NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 12, 2011

MUSIM PENEN (MENUAI)

PENEN HASIL KENTANG DI SBS


Salam

Selasa 7 Jun persiapan musafir ke Bandung-Garut esoknya 8-11 Jun perlu di bereskan kerana kami membawa sedikit sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah Situwang Boarding School (SBS).


Saya hampir lupa kali ke berapa sudah menjejakkan kaki ke Bandung-Garut tetapi saya menerima sms adik menyatakan saya ini kaya orangnya dapat melakukan kerja amal tanpa halangan sibuk, almaklum seorang pesara.KE BANDUNG LAGI BU? DI PEKARANGAN AIRPORT BANDUNG


Tujuan ke projek Garut adalah untuk memperkemas Perancangan 6 tahunan sekolah yang di wujudkan untuk mendapatkan hasil pelajar yang 'outstanding' dalam pelbagai sudut dengan asas keberkatan hafazan Alquran. Ternyata hasrat ini perlu di sesuaikan dengan kemampuan pelajar serta fungsi yang akan pelajar manfaatkan sebaik melangkah ke alam pekerjaan,kepimpinan dan kedewasaan nanti,BERSAMA MUDIR SBS


Perbincangan demi perbincangan di adakan untuk mencapai kata sepakat terutama mengambilkira keperluan kewangan untuk menambahbaik persiapan fizikal dan pengisian minda serta jiwa pelajar. Ada ura-ura agar sekolah berdikari untuk tidak membebankan terus menerus pihak penaja sekolah. Contoh banyak institusi pendidikan boleh berdikari melalui pelbagai inisiatif dalam bidang pertanian dan keusahawanan. Kami serahkan soal dasar kepada pihak yang berhak menentukan halacara sekolah kerana di samping berdikari sekolah juga perlu memikirkan bentuk apakah hasil yang akan di keluarkan oleh sekolah lima tahun dari sekarang.HASIL KENTANG YANG AGAK LUMAYAN DI SBS

Tepat masa kami tiba di pagi hari kedua ke SBS kerana proses penen (menuai) tanaman kentang sedang di lakukan mudir dan kakitangan sekolah. Satu citarasa yang berbeza kami rasakan ialah hasilnya amat empuk setelah 3 bulan 10 hari benih di tanam. Begitulah 'ajaib'nya berbuat baik kepada bumi ciptaan Allah terutama dikawasan tanah bukit yang subur, alhamdulillah. Setakat memandang sahaja para petugas mengorek hasil sudah mengkagumkan, apatah lagi melakukannya sediri. Allah izin kaki saya masih belum pulih dan sukar melakukan tugas mengeluarkan hasil kentang daripada akarnya, namun ia memang satu pengalaman manis yang perlu di lalui pelajar. Rupanya memang ada satu sesi pelajar akan berbakti kepada bumi dan menuai hasilnya bila tiba masanya. Pada saya ini merupakan pendedahan menarik kepada bakal keluaran sekolah di Garut ini, alhamdulillah.

Iktibar berbakti kepada bumi boleh di terjemahkan kepada berbakti melahirkan sumber manusia yang cemerlang iaitu pelajar dan remaja di mana sahaja. Sekiranya hasil yang kita inginkan baik ia mesti bermula daripada benih yang baik. Pelajar SBS di pilih daripada mereka yang cerdik di sekolah rendah, ini memudahkan pelajar menerima bimbingan malah ada yang melewati sasaran menghafal alQuran.

Sekadar memantapkan kemahiran menghafal merupakan peringkat awal. hasil yang kami impikan ialah tampilnya pelajar yang di 'tolong' Allah dalam pelbagai bidang Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Alhamdulillah budaya SBS beramal dengan apa yang mereka hafalkan juga mengkagumkan. Setiap hari Isnin dan Khamis semua pelajar di galakkan berpuasa dan ia banyak membantu tahap pencapaian pelajar.

