NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 4, 2011

KERAK TELOR : MAKANAN BERKHASIAT DI JAKARTA

GERAI KERAK TELUR BANDARAYA JAKARTA

PASANGAN MUHAMMAD ZAKI DAN DR ASMA SHAARI

Salam

27 Jun-3 Julai saya dan suami mengetuai program Musafir Tarbawi ke Bandung-Garut-Jakarta sempena perasmian sekolah tahfiz terpadu Situawangi Boarding School (SBS) Cikajang Garut. Kumpulan pertama dengan 8 peserta di sediakan dua pengangkutan innova untuk bergerak dan penginapan yang di sediakan ialah di Sari Papandayan Resort Garut.SARI PAPANDAYAN RESORT GARUT

Kumpulan kedua dengan lebih 30 orang peserta berkumpul di DarutTawhid Bandung menaiki dua buah bas mini. Mereka turut menyertai acara majlis Tasykuran & Launching sekolah menengah pertama lslam terpadu (SMPIT) Situwangi Boarding School Cikajang Garut pada pagi 29 Jun 2011.PERSEKITARAN GARUT YANG NYAMAN MENYAMBUT TETAMU ISTIMEWA
Minggu sebelum musafir pelbagai aktiviti telah berlangsung,antaranya menjadi tuan rumah kepada tetamu daripada Jakarta yang ingin melihat pantai di Port Dickson, Forum Perdana Isra Mi'raj di Masjid Kg Sungai Kandis Klang dan perkahwinan Muhammad Zaki Kamardin anak saudara saya. (anak saudara saya yang seorang ini masa kecil bercita-cita menjadi Perdana Menteri, saya doakan beliau menjadi Perdana Menteri dengan persiapan dan ketokohan lslam yang mantap!! ) Suasana dalam semua aktiviti amat menarik kerana tujuan silaturrahim terpancar mewarnai tindak tanduk kami.BERSAMA SEPUPU CIK GU MD NOOR BIN HAJI RASIP

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN

BERSAMA PENGANTIN BARU DAN TAMU DARI JAKARTA

Kami bersama tamu dari Jakarta seperti sebuah keluarga kerana tetamu kami umpama anak saya sendiri. Beliau amat seronok dapat lagi membawa anak-anak bercuti di Malaysia.

Dalam majlis Forum Perdana saya tersentuh kerana teralu lama saya tidak bersama ahli pertubuhan Jamiyah. Gandingan ahli penal pula dengan ustazah Sabariah yang lama saya kehilangan daripada JAIS, rupanya beliau di naikkan pangkat dan kini bertugas di JAKIM. Uniknya hati umat lslam ialah menjalin kasih sayang atas dasar akidah tauhid dan ingin mencari redho Allah sahaja.FORUM PERDANA ISRA MI'RAJ

Allah juga yang mengizinkan dan menolong hamba-hambanya terutama tuan rumah yang mengadakan majlis perkahwinan. Malam sebelum majlis tersebut Kohatsa menganjurkan tazkirah yang disampaikan tetamu dari jauh Garut,Bandung. Keberadaan ust Muhib (maksud muhib orang yang menyayangi) tidak di jangka kerana beliau terlalu sibuk membuat persiapan majlis perasmian sekolah pada 29 Jun namun bersusah payah hadir ke majlis yang di undang.USTAZ MUHIB (YANG MENYAYANGI)

Tazkirah yang ringkas tatapi berkesan kerana paksi interaksi kehidupan beliau hanyalah dengan AlQuran. Mesej beliau malam itu ialah cuba 'gerakkan' ayat AlQuran yang di baca melalui amalan yang akan membahagiakan kita didunia dan akhirat (Minnal Tilawah ilal Harakah). Antara contoh para sahabat Rasulullah saw menggerakkan kefahaman ayat Quran dalam kehidupan ialah Bilal yang menggunakan satu perkataan sahaja 'Ahad' sebagai keyakinan yang tinggi kepada pertolongan Allah akhirnya.

Majlis Perkahwinan Muhd Zaki keesokannya mempertemukan ramai saudara mara dan kenalan lama. Seorang teman yang perlu saya kisahkan disini ialah bekas rakan seperjuangan saya di sekolah rendah Sg Mati Muar Johor. Ketika beliau datang bertongkat celupar mulut saya berseluruh ' bertongkat dah kau ya...' Tidak terlintas saya ingin merendahkan beliau namun saya sendiri terasa betapa tajamnya kata-kata tersebut. Tepatlah Imam Ghazali menyatakan apakah yang paling tajam, jawapannya LIDAHTEMAN SEKOLAH RENDAH SUNGAI MATI MUAR

Balasannya tidak berapa lama setelah bertemu beliau urat kaki saya tiba-tiba tergeliat dan sukar berjalan. Ya Allah...aku memang celupar, terus saya beristighfar. Hampir petang juga setelah di urut seorang pakar yang di panggil khas baru saya boleh melangkah perlahan. Alhamdulillah sebelum teman saya beredar pulang saya sempat memohon maaf dan menyatakan saya terlepas cakap. Rupanya telah dua tahun teman saya itu di serang 'stroke'. beliau berjalan bertongkat kesan serangan Angin Ahmar (stroke).

Sejak kecil beliau hanya tau ketawa...saya selalu ingat teman yang seorang ini kerana kata-kata beliau juga yang mendamparkan saya seperti hari ini...sewaktu berulang alik kesekolah beliau sering menyebut 'engkau seorang je yang aku yakin akan masuk universiti' memang tepat..semua teman berulang alik kesekolah tidak ke universiti dan berkahwin seawal sebelum melangkah ke tingkatan 3 termasuk teman ini yang sekarang mempunyai 20 orang cucu! (lupa tanya cicit) Semoga Allah mengampunkan dosa kami dan mempertemukan kami lagi, harap-harap tidak lagi saya terlepas cakap.

Belum sempat melepas lelah sepanjang 26hb membantu merai tamu, awal pagi 27 Jun saya dan rombongan ke Bandung. Alhamdulillah musafir berjalan lancar dan sempurna dengan izin Allah. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Situwangi Boarding School satu realiti hari ini.

Tajuk yang saya pilih kali ini ingin merakamkan satu fenomena kehidupan insan bandaraya Jakarta yang di huni lebih 20 juta penduduk. Semua orang terpaksa berkerja kuat untuk mendapat sesuap nasi dan tidak hairan dimana sahaja akan berlaku pelbagai kegiatan yang di benarkan pemerintah terutama peniaga kecil menjual makanan.KEGIGIHAN PENJUAL JALANAN KERAK TELUR DI JAKARTA

Sewaktu rombongan dua bas kami tiba di perkarangan Jakarta Fair kami turun di satu kawasan yang berderet di sana penjual KERAK TELUR. Mulanya kami kurang berminat dan menganggapnya penjual makanan biasa, namun setelah diteliti masakan telur itu rupanya bersama 'nasi' dan rendang seperti kelapa. Cara memasaknya unik sekali kerana memakai api yang kuat dan nasi dimasak dalam kuali. Telur di pecahkan dan dikacau macam dadar, di terbalikkan atas api. Kemahiran yang unik telur tidak tumpah. Akhir sekali serunding kelapa di tabur atasnya dan makanan siap di hidang dengan harga Rupiah 5,000 (RM1.80).

Ramai ahli rombongan yang baru menjejakkan kaki ke Jakarta amat kagum dengan pasrahnya rakyat yang bekerja kuat, sabar menghadapi dugaan dan ujian hidup serta yakin Indonesia boleh menjadi negara terkuat jika rakyatnya di beri kesedaran ilmu dan beragama. Ketidakseimbangan ekonomi di Indonesia menyebabkan golongan atasan paling kaya agak besar, golongan pertengahan (middle class) kecil dan golongan paling bawah miskin amat besar. Rangka segitiga struktur ekonomi yang tidak seimbang ini menyebabkan ada yang hidup bermewah berganding dengan ada yang merempat di bawah kolong dan anak-anak jalanan berjualan segala barang untuk mencari sesuap nasi. Yang cantiknya motivasi ustaz yang bersama kami menyatakan lndonesia merupakan medan infaq orang Malaysia...sama seperti Palestin..

Kerak telur merupakan satu makanan unik di Jakarta tetapi ia tetap berkhasiat. Ibrah kisah kerak telur ialah kreativiti, keperihatinan bahawa tidak ramai orang dapat makanan berkhasiat dalam satu hidangan seperti di hotel-hotel mewah..tapi sebiji telur mantap untuk mengisi perut orang bekerja kuat di Jakarta.

Setinggi kesyukuran saya kepada Allah SWT yang mengizinkan saya bersama team SMPIT Garut dan melihat perkembangannya dari tanah rata kepada terbangunnya sebuah sekolah untuk anak-anak miskin pintar di daerah pendalaman Garut. Prestasi anak-anak menyejukkan hati kami dengan kepetahan berceramah empat bahasa dan taranum AlQuran yang masyaAllah...menitiskan air mata. Ramai kalangan kami yang mendoakan anak-anak ini satu masa nanti akan mengumandangkan suara mereka menjadi imam Masjidilharam,Masjid Nabawi dan Masjid AlAqsa...ya Allah jadikan ini amal soleh kami umat lslam yang tercicir hari ini..

Sebelum mengundur diri daripada majlis perasmian saya sempat bertanya teman saya apa kekuatan SMPIT? spontan beliau menjawab sumber kewangan yang terus mengalir dan keilkhlasan semua pihak ingin melihat kemuliaan lslam tertegak...dan ANAK-ANAK yang begitu suci tidak tercemar dengan budaya ganas di persekitaran tempat lain...memang cuaca di pagi hari pelancaran yang nyaman dan angin bertiup sepoi membuatkan saya rasa bukan berada di bumi...tapi di syurga Firdaus..ya Allah indahnya Garut dalam kamar hatiku...INDAHNYA GARUT DI KAMAR HATIKU

WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment