NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, June 2, 2011

FA SOBRUN JAMIL (SABAR YANG CANTIK)

Salam

Isnin 30 Mei- Jumaat 3 Jun 2011(1 Rejab 1432H)

Bermula minggu cuti sekolah dengan petanda kesesakan dilebuhraya kerana rakyat Malaysia kian berminat bermusafirkeluar kawasan termasuk menghadiri majlis perkahwinan di sana sini. Cucu-cucu yang perlu di santuni menggamit emosi kami untuk menjemput mereka dikampong (Tangkak).

Dua orang cucu perempuan remaja yang bersekolah di Batu Pahat telahpun mengisi bilik kosong di rumah dan mereka mendapat tugasan dua minggu cuti membaca AlQuran Surah Yusuf, kalau mampu hafal sebanyak mungkin ayat-ayat dalam surah akan di beri ganjaran. Kualiti akhlak juga akan di pantau terutama solat berjemaah waktu Subuh. Ini sahaja amal soleh keluarga kami semoga Allah meredhai.

Aktiviti Isnin seperti biasa kuliah Fiqh semasa diikuti perbincangan projek sekolah tahfiz Garut yang akan di susuli kertas cadangan business plan 5 tahun. Alhamdulillah team kami di sertai seorang pakar bekas pegawai tinggi Kementerian Pendidikan, semoga Allah memberkati sumbangan ikhlas teman saya ini.

Beliau ada menunjuk pada saya brocur Iqra' Foundation untuk 'Waqf for Dignity:Going Beyond dengan Board of Trustee antara tokoh-tokoh yang kami kenal. Biasalah presentation yang cukup menarik....namun maaf kami tak nampak jihad untuk apa? Saya masih merindui Turki yang terkini jihad mengadakan sekolah-sekolah untuk anak-anak muda mula mengenal lslam, diasaskan kepimpinan di Turki sekarang termasuk seorang tokoh buangan Abdullah Gulen. Tiada nama Ulama dalam Board of Trustee Waqf For Dignity Malaysia...so maruah lslam yang macam mana nak di perjuangkan? WaAllau'alam.

Selasa awal pagi kami ke Bangi mengambil stok telekong tempahan kakak saya dan saya ternampak sebuah buku 'Abu Nawas'. Tergetar lagi nostalgia Turki dan terus saya beli buku tersebut. Teringat kisah yang di ceritakan pemandu pelancung Kerem Elvin bagaimana Abu Nawas (di panggil Huja Nasaruddin di Turki) datang kesebuah jamuan dengan pakaian biasa dan beliau tidak dilayan sewajarnya. Abu Nawas pulang menukar baju bulu dan setibanya dalam majlis orang kenamaan dimana beliau di tempatkan beliau menyuakan makanan kepada baju bulunya...orang semua hairan lantas beliau menjawab, 'baju inilah yang melayakkan saya datang kemajlis ini, jadi baju ini kena makan makanan yang di sajikan.' (mesej untuk semua mereka yang mengadakan majlis hanya untuk orang kaya dan ternama...betulkan nawaitu untuk infaq bukan membeza-bezakan darjat melalui petanda pakaian mahal, kereta atau pangkat besar)

Masa yang singkat di kampong hanya sempat solat jama' dan menjemput dua cucu lelaki yang memang sedang menunggu kami dengan cerianya. Kami ke kedai membeli pakaian dan saya sempat meninjau harga kain di Tangkak yang agak lebih murah daripada Shah Alam. Setelah menjamu selera dengan 'asam pedas' kami bergegas untuk sampai semula keKL sebelum jam 7.00 petang kerana anak saya yang kerja musafir akan sampai di jalan Ampang daripada Singapura sekitar waktu tersebut. Malah kami bersaing dengan bas Aeroline di Air Kroh.

CUCU DAN BAS AEROLINE
Rabu 31 Mei temujanji memasang water filter di rumah tidak kesampaian kerana diberitakan juruteknik yang di tugaskan mendapat musibah kematian ibunya. Innalillahi...begitulah pusingan kehidupan ini dan menjadi ibrah kepada saya yang di umur senja ini. Cuti-cuti di Shah Alam kami hanya sempat membawa cucu-cucu keKompleks PKNS membeli buku-buku dan ke Taman Tasik menjamu selera. Ramai pengunjung di Taman Tasik menaiki bot yang membawa mereka sekitar Tasik. Teringat 'cruise' di laut Bosphorus Turki, jauh beza...pemandangan yang cantik... tak tertanding bot kelas biasa Taman Tasik...kalau nak jadi Bandaraya kena 'do something' pada imej Taman Tasik ni...too Malayish!! sampah pun tak kurang banyaknya!

Seorang pegawai MBSA menalipon saya sambutan Hari KitarSemula Ahad akan datang dan mempelawa Mawaddah Kraf menyertai pameran. Ternyata kami tak mampu, Kamisah yang telahpun berumahtangga khabarnya sedang mengandung. Kiosk di Taman Tasik pun masih belum ada pewarisnya. Saya kini belajar tidak mau merunsingkan fikiran dengan isu remeh dunia...biarlah dulu. Kadang-kadang masa itu merawat...dan mungkin ada jalan penyelesaiannya di hujung nanti.

Khamis 1 Jun kelas harfiah AlQuran dihadiri empat peserta,namun lebih mudah berinteraksi dan pelajaran padat sekali, alhamdulillah. Isu syiah dan situasi negara umat lslam dapat kami bincang, kena buat rujukan pengaruh 'syiah' ini.

Sesi membincangkan Business Plan projek Garut di rumah saya dan alhamdulillah kami sepakat ingin menjadikannya asas setiap keperluan yang berlaku di sekolah di Garut. Doa saya agar usaha kami tidak sia-sia dan menjadi 'debu-debu' berterbangan, nauzubillah. Sebelah petangnya barulah water filter dapat di sempurnakan pemasangannya. Takziah juga kepada petugasyang kehilangan ibu tersayang.

Rupanya Jumaat 1 Rejab...masyaAllah terlalu dekat bulan Ramadhan 1432H. Sepanjang Jun ini beberapa program perlu dijalankan dengan sukses terutama pelancaran Sekolah di Garut pada 29 Jun dengan tetamu dari Malaysia tak kurang daripada 39 orang, alhamdulillah. Dua hari sebelum itu majlis perkahwinan anak saudara di seksyen 11. Khabarnya dua lagi anak saudara dalam proses pertunangan. 5 Jun juga pertunangan anak saudara suami saya, satu-satunya anak adik perempuannya dan kami akan meraikannya di Alur Gajah Melaka, insyaAllah.PERJALANAN HIDUP YANG PANJANG PERLUKAN SABAR YANG CANTIK

'Fa Sobrun Jamil' kalimah yang cantik yang sering di sebut dalam surah Yusuf...saya memakai tajuk ini sebagai peringatan kepada diri ini dalam apa pun urusan yang akan memberi kesan hanya 'sabar sebaik-baik sabar yang cantik' yang menjadi rawatan dan hiburan insyaAllah. WaAllahua'alam

No comments:

Post a Comment