NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 10, 2011

ULUL- ALBAB (ORANG-ORANG YANG SEMPURNA AKAL FIKIRAN)

PERSAUDARAAN ADIK BERADIK YANG DI PERKUKUH MELALUI PELBAGAI PROGRAM
TAUTAN PERSAUDARAAN MELALUI PERKAHWINAN

Salam

Julai 6-8 (Khamis -Jumaat) persiapan dan majlis perkahwinan anak saudara saya Wan Ahmad Hasan dan pasangannya Nik Nur Wahidah; 9 Julai (Sabtu) perhimpunan BERSIH 2 di KL dan Julai 9-11(Sabtu-Isnin) ziarah ke negeri Johor. Kesemuanya merupakan tarikh keramat yang mempunyai kisah tersendiri.




Tajuk ini saya pilih kerana dalam semua kisah di atas ciri Ulul-Albab amat releven. Semua tindakan manusia menggambarkan pencerahan akal fikiran mereka samada sempurna atau cetek. Sempurna jika berlandaskan kesempurnaan sifat Allah Azawajalla, cetek jika berpandukan nafsu sarakah dan cintakan dunia.

Konsep Ulul Albab 16 kali di sebut dalam AlQuran menunjukkan pentingnya sifat ini dimiliki orang mukmin. Seorang ulama muktabar Syekh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya 'Menikmati Jamuan Allah' jilid 2 m.s 90 tanpa melabelkan konsep Ulul-Albab jelas menggambarkan:

"seorang mukmin adalah orang yang mengenal Tuhannya, hidup kerana Dia, selalu mempersiapkan diri untuk bertemu denganNya dan meyakini bahawa kematian tidak akan memutuskan garis kehidupan. Sebaliknya orang kafir adalah orang yang hanya mengenal nafsunya dan hidup kerananya serta menghabiskan hidup untuk memenuhi keperluan dirinya dan anak keturunannya. Ia tidak menghiraukan kehidupan selepas mati."

Dalam segment lain Syekh menulis:

" Ajaran AlQuran dan Nabi Muhammad saw merupakaan perpaduan sempurna antara agama dan akal sihat, antara iman kepada yang ghaib dan yang nyata, dan antara wahyu Allah serta tafsir manusia yang mempergunakan potensi intelektual mereka (ulul-Albab)


HARAPAN MENGGUNUNG AGAR PELAJAR SMPIT CIKAJANG MENJADI ULUL-ALBAB


Atas dasar ini saya dan rombongan yang baru pulang daripada Sekolah Menengah Pertama Islam Terpadu (SMPIT} Cikajang, Situwangi Garut Bandung Indonesia amat terkesan dengan penterjemahan Ulul-Albab dalam keperibadian pelajar yang begitu mengkagumkan prestasi mereka. Sejak itu setiap insiden dan peristiwa yang berlaku pasti saya kaitkan dengan bagaimana membangunkan golongan Ulul-Albab dalam masyarakat dan umat lslam hari ini. la mesti bermula daripada umur anak-anak.

MERAIKAN PASANGAN PENGANTIN

Pernikahan anak saudara saya yang bertugas di USA dengan pasangannya yang sedang meneruskan pengajian Phdnya di negara yang sama telah berlangsung pada 7 Julai. Ia di lakukan dalam masa yang singkat kerana awalnya mereka hanya akan bertunang. Pada saya keputusan meneruskan pernikahan adalah sikap Ulul-Albab. Fikiran yang sempurna akan cuba mengelakkan anak-anak daripada terjerumus dalam suasana tidak syarak lebih-lebih lagi mereka akan ke negara seks bebas di USA. Setinggi tahniah kepada kedua ibu bapa yang di izin Allah dapat menyempurnakan majlis dengan penuh barakah. Selsai majlis baru kami merasai manisnya keberkatan dari Allah. Semoga pasangan di anugerahkan zuriat Ulul-Albab, ameen...

GAMBAR KENANGAN DI BANDAR BARU BANGI SELEPAS MAJLIS PERNIKAHAN

8 Julai majlis menyambut menantu di Shah Alam. Rombongan pengantin telah terperangkap dalam kesesakan jalanraya angkara pemeriksaan pihak Polis menjelang perhimpunan BERSIH 2 di KL pada keesokan harinya. Walaupun mereka sampai lewat setelah semua tetamu pulang namun kami yang ramai saudara mara dan teman sekolah kedua pengantin setia menunggu.

Disini komen saya terhadap institusi negara yang 'MENYUSAHKAN RAKYAT' adalah hasil fikiran cetek tidak ada ciri Ulul-Albab. Berfikiran sempurna termasuk tidak mudah di racuni ketakutan bahawa rakyat akan memberontak. Jika kejujuran menjadi resepi hidup pihak pemerintah mengapa perlu gusar dan ancam mengancam kepada rakyat yang ingin menyuarakan pandangan mereka? Tindakan tidak berfikiran sempurna ini menambah benci rakyat dan tunggulah natijahnya....

Saya menerima sms menyatakan beberapa teman di tangkap dan di kepong. Jawapan saya 'mereka hanya bebas mengepong orang-orang di dunia ini...'dan saya pasti kezaliman yang di lontarkan kepada peserta BERSIH 2 akan mengundang pelbagai musibah jika tidak ada di kalangan pemerintah yang memiliki sifat Ulul-Albab (berfikiran jauh dan luas).

