'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Monday, September 5, 2011
KARACHI HA HA HA
UJIAN DAN KEGEMBIRAAN BERSAMA PIA HA HA HA
Salam
Isnin 5 September 2011/6 Syawal 1432H
Lebih 24 jam saya dan suami pulang daripada musafir umrah. Alhamdulillah semua sihat dan selamat dengan izin Allah. Sujud syukur saya di atas nikmat Allah terbesar kerana di jemput menjadi tetamu Ramadhan di tanah suci Mekah Madinah. Alhamdulillah rombongan kami berlepas daripada lapangan terbang Madinah dan kami menjadi tetamu kali kedua di kota suci Madinah bilamana penerbangan PIA (Pakistan International Airways) kelewatan hampir 15 jam.
Tajuk di atas saya pilih kerana sewaktu saya mula bermusafir saya memaklumkan kepada adik saya bahawa penerbangan adalah dengan PIA melalui Karachi. Beliau menjawab sms 'Karachi Ha Ha Ha'. Setelah melalui pelbagai ujian dan karenah bersama PIA saya telah menghantar sms waktu penerbangan mengalami kelewatan dengan mesej 'Karachi ha ha ha....lucu sekali.
Tiga perkara pasti berlaku bilamana kami bersama warga Indo-Pak (Benua India Pakistan). Bising yang amat sangat, kebersihan terabai dan suasana berebut-rebut. Mujur warga Malaysia lebih terkawal, amat menjaga kebersihan dan amat sabar. Satu sikap dakwah kepada umat lslam yang berkumpul ditanah suci, alhamdulillah.
Kami mengalami kelewatan sejak berlepas daripada KLIA. yang kami khuatir ialah akan terlepas connecting flight ke Jeddah. Tepat sekali kerana sebaik pesawat mendarat di Karachi kami di kerah terus boarding penerbangan ke Jeddah. Yang peliknya semakin ingin cepat semakin banyak pemeriksaan. Selain pemeriksaan seluruh badan semua hand luggage di beri tag, di cop barulah check in. Saya rasa kalau silap haribulan penumpang yang mengalami sakit jantung boleh rebah dengan kerenah ini!
Di Jeddah kami di kumpulkan di lapangan terbang jemaah haji dan menunggu pemeriksaan imigeresen yang agak lama. Seorang penumpang Pakistan yang educated bertanya saya 'why are you taking PIA? l would love to go by MAS. PIA lots of harassment and delay...' terkejut saya mendengar luahan tersebut lantas mampu menjawab 'no more ticket in MAS'
Rupanya penumpang PIA mendapat giliran terakhir pemeriksaan imigeresen di Jeddah. Antara sebabnya jemaah pakistan sering datang bersama keluarga dan pemeriksaan pasport sebuah keluarga memakan masa lebih setengah jam. Saya tertarik juga mengapa warga Pakistan sering datang keMekah bersama seisi keluarga termasuk anak-anak kecil. Mungkin pemikiran mereka tentang tanah suci ada kaitan dengan adat di benua Indo-Pak iaitu amat suci ke tahap wajib di cop anak-anak dengan pemergian seperti orang-orang hindu berpesta di sungai Ganga. WaAllahu'alam.
Hampir jam 3 pagi baru kami dapat berlepas setelah menyemak semua luggage malah ada yang tersasar di terminal Jeddah. Kelewatan ini menyebabkan mutawif kami keletihan lantaskami terlepas waktu subuh dalam perjalanan ke Madinah. Suami saya membentak kelalaian tersebut kerana solat adalah kefarduan. Sepakat semua jemaah pagiitu mengqada solat Subuh. Semoga Allah mengampunkan dosa kami.
Di Hotel Madinah kami terserempak dengan ramai jemaah Indonesia malah kami berkongsi dewan makan yang agak sesak dan sukar dikawal hidangan makanan. Jika lewat pasti kehabisan. Awal-awal lagi saya mengelakkan kesesakan dan membeli makanan ringan di kedai berhampiran hotel.
Saya akan menulis mengenai pengalaman di Mekah nanti. Untuk kali ini sekadar bercerita tentang Karachi yang tidak sampai hajat kami untuk bermalam di sana dek 'delay'. Seorang pegawai PIA menyapa kami sewaktu kami berlepak-lepak menunggu check in. "Eid season...you know staff on holiday...so the delay' saya bertanya 'any compansation? normally we get free lodging and food' 'no...they send another aircraf is compensation...wadduh mudah sekali penyelesaian masalah PIA ni. Seorang ahli jemaah kami berikrar akan mengambil tindakan menulis surat ke PIA salinan kepada Duta Pakistan. Saya sokong malah mengsyurkan PIA beri gantirugi kepada semua penumpang terlibat Riyal 1K. Beliau akan beri masa tiga minggu,kalau tiada jawapan akan mengambil tindak 'menyaman', semoga beliau terus istiqamah dengan hasrat ini. Saya yakin sesuatu kelemahan perlu diperbaiki segera supaya jemaah akan datang tidak melalui karenah seperti yang kami lalui.
Di pendekkan cerita kami terpaksa menggunakan khidmat petugas lapangan terbang Madinah untuk check in barang-barang termasuk air zam-zam dengan tips yang di persetujui. Saya teringat tahun lalu kami membayar excess baggage hampir Riyal 4K kerana semuanya kami urus sendiri. Ada yang berpandangan ini sistem rasuah,tapi kami infaqlah kepada petugas kerana khidmat mereka.
All well ends well...kami tiba di lapangan terbang Karachi mendapat layanan VIP, di tempatkan di launge transit yang kemas dan luas, selesa solat, di beri makanan enak dan paling istimewa bershopping sakan. Airport Karachi satu-satunya tempat yang menjual barangan murah terutama beg dan baju leather. Hampir 4 jam transit kami berlepas keKLIA dengan nyaman dan selamat.
Karachi ha ha ha mendapat tempat di jiwa saya untuk bermuhassabah. Apa pun saya bertambah yakin apa yang Allah takdirkan berlaku semuanya ada hikmah dan hanya orang yang berfikir sahaja akan mendapat iktibar daripada semua pengalaman yang dilalui termasuk yang getir dan menguji kesabaran. WaAllahu'alam.
ROMBONGAN KELUARGA BERUMRAH 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment