NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, March 30, 2011

BEKAM RAWATAN SUNNAH RASULULLAH SAW

SIHATNYA ANAK KECIL DI CEMBURUI ORANG TUA:SITI NURUL ZAHIDAH SALEH

Salam

Ahad 27 Mac 2011 temujanji telah di buat untuk mengulang rawatan berbekam atau HIJAMAH (bahasa Arab) yang saya lakukan 10 hari lalu. Rawatan berbekam merupakan sunnah yang dilakukan Rasulullah saw.

Berikut adalah petikan daripada internet mengenai hijamah:

Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”

Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).

Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”

Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”

Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”

Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”

Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”
KESAN RAWATAN KIMOTERAPI ANAK SEPUPU SAYA KINI TERLANTAR COMA



Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.

Seorang teman daripada Jakarta pernah menunjukkan kepada saya dan suami kesan berbekam yang amat di yakininya merupakan rawatan terbaik. Melalui sumber internet juga saya dapat maklumat mengapa perlu berbekam seperti berikut:

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?












Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...


Rawatan saya kali kedua didahului dengan jarum akupuncture. Keadaan kesihatan dan keletihan agaknya menyebabkan rawatan kali ini amat berbisa sekali. Ingin saya mengeluh sakit tapi cepat-cepat saya membayangkan betapa kecilnya sakit ini berbanding ramai lagi manusia yang melalui ujian, antaranya mangsa tsunami di Jepun. Terasa juga saya betapa sakitnya Assyahidah Zainab Ghazali yang di pukul dalam keadaan luka parah. Hampir sejam rawatan barulah lega rasa bisa kesan dua rawatan. Ustazah perawat bercanda 'kalau nak sihat kena sakit dulu.'

Baru sekarang saya insaf betapa rawatan sunnah merupakan rawatan yang mendidik urat saraf saya. Sebelum ini saya pernah mengalami 'nerve tension' dan dirawat di hospital. Saya di beri ubat penahan sakit serta rawatan lanjut di hospital pakar. Scanning tulang kaki sahaja kena bayar lebih RM300.

Alhamdulillah setelah rawatan bekam kali kedua saya mengalami beberapa simptom serangan angin, nak muntah,cirit birit dan migrain. Kenalah bertahan sehingga proses pembersihan berlaku. Semoga rawatan kali ketiga nanti dapat mengembalikan nikmat kesihatan yang sedikit demi sedikit sudah mulai lemah.Inilah sunnatullah ciptaan Allah, anak kecil akan membesar, yang muda jadi tua,yang sihat berubah sakit dan yang hidup akan mati.

Sebaiknya kita menjadi insan 'UlulAlbab' yang sentiasa peka dengan perubahan anugerah Allah,beriman dengan qada dan qadar yang Allah tetapkan serta membuat persiapan untuk kematian.

Sewaktu menapak perlahan-lahan kerana saraf kaki saya agak sensitif doa di panjatkan 'Ya Allah,aku redho dan aku beristighfar, ampunkan dosaku melalui setiap denyut kesakitan yang ku alami.' Amiin

No comments:

Post a Comment