Salam
Isnin 11- Ahad 17 Julai 2011/ 10-16 Syaaban 1432H
Isnin musafir Tangkak Shah Alam dan petangnya pengajian talaqi AlQuran mengisi hari awal minggu.
SOFT LAUNCHING RESTORAN D'ARAB CAFE DI PERKARANGAN MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR
Selasa-Khamis saya meninjau peluang membantu gerai D'Arab Cafe yang mula beroperasi di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Satu tempat strategik kerana masjid 'Biru' ini adalah tempat tumpuan pelancung dan hari Jumaat adalah hari perniagaan rancak.
Namun setelah menimbangkan sumber manusia dan modal perniagaan team Galeri Mawaddah melepaskan peluang tersebut, dikuatiri HANGAT-HANGAT...tak kesampaian. Menu 'chicken pie' dan 'garlic bread' yang kami ingin perkenalkan di dapati bukan menu yang sesuai dengan selera orang Melayu.MENU MAKANAN KESIHATAN: CHICKEN PIE DAN GARLIC BREAD
Jumaat, kelas ganti Fiqh Semasa bermula 8.00 pagi. Saya dan suami yang di uji dengan sedikit musibah sakit mata (suami) dan saya sakit kaki (urat bengkak) bersyukur dapat ikut serta sebelum kami ke hospital pakar KPJ seksyen 20 Shah Alam. Kami di nasihatkan banyak berehat.
Sepanjang Sabtu kami menghabiskan masa berehat dirumah. Jemputan ke beberapa majlis perkahwinan anak teman-teman sekitar Selangor terpaksa di batalkan. Kami hanya membuat persiapan akan menyertai khenduri aqiqah cucu saudara suami saya Umar AlKhattab jam 8.00 malam di Kajang, kebetulan umat lslam menyambut nisfu Syaaban malam ini.SEKITAR MAJLIS AQIQAH CUCU SAUDARA UMAR ALKHATTAB
Berita kematian anak saudara teman saya akibat denggi berdarah turut memuramkan suasana hati kami hari ini. Semoga ruh remaja lelaki Abdul Azim Bin Azlan berumur 22 tahun ini Allah cucuri rahmat. Menurut teman saya anak saudaranya ini sering menghantar hadis melalui FaceBook, semoga ia menjadi amal soleh beliau.
Berita kematian anak seorang sahabat di Ampang juga kami terima pagi Selasa. Terkini jam 10.18 malam Ahad 17 Julai 2011 kepulangan ke rahmatullah seorang wirawati PAS Dr Lo'Lo Ghazali kerana kanser paru-paru. Semoga keluarga yang di uji musibah kematian ini redho dengan ketentuan Allah. Dua remaja dan seorang pejuang Muslimah Allah pilih pergi mendahului orang yang lebih berumur menandakan umat lslam akan kehausan pelapis beriman bertaqwa di akhir zaman. WaAllau'alam
Masa berehat memungkinkan saya merenung banyak perkara menjelang suasana bulan Ramadhan yang mula HANGAT kini. Memang kedatangan tetamu bernama RAMADHAN di tunggu oleh setiap hati yang beriman kerana bersama tetamu yang mulia ini (Dhuyuful karim) banyak rahmat dan ganjaran yang di sediakan Allah Maha Penyayang.
Saya mengimbau Ramadhan dalam tahun-tahun sebelum ini mulai tahun 2006. Sebaik suami saya bersara daripada perhidmatan kerajaan beliau perlu menghabiskan beberapa kemudahan yang di sediakan, antaranya empat tiket penerbangan untuk suami isteri percuma keluar negara.
Alhamdulillah lima tahun berturut-turut kami berpeluang mengerjakan ibadah Haji dan Umrah bersama orang-orang pilihan Allah, antaranya dalam tahun 2006 kami menunaikan Umrah bersama anak perempuan kami Shasha (Umrah nazar-tahun itu juga ibu saya meninggal dunia sewaktu kami berUmrah), 2007 menunaikan Haji bersama teman dan dua anak-anaknya (tidak menggunakan kemudahan tiket percuma), 2008 menunaikan umrah bersama bekas pembantu rumah saya yang hidup tunggal di Kuching Sarawak (beliau tidak berkahwin dan tiada waris) termasuk menziarahi sepupu saya yang menjadi tenaga pengajar di Universiti Madinah tahun tersebut, 2009 menyertai team Kohatsa berUmrah dikendalikan Syahid Travel, 2010 berUmrah bersama seorang ibu tunggal yang masih belum mendapat peluang menunaikan Haji serta teman yang menyertai kami bersama suaminya.
