NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, June 6, 2011

BALIK KAMPONG



BALIK KAMPONG PELUANG BERSAMA ANAK CUCU

Salam

Isnin 6 Jun 2011 hari ketiga saya berada di kampong Solok Tangkak. Alhamdulillah. Suatu yang tidak di rancang awalnya menjadi kenyataan dan pengalaman manis dapat menjalin silaturrahim bersama tiga adik beradik saya yang berada di kampong. Walaupun kami sering bertemu dalam kuliah mingguan di Shah Alam tetapi untuk bersama di tempat kami membesar jarang berlaku terutama setelah kedua ibu bapa kami tiada.


KENANGAN BERSAMA CUCU

Bermula hari Jumaat 3 Jun saya dan suami membuat keputusan untuk bermusafir ke Melaka dengan dua orang cucu. Kebetulan hari Ahad ada majlis pertunangan anak saudara suami saya di Alor Gajah.




KEK KENANGAN MAJLIS PERTUNANGAN




Beberapa urusan perlu di selsaikan di Kajang dan Bangi menyebabkan kami terkandas dalam kesesakan jalanraya lewat petang Jumaat dengan bermulanya cuti hujung minggu. Kesesakan yang begitu teruk menyebabkan kami berhenti rehat. Kebetulan waktu Maghrib kami berhenti di R&R yang di penuhi pengunjung mungkin atas sebab yang sama iaitu mengelak kesesakan jalanraya.

Fenomena bermusafir setiap cuti sekolah kini menjadi amalan rakyat Malaysia, mungkin di sebabkan kemampuan ekonomi yang meningkat, ikatan kekeluargaan yang bertambah baik, menggembirakan anak-anak waktu cuti sekolah, peluang balik kampong atau yang negatifnya mugkin ia satu petanda 'escapism' (pelarian daripada kebosanan).

Seorang penulis Muhammad Asad pernah merujuk petanda ini dalam masyarakat di barat yang menurutnya disebabkan tekanan kerja yang keterlaluan masing-masing menunggu hari minggu untuk melepaskan perasaan dengan aktiviti bebas dan berseronok. Komen beliau pelarian ini hanya akan menambah kusut tekanan hidup dan masalah kian bertambah kalut jika masyarakat tidak kembali kepada pegangan nilai kerohanian yang kukuh.

Apa pun saya berdoa rakyat Malaysia tidak menjadikan hari cuti sebagai 'pelarian' dari masalah, sebaliknya hari cuti harus menambah ikatan silaturrahim ahli keluarga terutama yang masih mempunyai ibu bapa di kampong.

KESESAKAN JALAN RAYA HUJUNG MINGGU WAKTU CUTI SEKOLAH DI MALAYSIA

Terlalu banyak kenangan ketika berada di kampong. Makanan yang menjadi kegemaran kami akan muncul di fikiran untuk menikmatinya. Seingat saya sewaktu anak-anak masih kecil dan ibu bapa kami masih ada anak-anak akan menunggu-nunggu saat balik kampong kerana kami akan mengadakan banyak acara bersama.

Satu kenangan manis ialah lumba lari di kalangan anak-anak. Laluan perlumbaan bermula dari rumah ibu bapa kami melalui jalanraya, ke rumah jiran dan balik ke tempat perlumbaan mula. Ketika itu umur anak-anak yang sebaya ramai sekali dan hadiah akan di sediakan kepada pemenang. Semoga ada anak-anak Kohatsa yang menyimpan kenangan bersejarah ini selain mereka juga sering mengadakan pertandingan bolasepak di padang awam bandar Tangkak.

Kenangan membeli nasi lemak secara 'borong' daripada gerai depan rumah juga satu yang indah kerana makan beramai-ramai merupakan nikmat berkeluarga yang tidak dapat di bayangkan. Arwah bapa kami gemar sekali menjamu anak cucunya. Semoga keikhlasan beliau menjadi amal soleh yang berkekalan.SARAPAN DI GERAI DEPAN RUMAH DI KAMPONG

Sewaktu saya bertanya adik saya tentang gerai nasi lemak, beliau menyatakan pak cik yang menjualnya telah lama meninggal dunia. Kini anaknya mengambilalih namun tidak sama dengan apa yang di lakukan arwah bapanya. Saya pun hairan mengapa satu ketika dahulu kedai nasi lemak ini di penuhi pelanggan kini sepi sahaja. "Tak sedap lagi ke?' saya bertanya. Adik saya mengiakan kerana katanya ibu yang memasak nasi lemak 'merajuk' anaknya tidak membayar upah dan si anak juga seolah 'derhaka' kepada ibunya yang kini terlantar sakit dan agak terbiar.

Sayu juga mendengar kisah masyarakat yang semakin jauh daripada nilai yang di tuntut agama. Kakak saya menceritakan seorang jirannya yang berumur lanjut baru sahaja meninggal dunia kerana 'terbiar' dan di masukkan ke rumah sakit dengan ihsan jiran yang perihatin.

Demikianlah kisah anak-anak yang mengejar dunia tanpa memikirkan kesan tindakan mereka kepada orang yang pernah berjasa. Bukan kekayaan yang mereka dapat malah mengundang kesempitan hidup yang bertambah-tambah pula, nauzubillah. Semoga anak-anak cucu keluarga Kohatsa ambil iktibar tidak mencontohi akhlak yang di murkai Allah kerana kurang mensyukuri nikmat berkeluarga dan beribu bapa.