Sebaik selesai majlis di rumah anak saudara saya awal pagi Sabtu saya bermusafir destinasi JB dengan kereta. Jalan keluar KL selesa dan lancar. Di KL khabarnya telah berubah menjadi 'war zone' antara pihak polis dan peserta BERSIH 2. Apa pun selaku orang yang ingin mencalunkan diri sebagai Ulul-Albab saya hanya mampu berdoa agar kebenaran akan tampil akhirnya.

Petikan satu blog tentang 'war zone' di KL:

"The crowd, previously orderly and organized, started running as our eyes started to smart, skin started to itch and breathing became difficult. However, this impressively brutal act brought out an even more impressive side of Malaysians. Malaysians were leading fellow Malaysians out of the chaos. People were not allowed to fall because other people pulled them up and kept them going. Youngsters formed human chains to allow women and senior citizens and a few disabled people who bravely took a stand with us, to get through safely. The police did not save these people that day. Their fellow Malaysians did. The police’s only contribution, was to cause the unnecessary panic in the first place."

Insiden ini memaparkan betapa rakyat Malaysia masih boleh bersatu bila berhadapan ujian dan pihak Polis tercabar bila rakyat bersatu...aneh!!!
Daripada sumber internet saya terbaca ramai yang kurang senang jika orang Melayu meyokong BERSIH 2 kononnya ia merupakan agenda kuasa asing. Di sebutkan bahawa adalah salah orang Melayu Islam menyokong agenda ini. Saya kurang pasti fakta ini. Namun sejak bila pula suara-suara sumbang ini mengambil berat campurtangan kuasa asing sedangkan lebih 50 tahun percaturan politik negara ini banyak menguntungkan kuasa asing berbanding rakyat yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.

Yang dapat saya tanggap daripada pemerhatian saya yang menjadi 'silent majority' ini ialah kerakusan dan kekayaan kelompok manusia yang memegang kuasa tanpa ciri Ulul-Albab bertambah-tambah. Ayat-ayat Allah samada dalam Alquran atau di alam terbuka sedikit pun tidak menjadi iktibar dan petanda untuk menginsafkan kembali jiwa golongan ini agar memilih kebenaran. WaAllau'alam

Akhirnya musafir saya sempurna dengan pertemuan anak cucu dan saudara mara dikawasan selatan. Jika di izin Allah saya akan bermusafir lagi selama sebulan mulai 29 Julai ke destinasi yang saya sentiasa mendoakan setiap tahun.

Antara ciri Ulul-Albab ialah merindui suasana Ramadhan yang tidak ada didalamnya pelbagai tarikan keduniaan. Saya berdoa semoga akhir hayat saya dapat mencernakan peribadi yang berfikiran sempurna dan mengharapkan rahmat Allah agar amal sedikit saya dapat di tuai di akhirat. DENGAN DUA CUCU YANG BERSEKOLAH DI BATU PAHATSLEEP LIKE A BABY: SITI NURUL ZAHIDA
BERSAMA CUCU-CUCU DI BATU PAHAT DAN SIMPANG RENGGAM-GAMBAR DI TANJUNG PIAI PONTIAN

Saya amat terkesan dengan peristiwa Isra Mi'raj Rasulullah saw yang melihat di alam Malakut bahawa ada golongan yang setiap kali menanam sesuatu, hasilnya terus di perolehi berlipatganda pada hari yang sama. Jibrail a.s menjelaskan inilah golongan mujahidin, pejuang kebenaran dan manusia yang waktu di dunia yang banyak membuat amal kebajikan tanpa mengharap balasan kecuali redho Allah dan masa tuaiannya ialah di alam barzah. Petikan text bahasa Inggeris seperti di bawah:

They (prophet and Jibril) travelled until they reached a people who sowed in a day and reaped in a day. Every time they reaped, their harvest would be replenished as before. The Prophet said: "O Jibril, what is this?" He replied: "These are al-mujahidun -- those who strive -- in the path of Allah the Exalted. Every good deed of theirs is multiplied for them seven hundred times, and whatever they spend returns multiplied."

Saya mimpikan suasana ini dan saya impikan dapat ke Syurga Firdaus dengan rahmat Allah bertemu ahli keluarga tercinta yang terdiri daripada Ulul-Albab bermula dari awal umur cucu-cucu saya hari ini ...ya Allah apa akan jadi jika di dunia kami menzalimi orang lain atau orang ramai melalui kuasa yang Kau pinjamkan atau memanipulasi fakta untuk meyesatkan orang ramai...apa yang akan kami tuai??? nauzubillah.

Gesaan menyeru kepada kebaikan dan keadilan melahirkan Ulul-Albab seperti dalam Surah al Nahl : 30 bermaksud "di katakan kepada orang yang bertaqwa 'apakah yang telah di turunkan Tuhanmu? mereka menjawab 'kebaikan'. Orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat balasan yang baik. Sesungguhnya kampong akhirat lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa."

Sebaliknya tokoh masyarakat dan pemimpin yang sesat yang menularkan kesesatan mereka kepada orang lain Rasulullah saw bersabda ' barangsiapa menyeru kepada kesesatan dia menanggung dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun ( HR Muslim, Abu daud,Nasai, Termizi, Ibn Majah, Ahmad dan Abu Hurairah).WaAllau'alam

BERAKHIR DI SHAH ALAM DENGAN SATU-SATUNYA CUCU YANG MENETAP DI SINI

No comments:

Post a Comment