Salam
Selasa 5 Mac 2011. Suami saya menyertai rombongan adik saya ke Brunei untuk melangkah dan mengembangkan perniagaan di luar negara. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan didoakan warga Brunei akan dapat menikmati makanan ala Arab sedikit masa lagi.
Sebelum penerbangan pulang suami saya menghantar sms 'isteri cik gu Shahidan meninggal dunia 2 Mac di Kulim". Berita mengejut kerana kali terakhir (dua tahun lalu) saya melihat kak Nor paling sihat kerana mengamalkan makanan 'Herbal life'
Cik Gu Shahidin sedang bersemuka dengan realiti kehilangan orang yang di sayang sedangkan beliau sendiri mempunyai falsafah unik' l want to die young', maksudnya berjiwa muda. Sebagai seorang bekas guru bahasa inggeris dan minat berbasikal beliau pernah menjadi duta Aman Palestin berbasikal ke seluruh negara satu masa dulu. Saya masih ingat arwah isterinya melepaskan beliau berbasikal dengan penuh kasih sayang. Kini orang tersayang tiada di samping.
Belum mampu rasanya saya mengucapkan takziah kerana cik gu mesti sedang sedih berkabung. Kisah sedih kematian orang yang di sayang pernah di dokumenkan dalam seerah Rasulullah saw ketika dua tokoh yang mendampingi baginda meninggal dunia iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercintanya Khadijah. Isra' Mi'raj telah terjadi berikutan tahun kesedihan bagi menghibur baginda.
Iktibarnya kita semua kena bersiap sedia untuk meninggalkan dan di tinggalkan orang tersayang dan tidak ada hiburan yang lebih baik daripada 'taqarrub ilallah' (berdamping dengan Allah) sebagai mencari jalan yang Allah redho...maaf akan di sambung...
No comments:
Post a Comment