Membuat keputusan mendadak untuk musafir amat menyukarkan kerana kami menjangkakan dapat 'walk ini' dimana-mana hotel untuk menginap. Kami lupa bahawa tempat yang kami tuju merupakan tempat sasaran pelancung. Carian di internet menyebutkan SEMUA hotel di bandar Melaka FULLY BOOKED. Mau tak mau kami terpaksa mencari Homestay atau penginapan di pesisiran kampong di tepi pantai di panggil Pengkalan Balak, itu pun hanya untuk satu malam sahaja. Lewat malam barulah kami menikmati makanan ikan bakar yang agak sedap juga di kawasan tersebut. Di saat itu barulah kami terfikir lebih baik BALIK KAMPONG yang tidak berapa jauh daripada negeri Melaka.

IKAN JENAHAK BAKAR DI PENGKALAN BALAK YANG ADA CLASS (RASANYA)

Sehari di Pengkalan Balak kami merumuskan tempat ini sebagai 'pantai rakyat' kerana persekitaran dan kebersihannya tidak begitu di jaga. Berbanding dengan pantai yang 'exclusive' pihak hotel atau swasta yang memiliki kawasan pantai akan memastikan persekitaran bersih serta pelbagai kemudahan disediakan untuk pelanggan mereka. Berada dalam negeri Melaka Maju 2010 kami hairan juga mengapa pantai ini terlepas pandangan daripada liputan 'tamaddun' Negeri Maju.MANDI MANDA DI PENGKALAN BALAK PANTAI RAKYAT

Menyentuh tentang BALIK KAMPONG saya memang merindui bertemu adik beradik di tempat kami sama-sama membesar. Walaupun saya bersekolah di asrama penuh, setiap kali cuti sekolah merupakan masa bersama yang menggembirakan. Namun di umur senja ini hanya kenangan yang dapat membahagiakan. Perkembangan anak cucu ada juga yang memerlukan perhatian. Dalam pertemuan bertanya khabar banyak perkembangan terlepas pandangan, antaranya ada anak-anak saudara yang masih menganggur, ada anak-anak kecil yang perlu di santuni kerana ibu bapa kurang mampu atas beberapa kesilapan. Kaedah syarak menyatakan ia menjadi tanggongjawab ahli keluarga terdekat menyantuninya.

Dalam pertemuan singkat sewaktu makan malam saya selaku saudara tua hanya dapat menyarankan agar semua adik beradik kembali membersihkan akidah melalui beristighfar sebanyaknya, berdoa bersungguh-sungguh sekalipun atas perkara yang kecil apatah lagi mendoakan anak-anak membesar dengan akhlak yang baik. AlQuran selaku peraturan kepada insan mulia dan untuk makhluk berTuhan perlu menjadi panduan dan di baca dengan penuh tertib dan taddabur. Solat di utamakan dan kaum lelaki selaku ketua keluarga perlu membawa cahaya solat berjemaah untuk seisi keluarga. Ini semua contoh Rasulullah saw yang di sebut sunnah yang 'menyebar rahmat ke seluruh alam'. Adik-adik saya mendengar sahaja, harapan saya asas ini di kembalikan untuk mengelak kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Mungkin saya akan simpan kenangan makan malam singkat ini kerana gerai yang kami kunjungi kehabisan makanan dan air minuman pun kami terpaksa membelinya daripada kedai 7-11 yang berdekatan. Rupanya pada musim cuti kampong saya juga menjadi sasaran pelancung dan semua kedai 'kehabisan' makanan. Demikianlah musim cuti-cuti di Malaysia, ini belum lagi cuti hari raya??

Ahad 5 Jun tiba hari istimewa Ahmad Adam anak saudara suami saya bertunang, kami bertemu di Masjid Jame' Alor Gajah. Satu pengalaman meredah kesesakan yang tidak ada penghujung di lebuhraya sejak hari Jumaat. Alhamdulillah kami berpeluang melalui lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) yang memendekkan perjalanan ke Alor Gajah.

AHMAD ADAM BERSAMA IBUNYA

CINCIN PERTUNANGANROMBONGAN HANTARAN MAJLIS PERTUNANGAN

Majlis berlangsung dengan sempurna dan memenuhi hajat semua pihak. Semoga dua anak muda yang bertunang ini dapat menjaga batas pergaulan menanti hari pernikahan yang di rancang dalam bulan November 2011 insyaAllah.

Majlis juga mempertemukan dan manjalin silaturrahim dengan sebahagian adik beradik suami saya, alhamdulillah.

Terlalu banyak agenda yang perlu di fikirkan sewaktu BALIK KAMPONG. Kurang mantapnya ilmu agama di kampong menyaksikan ramai orang dewasa masih belum mampu membaca AlQuran. Tahniah kepada kakak saya yang kini menyantuni lebih 60 orang dewasa belajar membaca AlQuran di rumahnya. Kagum saya dengan kakak saya yang tidak kenal penat 'berjihad' mendidik pelbagai golongan masyarakat, antaranya dalam program bersama pihak rumahsakit daerah beliau mendidik pasangan suami isteri muda bagaimana mendidik anak. Pada saya ini merupakan satu pendekatan yang amat baik. Semoga amalan soleh ini Allah ganjari sebaiknya.

Untuk menggalakkan adik beradik BALIK KAMPONG kami sepakat untuk mengadakan acara bulanan 'Qiamulail' di rumah mana-aman adik beradik yang tinggal di kampong. Kuliah oleh penceramah yang jarang datang ke kampong perlu di galakkan. Aktiviti menyantuni ahli keluarga yang kesempitan, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal mungkin boleh di fikirkan sebagai amal kebajikan dan peluang berinfaq kepada yang mampu. Soalan terbesar...SIAPA yang akan mengoperasikannya??? sama-samalah kita fikirkan bersama.WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment