NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, July 28, 2011

SHAMI YANG SYAMIL (SEMPURNA)

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU AKHIR JULAI 2011/SYAABAN 1432H
DI ANJUNG 7 BERSAMA TETAMU KAMISAH DAN SUAMI

BERSAMA KELUARGA KAJANG DI RESTORAN ARAB KAJANG

PENGHARGAAN KEPADA PENGUSAHA

KAWASAN TERNAKAN SEKADAR 5 EKAR

DINNER DI TAMAN TASIK SHAH ALAM

PENGUSAHA KAMBING SHAMI REMBAU SEDANG MEMBERI TAKLIMAT

TETAMU SEMPAT BERMESRA DENGAN ANAK KECIL DI ANJUNG 7

TAKLIMAT OLEH PENGIMPOT KAMBING SHAMI

TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT

PERJUMPAAN KUMPULAN USRAH SEKSYEN 7

KELUARGA KOHATSA BERSAMA TAMU DARIPADA PERLIS
JAMUAN TAHLIL RUMAH TEMAN DI SEKSYEN 7

TAMU BERSAMA DR VERTERINER

SEKAWAN ANAK-ANAK SHAMI YANG COMEL

PERKARANGAN KANDANG TERNAK KAMBING SHAMI



Salam

Isnin 18 Julai - Khamis 28 Julai 2011.

Seminggu yang padat merancang untuk Galeri Mawaddah menyambut Ramadhan. Juga persiapan menanti kedatangan tetamu untuk lawatan ke ladang ternakan kambing Shami Damascus dari Cyprus di Rembau.

Sambil bersyura kaedah terbaik menjana pendapatan untuk Galari Mawaddah saya juga membuat persiapan pakaian dan barang-barang untuk berUmrah sebulan mulai 29 Julai 2011. Sepakat Galeri Mawaddah akan mengusahakan pek berbuka puasa sambil mempromosi makanan sihat 'chicken pie'

Menjelang Ramadhan terlalu banyak jemputan jamuan tahlil dan majlis menyambut Ramadhan yang di anjur teman dan rakan sekitar Shah Alam. Saya dan suami hanya dapat menyertai dua majlis sahaja. Satu fenomena cantik umat lslam memberi orang makan sebagai infaq dan bersilaturrahim serta kegembiran menyambut kedatangan Ramadhan, alhamdulillah. Infaq merupakan akhlak mukmin yang sudi berpisah daripada harta dan masa demi mengobarkan sifat memberi.

Kohatsa mengadakan kuliah petang Sabtu untuk menyambut Ramadhan. Mesej terpenting ialah mengkhususkan masa sebulan untuk meraih pelbagai 'offer' yang Allah sediakan kepada mereka yang ada kesungguhan untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik

Tajuk blog kali ini ingin mengungkapkan rasa teruja kumpulan pelawat daripada Yayasan Situwangi Boarding School (SBS) Bandung yang datang melihat sendiri kejayaan sebuah ladang kambing Shami yang di datangkan daripada Cyprus. Adik saya pernah menulis blog tentang kambing shami ini dua tahun lalu sewaktu kambing mula di tempatkan di Rembau. Kini beliau teruja sekali kerana daripada puluhan ekor kambing kini membiak kepada lebih seribu ekor. Lagi teruja apabila pengusaha menyatakan anak kambing yang baru lahir berumur 2 bulan harganya RM2 ribu seekor!

Falsafah unik yang di asaskan pengusaha gigih daripada Rembau ini ialah mengambil teknologi terbaik yang di lakukan di Cyprus dan serentak menyesuaikan kambing dengan iklim di Rembau. Makanan kambing lumayan sekali kerana selain daunan dan kayu kayan hutan ia dicampur buangan soya, kelapa, gandum (wheat) dan buangan syarikat yang membuat minuman 'Malt'. Perubatan dan kesihatan kambing di beri perhatian supaya tiada serangan kuman dan kesan persekitaran. Kandang yang di buat tinggi agar gas buangan kambing tidak meracuni kumpulan kambing yang tinggal di atas. Buangan kambing juga menghasilkan baja kompos dan organik yang mendatangkan hasil sampingan.