Melahirkan watak pelajar yang berani bersuara, suka bertanya dan kreatif dalam bertindak memerlukan pendedahan kepada pelbagai pengalaman yang sukar di perolehi di persekitaran sekolah sahaja. Pendedahan kepada perkembangan dunia, isu semasa dan strategi untuk sukses perlu di tampilkan kepada pelajar. Lantas kami maneyarankan agar modul aktiviti luar dan kokorikulum di perkaya malah di perbanyakkan. Doa kami agar program ini mendapat biaya yang cukup. Dalam minda saya ingin melihat tampilnya pelajar SBS yang mampu berhujjah mematahkan serangan musuh lslam, faseh berbahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa linguafranca serta menjadi pemimpin yang dicontohi kerana akhlak mulia. ini merupakan satu hasil yang tidak mudah sekiranya pihak guru kurang terampil untuk di contohi pelajar.

Sebagai usaha ingin mengutip hasil SBS yang lumayan kami sepakat ingin mengutarakan sesi kegiatan luaran di bekalkan biaya yang cukup dan pelajar di galak berdikari mencari sumber rujukan yang terkini melalui internet melalui penggunaan komputer. Harapan kami ada pihak yang dapat tampil menyumbangkan komputer ke SBS dalam tempoh terdekat.

Bercerita tentang mengutip hasil satu peristiwa berlaku sekembalinya kami daripada SBS. Kunci bilik penginapan kami di dapati hilang. Puas usaha di cari dalam kereta, meminta mudir mencarinya di SBS dan di sekitar tempat laluan kut-kut tercicir. Pihak Resort juga gagal mencari kunci spare kerana katanya hilang oleh seorang penyewa yang terbawa pulang. Hasilnya saya dan suami sehelai sepinggang masuk ke bilik lain kerana semua barang-berang kami masih dalam bilik yang terkunci.SEHELAI SEPINGGANG DI DUNIA MASIH ADA RUANG MUHASSABAH

Saya muhasabbah diri dan mengambil iktibar mengapa kejadian tersebut berlaku, antaranya saya mungkin berlaku angkuh tidak mahu menggunakan kemudahan telekung yang disediakn pihak resort dengan kata-kata 'saya ada telekung sediri yang lebih baik'. Apa yang saya maksudkan ialah telekung yang tidak di guna oleh orang lain. Akhirnya bila terdampar sehelai sepinggang saya terpaksa juga menggunakan telekung yang disediakan...inilah yang di katakan menuai hasil 'terlepas cakap' sedangkan saya boleh berdiam diri atau menjawab 'insyaAllah'. Jika inilah sebabnya saya beristighfar banyak-banyak, semoga Allah mengampunkan kelalaian saya.

Sepanjang malam sehelai sepinggang saya turut memotivasi diri bahawa semua kejadian ada hikmahnya. Dalam setiap kesukaran ada kemudahan. Memang tepat sekali kerana keesokannya kami terjumpa semula kunci bilik yang tersorok di sebelah tempat duduk. Alhamdulillah.

Apa yang kita lalui hari ini adalah 'hasil' usaha, nawaitu serta mimpi kita atau ibu bapa kita satu ketika dahulu. Kata seorang teman saya 'if you don't have a dream, how can you make a dream come true?' Saya harap sangat semua yang terlibat dalam SBS memiliki impian yang tinggi setinggi harapan semua umat lslam yang tertindas di muka bumi ini untuk mendapat keadilan dan keberkatan. Tanamannya ialah keyakinan yang tinggi bahawa Allah melihat dan mengetahui segala isi hati, takutkan azabNya jika kita meyeleweng serta berlaku ikhlas untuk mencari redhoNya semata.

Melihat air muka pelajar SBS yang bersinar saya berdoa masa depan anak-anak ini di takdirkan yang terbaik, samada mereka menjurus ke bidang pengajian agama maupun bidang sains dan teknologi. Semoga hasil penen SBS satu hari nanti dapat membanggakan umat lslam di rantau ini insyaAllah. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment