'SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SELALU MEMBACA KITAB ALLAH (ALQURAN) DAN MELAKSANAKAN SOLAT DAN MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN REZEKI YANG KAMI ANUGERAHKAN KEPADANYA DENGAN DIAM-DIAM DAN TERANG-TERANGAN, MEREKA ITU MENGHARAPKAN PERDAGANGAN YANG TIDAK AKAN RUGI.' (ALFATIR 29)
NIKMAT ALLAH
Monday, April 4, 2011
COME TO TERMS/ BERSEMUKA DENGAN HAKIKAT
Gambar bersama ibu dan adik dua kakak arwah Nasir
Salam
3.00 pagi Ahad 3 April 2011 saya terima panggilan talipon daripada kakak saya di Tangkak. Berita anak sepupu saya Nasir yang saya muatkan dalam blog-blog sebelum ini telah meninggal dunia. Waktu kami sampai di Tangkak jenazah telahpun di bawa ke tanah perkuburan.
Konsep 'come to terms' muncul di fikiran saya. Maksud idiomatic ini ialah 'to accept', 'to resign oneself to something emotionally painful'. Kematian merupakan satu perkara yang perlu di redhai (to accept) dan semua orang akan melaluinya dengan susah payah (maksud alQuran).
Penyakit kanser menjadi phobia kepada semua orang. Bila berita Nasir dikatakan mengidap kanser beberapa tahun sebelum ini saya hanya mampu berdoa semoga beliau kuat melaluinya dan redho menjalani rawatan. Ternyata beliau kurang mampu melawan kesan kimoterpi kerana sebaik menjalani rawatan tersebut beliau koma.
Saya pernah terbaca seorang pesakit kanser menulis blog 'one breast bouncing'.Kesakitan yang pernah di luahkan dalam blognya memang terasa sekali. Kini pesakit tersebut telah menghembuskan nafas terakhir dalam keredhaan,semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka-mereka yang medahului kita bertemu Pencipta yang amat benar janji-janjiNya.
Seorang Ustazah menceritakan rawatan 'kunyit putih' untuk merawat kanser ibunya di Singapura. Alhamdulillah dengan izin Allah ubat tradisi itu serasi dan ibunya kini masih sihat. Kini sesiapa sahaja yang di dengarnya mengidap kanser terus di belikannya 'kunyit putih' yang banyak terjual di gerai hasil kampong di Chow Kit Road. Saya pun baru tahu tentang rawatan ini mutakhir ini, tak sempat nak berkongsi dengan anak sepupu saya.
Konsep 'Come to terms' banyak mempengaruhi saya sejak saya melalui rawatan kaki yang sakit dan mula menurun prestasinya. Satu masa dahulu saya di kenali dengan seorang 'yang berjalan cepat' dan pernah memenangi pertandingan 'walkaton' 5km anjuran pejabat saya. Hadiahnya sekeping karpet Persia, mahal tu. Terlalu lama dah menjadi sejarah namun kenangan memenangi hadiah itu masih segar.
Kini bila berhati-hati berjalan saya 'come to terms' kepada realiti bahawa saya sudah berumur, layak berjalan dan melakukan aktiviti dengan perlahan,tak perlu terkejar-kejar.
Banyak lagi urusan yang saya kena 'come to terms' atau mengakui hakikat kelamahan saya. Sejuta keampunan kepada Allah tentang kelalaian yang berlalu dan dalam langkah yang perlahan ini saya cuba muhassabah. Satu yang penting dilakukan ialah 'banyakkan amal,kurangkan bercakap'.
Terlalu banyak perkara yang mungkin menyinggung hati yang dah tua dan mula sensitif, atau sindiran yang terasa pedas, atau cita-cita yang belum tercapai....ingin sekali meluahkan kata-kata. Namun kesabaran bahawa masa itu satu rawatan mengajar saya 'tak perlu tergesa-gesa' membuat penilaian,keputusan atau hukuman. Itu semua bukan kerja kita insan yang lemah.
Dalam sebuah hadis dikisahkan seorang yang di katakan ahli syurga hanya mendapat mertabat tersebut hanya kerana suka memaafkan orang lain dan tidak berburuk sangka kepada sesiapa pun, apatah lagi hasad. Macam mudah sahaja untuk dilakukan tapi jika hati kurang bersih dengan zikrullah tidak semudah itu. Ada sahaja salah orang, diri kita saja yang betul. Maksudnya tidak semudah melafazkan kisah para sahabat yang kukuh beriman kerana ia perlu kepada bantuan dan hidayah Allah.
Bersemuka dengan hakikat seharusnya menjadikan kita lebih tenang dan matang kerana kita mudah nampak kearah mana kita akan berakhir. Senario yang tidak suka bersemuka dengan hakikat kehidupan akan melahirkan manusia yang tidak jujur dalam perbuatan dan kata-kata. Mereka ini terperangkap dalam mindset atau pemikiran bahawa semua perkara mudah di sorok dengan cara di 'beli' dengan kuasa atau wang ringgit. Yang mereka lupa ialah 'iman tak boleh di jualbeli atau di warisi'. Ia perlu kepada pendakian yang payah dan kian payah saat nyawa di kerongkongan.
Seorang yang berpoligami bersemuka dengan isteri pertamanya menyatakan kini beliau punya tanggungan yang bertambah dan tidak boleh lagi berdampingan macam dahulu. Isteri ini perlu 'come to terms' dengan hakikat tersebut dan meredhai apa penyusunan Allah kepadanya. Dalam umur yang aktif banyak urusan yang boleh di terjemahkan kepada amal soleh insyaAllah.
Isteri kedua pula mesti pandai bersemuka dengan hakikat beliau mengambil suami orang lain dan mesti redho berkongsi, bukan sebaliknya mengharapkan isteri pertama hilang daripada pandangan suami melalui peceraian atau tohmahan. Harus di ingat 'what goes around comes around'. Jika hari ini anda menyakiti seseorang, satu masa nanti anda akan di sakiti...jangan marah. kena 'come to terms' dengan hakikat kuasa Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.
Semoga penulisan ini memberi kekuatan kepada saya bersemuka dengan hakikat saya tidak secepat dahulu,tak boleh marathon dengan pelbagai kegiatan,aktiviti, program atau projek. Segala urusan perlu di bantu dan di permudahkan. Namun saya turut perlu mempermudahkan orang lain dalam bentuk yang berbeza, antaranya buah fikiran, menulis atau mendoakan dan mendoakan agar amal yang sedikit tidak terbatal. Amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus peringatan ini. Satu kenyataan hidup yang memang sukar dilalui. Kita pun sering cakap: "aku buat ini kerana Allah". Tetapi bila diuji, ia amat berat. Bagaimana hati perlu di pujuk untuk menerima dan terus menjalani hidup dengan penuh redha. Sama-sama kita berdoa semoga Allah menunjuk jalan dan memberi kekuatan. Hanya kepadaNYa kita mohon pertolongan. Salam.
ReplyDeletesalam,betul,betul,betul...pinjam kata2 upin ipin
ReplyDelete