Falsafah kedua yang menarik ialah pengusaha mempastikan pelaburan yang dikeluarkan cepat mendapat pulangan semula melalui jualan susu dan daging yang berterusan dan meningkat dari hari ke hari. Keperluan susu dan daging kambing di Malaysia hanya dapat di bekalkan pengusaha tempatan pada kadar 10%. 90% di import daripada negara luar, antarnya Australia.

Kegagalan ramai pengusaha yang tidak mempastikan pulangan meningkat adalah di sebabkan pelaburan asal di beri percuma oleh kerajaan. Jutaan ringgit terbazir begitu sahaja kerana projek HANGAT-HANGAT dan kesannya ramai yang phobia ingin menternak kambing. Antara alasan ialah penyakit dan kematian anak-anak kambing yang sukar di kawal.

Alhamdulillah khabarnya di Rembau nisbah kematian anak-anak kambing amat rendah kerana seorang Verterinar (doktor Haiwan) di tugas khas untuk mempastikan rawatan segera di berikan kepada ternakan, masyaAllah...doktor ini pun kelihatan warak sekali dan menganggap ternak kambing sebagai ibadah ihsan...menyayangi binatang.

Saya yakin rombongan lawatan ke Rembau akan menyimpan kenangan manis di ladang dan sewaktu makan tengahari. Lazatnya daging kambing segar dari ladang masyaAllah tidak terungkap dek kata-kata. Manisnya rasa daging dan lemaknya susu akan terus lekat pada deria rasa kami insyaAllah. Sepakat juga kami akan cuba mengusahakan kawasan gunung ledang di Tangkak untuk meniru jejak kejayaan pengusaha di Rembau. Khabarnya ada pelabur daripada Irak dan Bengladesh berminat...saya lebih cenderung pelabur di kalangan team yang melawat Rembau kerana mereka telah pun melihat faktor kritikal kejayaan ternakan kambing shami.

Memandangkan Ramadhan dekat menjelang usaha melebarkan usaha ternakan kambing shami ke Bandung tertunda ke pertengahan bulan September untuk kumpulan pertama melihat kawasan dan melakar projek yang serupa. Kami tak sabar melihat dalam masa enam bulan nanti kambing Shami akan di kacokkan dengan kambing betina yang sedia menunggu di SBS untuk melahirkan anak-anak kambing SHAMI YANG SYAMIL....Pasti sesedap musim panen kentang yang kami nikmati di SBS tidak berapa lama dahulu.

Kebetulan seorang pelawat namanya Syamil...eloklah beliau memulakan ternakan kambing di dataran cool di Garut tu! begitulah hasrat dan citi-cita kami yang tinggi agar anak muda mula memikirkan untuk menjadi JUTAWAN KAMBING...barulah mudah menjadi 'pemberi'

Alhamdulillah Khamis malam sekarang... hanya beberapa jam sahaja lagi saya dan suami akan memulakan musafir keMadinah Mekah menunaikan ibadah Umrah. Setinggi kesyukuran kepada Allah yang memudahkan kami dapat visa dan setelah menyemak nama di Jabatan lnsolvensi (Bangkrupsi) kedua nama kami 'BERSIH'. Saya sering pelik mengapa membiarkan seseorang yang ada kes bankrupsi atau hutang tertangguh sampai di kaunter imigresen baru tahu status mereka. Dua kes berlaku dalam keluarga saya akibat hutang MARA dan syarikat...saya hanya berdoa kes tersebut dapat selesai segera.

Semoga Allah SWT meredhai hari-hari mendatang untuk kami di tanah suci. Menunggu Ramadhan di tanah suci ibarat menunggu kekasih yang akan pulang. Saya menyediakan diri ini untuk pasrah menggapai awal Ramadhan yang rahmah, pertengahannya ada maghfirah dan akhirnya atqan minnanar (bebas daripada api neraka). Sesungguhnya Ramadhan menggamit citi-cita besar daripada orang-orang yang berjiwa besar dengan lslam dan iman. Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik bagi kami, ameen.


No comments:

Post a Comment