerana awal-awal dulu saya mempunyai wawasan menyebarluaskan konsep MAWADDAH sebagai dakwah ke seluruh dunia.

Sekali lagi JUTAAN ALHAMDULILLAH, seorang anak saudara saya yang pulang bercuti belajar daripada UK rela membantu saya menyiapkan kertas presentation untuk di email kepada pihak penganjur.  Tepat waktu dateline saya telah email penyertaan dan berdoa jika ada rezeki dapatlah saya berkongsi dengan semua orang yang membantu Mawaddah Kraf selama ini.

ANTARA CONTOH GAMBAR MAWADDAH KRAF YANG MENYERTAI ANUGERAH


Dalam umur senja, masa yang singkat dan tugasan yang menunggu saya mengucapkan jutaan alhamdulillah kerana masih berupaya menyertai arus perdana perkembangan yang berlaku dalam masyarakat. Bersama seorang teman saya menyertai Konvensyen Pendidikan Kebangsaan 2012 anjuran Majlis Professor Negara pada 15 September di PWTC sewaktu CEO Sekolah lslam Adni menjadi salah seorang ahli penal berkaitan innovasi dan kreativiti pendidikan abad ke 21.

Ternyata gersangnya sistem pendidikan arus perdana daripada persiapan sumber manusia yang BERTUHAN kerana apa yang mereka paparkan hanyalah inovasi teknologi serta membebaskan pelajar daripada di TARBIYYAH guru. Pelajar menjadi BOSS dan bebas meneroka apa keperluan mereka melalui Information Teknologi (IT) untuk melalui cabaran abad ke 21. Hanya CEO Sekolah lslam Adni yang menyebutkan 2 IT, satu Iman dan taqwa, satu lagi information teknologi.

GAMBAR KENANGAN DI KONVENSYEN

Jutaan Alhamdulillah kami diprogram latihan IHES telah di bekalkan dengan module bagaimana mendidik anak-anak dengan Core Curriculum QGDP (Quranic Generation Development Program) oleh guru-guru yang terjun di lapangan, bergaul dengan pelajar, membimbing mereka semampu mungkin agar anak-anak tidak leka kerana minda mereka sentiasa di isikan dengan aktiviti menarik sebagai persiapan insan soleh dan solehah.

Lama saya merenung memikirkan bagaimana meredakan masalah sosial menggunakan QGDP. Sewaktu latihan peserta daripada UUM turut meluahkan rasa betapa sukarnya pensyarah di peringkat IPT sekarang membaikpulih golongan pelajar yang bermasalah. Sekiranya keluaran sekolah menengah atas telah mantap akidah dan berakhlak alangkah mudahnya mendidik mereka di IPT.

Teringat saya pengalaman berada di Sri Langka beberapa tahun yang lalu bagaimana seorang Doktor mata membuat kerja amal mengumpulkan anak-anak yang menunggu keputusan peperiksaan lantas mentarbiyyah mereka dengan pelbagai kemahiran menjadi wanita solehah,tidak terkecuali hafalan Quran, hadis, berkreatif dan berkemahiran dalam pelbagai bidang. Saya fokus untuk mengikut jejak ini insyaAllah melalui program Finishing School Mawaddah. Semoga Allah memudahkan dan menghantar pembantu yang dapat melaksanakan hasrat ini,insyaAllah.




SEKITAR PROGRAM LATIHAN IHES KALI KE DUA
Satu lagi program ialah yang telah di janjikan kepada Pra Sekolah Subur Fitrah Tangkak ialah membuat perubahan bertahap mendidik anak-anak dengan modul QGDP sepertimana yang di lakukan Sekolah Islam Adni. Suami saya menasihatkan agar di cari MURRABIAH yang boleh membantu melaksanakan program. Saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu hidayah kepada siapa yang ingin berjihad dalam bidang ini agar lahir generasi yang citakan AlQuran sejak dalam kandungan lagi. Maksudnya MURRABIYAH itu haruslah di kalangan ibu-ibu muda yang ingin membangun dengan AlQuran dan sunnah kerana QGDP bercorak sempurna, sepadu dalam seluruh aspek kehidupan, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja seorang insan berada selagi mereka menghirup udara di bumi Allah. Adakah di dunia ini bumi yang lain???Sama-sama kita fikirkan.   

PROGRAM DI PRA SEKOLAH (BAHAGIAN BABIES) ADNI ISLAMIC SCHOOL

1 comment:

  1. Assalaamu'alaikum Wr.Wb
    Membaca artikel ini mengingatkan saya dgn ust Dr. Hasni Muhammad, sy sempat mengikuti seminar yg salah satu nara sumbernya adalh Dr Hasni Muhammad, IHES sangat menarik

    ReplyDelete