Tahun ini 2011 saya pasrah tidak memikirkan peluang menunaikan Umrah kerana tiada lagi tiket percuma walaupun keHANGATAN ingin berada diMekah sepanjang bulan Ramadhan tidak pernah lekang dalam doa saya setiap saat dan dalam waktu Dhuha. Allah juga yang Maha Besar yang mentakdirkan yang terbaik kerana selepas majlis perasmian SBS di Garut adik saya berbisik 'l am sending three of you to Umrah, you,Uda Safar and Mustapha'.
Terasa ingin terbang saya mendengar berita HANGAT dan sejak itu getaran hati saya bertambah kuat menunggu saat ketibaan Ramadhan AlKareem.
Besar infaq adik saya kali ini kerana yang ingin di hantarnya berUmrah adalah orang yang hati mereka HANGAT dek suasana berUmrah di Mekah. Saya mempelawa kakak saya namun suaminya belum bersedia dan anak mereka juga akan menunaikan fardu Haji tahun ini.
Ahad 17 Julai 2011 jam 9.00 pagi, pertama kali saya menyertai kursus Umrah bersama Syarikat Harmoni Excellence yang akan megendalikan pakej Umrah saya dan suami 29 Julai -2 September tahun ini. Kali ini team saya dan suami ialah bersama adiknya Muhammad Salehan dan keluarga termasuk 'Opah'. Saya dan Opah pernah berjanji akan berUmrah bersama satu masa dahulu sewaktu kami sama-sama menjalankan program Mawaddah kepada ibu-ibu tunggal ke seluruh negara. Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun Allah perkenankan hajat kami. Rahmat bertemu Opah kerana beliau meyarankan saya menggunakan koyok berubat untuk di tampalkan ke tempat yang sakit urat supaya toksik dapat di sedut keluar. Alhamdulillah sepanjang kursus saya dapat bertahan.
Hj Mustapha memilih pergi bersama syarikat Zahafiz Travel atas beberapa sebab yang lebih memudahkan beliau, isteri dan anak perempuannya. InsyaAllah kami akan bertemu di Mekah nanti.
Ada pandangan yang menyatakan saya dan suami rakus mementingkan diri sendiri setiap tahun ke Mekah meninggalkan keluarga dan keutamaan lain. Namun saya melihatnya sebagai rezeki kami di pilih sebagai 'duta' ahli keluarga. Ia juga merupakan manifestasi doa setiap kali kami memohon agar berpeluang menunaikan Umrah Ramadhan sebelum berakhir umur kami.
Ada juga yang melihat Umrah Ramadhan sebagai status simbol kemampuan seseorang dan pada saya ini langsung bukan nawaitu kami menunaikan ibadah Umrah. Semoga nawaitu yang tidak tepat ini pada mana-mana individu terus di hapuskan demi tidak membatalkan amal.
Kepada yang ikhlas berinfaq untuk kami semoga Allah mengalirkan ganjaran kebaikan yang tak putus-putusnya, ameen.
Jika ada pun sedikit wasiat saya kepada semua yang saya tinggalkan di Malaysia sepanjang berUmrah 38 hari hanyalah seruan selalu 'bersangka baik' dalam semua tindakan yang kami cuba lakukan. Saya juga telah memaafkan semua salah silap adik beradik saya, saudara mara, kenalan dan teman dimana sahaja mereka berada. Harapan saya mereka juga serupa dapat memaafkan kekurangan saya yang banyak dan mendoakan ibadah Umrah saya dan suami di rehdai Allah.
KEHANGATAN Ramadhan dan kesegaran ibadah Umrah dalam kesihatan yang sempurna di sentuh dalam kursus. Dengan penuh syahdu saya berdoa agar saya cepat sihat. Suami saya menyarankan mungkin saya perlu sediakan wang 'dorong' menggunakan orang yang akan mengambil dan menghantar saya ke Masjidilharam menggunakan kerusi roda untuk bertawaf dan saie Umrah. Dalam hati saya yang ingin berjihad ini menyangkal tidak mahu menggunakan kemudahan tersebut. Allah sahaja yang akan menentukan segalanya selepas ini, semoga di permudahkan segala urusan.
Saya memilih tajuk kali ini sebagai peringatan kepada hati yang sering lupa dan lalai bahawa sifat HANGAT perlu ada dalam mempamerkan kedekatan hati dengan Allah Maha Pencipta. Seorang yang beriman dekat dengan Allah, seorang yang pemurah juga dekat dengan Allah (Maksud Quran dan Hadis). Segala tindakan mengHANGATkan perhubungan dengan Allah, RasulNya dan orang-orang beriman haruslah bermula daripada sumber AlQuran yang mewajibkan sikap tersebut. Sering kita lupa apa sumber yang kita guna sewaktu kita bertindak, adakah selalunya perintah Allah, kadang-kadang ikut nafsu atau kerana orang?? Jika sumber telah jelas dan soheh barulah kita cari pendokong dan kaedah yang halal bagi menHANGATkan tindakan kita.
Mengapa ramai orang terpanggil untuk menyertai pelbagai acara sekalipun perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit? Perlawanan bola sepak contohnya menggamit ramai hati anak-anak muda menyokong pasukan yang di minatinya. Jika semangat dan keHANGATAN yang sama dapat di kobarkan dalam semua ibadah alangkah indahnya?
Sering keHANGATAN ibadah Umrah akan hilang sebaik pulang ke tempat asal dan tidak terus di perHANGATKAN dengan penerusan amal yang dilakukan sewaktu di Mekah Madinah. Bila bernostalgia mengingatkan KEHANGATAN bacaan Alquran baru kita teringat kemudian lalai semula. Kena cari sumber yang MENGHANGATKAN setiap detik hidup ini untuk meraih keredhaan Allah dan mengelak murkaNya. Bagaimana semangat IMAN DAN TAQWA boleh terus menerus menjadi pencetus setiap tindakan kita?
Dalam musafir saya ke JB dan singgah di Tanjung Piai melihat hujung Benua Asia baru-baru ini, saya terkejut melihat Restoran terapong yang pernah saya lawati lebih dua tahun dahulu telah di tutup dan di sekitar kawasan tersebut tidak ada lagi jualan ikan segar sedangkan makanan laut sering di cari pelancung. Saya juga mendapati struktur di kawasan tersebut mengalami kerosakan dan tidak kelihatan usaha menarik pelancung ke tempat bersejarah hujung Benua...saya yakin di negara lain lokasi seperti ini pasti menjadi tarikan pelancung yang ramai.TANJUNG PIAI YANG TERABAI KERANA DASAR HANGAT-HANGAT...DI AWALNYA
Jawapan kakak saya yang menyatakan sewaktu projek 'penghujung benua' mula di lancarkan terlalu banyak publisiti dan di war-warkan namun katanya lagi...itulah HANGAT-HANGAT...tak kesampaian hajat dan tiada siapa yang ingin meneruskan agenda mempromosikan tempat tersebut sekarang.
Begitulah sikap HANGAT yang HANGAT-HANGAT yang sering berlaku dalam banyak urusan yang kita temui dalam masyarakat. Mungkin saya juga salah seorang yang memiliki sikap tersebut dek kudrat yang tak ada penerusan dalam pelbagai idea yang pernah dilontarkan. Mungkin inilah salah satu sebab kegagalan kita menguasai pelbagai bidang strategik dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Kekurangan tenaga penerus menyebabkan ujudnya label 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM' semua tak menjadi. Apakah ciri yang boleh dijadikan sandaran ke arah kesempurnaan, kejayaan dan tindakan di redhai Allah?
Jawapannya ialah 10 ciri manusia yang menjadi hamba Allah yang Penyayang dan perilaku ideal seorang Muslim seperti di sebut dalam AlQuran, Surah Al Furqan ayat 63-74, iaitu 1. Berjalan dengan rendah hati (kesederhanaan dan tidak mementingkan diri sendiri) 2. Melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan 3. Berdoa di jauhkan azab jahanam 4. Membelanjakan harta dengan kesederhanaan 5. Tidak syirik dan tidak membunuh jiwa 6. Tidak berzina 7. Tidak memberi saksi palsu 8. Menjaga kehormatan diri 9. Hadir hati menghayati ayat Quran dan 10. Berdoa zuriat menjadi imam orang bertaqwa.
Adakah semua usaha HANGAT kita bermula dari sumber menjadikan ayat-ayat AlQuran tersebut sebagai paksi dan dasar perlembagaan hidup atau kita sekadar HANGAT-HANGAT menjadikannya sebagai penyokong hajat bila kita ingin berjaya. Dalam masa yang sama kita terus menggunakan dorongan selain Allah dan selesa berada dalam persekitaran yang tidak syarak. Mari kita cuba HANGATkan isu ini, bukan sekadar HANGAT HANGAT..WaAllahu'alam
Semoga sihat-sihat dan dapat beramal seperti yang dicita-citakan. Semoga dikurnia Allah Umrah mabrur. Doa-doakanlah semoga Allah mengampuni kami di sini dan Allah kurnia bagi kami kesejahteraan dan mendapat rahmatNya yang tidak terhingga. Salam.
ReplyDelete