NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, November 25, 2010

KETULANG (TULANG TERSANGKUT DI TEKAK)





Makan-makan di restoran Singgah Selalu

Salam

Khamis 25 November saya bersama saudara di JB ke restoran 'Singgah Selalu' berhadapan Danga Bay Johor. Sejak dua hari hujan turun sebelah petang mencurah-curah lebatnya. Rancanganya teman dari Singapura akan menemui kami namun tidak kesampaian hajat dek hujan.

Makanan alhamdulillah sedap dan menyelerakan. Menu yang baru saya rasa ialah sup ekor goreng. 'Ouiisyy des' kata orang Jepun. orang Arab kata 'lazizah jiddan'. Maknanya 'Mmm sedapnya'

Sambil makan bersantai menunggu teman dari Singapura kami bercerita tentang ikan dan di akhiri pengalaman derita bila 'ketulang (terkena tulang). Baru-baru ini saya sendiri mengalami tulang tersangkut di tekak selepas menikmati ikan kerapu goreng. Mulanya saya sangka kecil sahaja dan membiarkannya. Namun ia bertambah terasa bila selsai makan. Usaha biasa memuntahkan makanan tidak berjaya lantas saya kembali mengambil kepalan nasi untuk di telan berkali-kali. Gagal juga.

Saya teringat seorang teman menyatakan jika terkena tulang cuba minum air daripada periuk tanah tapi tidak ada siapa menyimpan periuk tanah (clay pot) di Anjung 7 ketika itu. Sebentar kemudian seorang pembantu berbangsa Indonesia membawa segelas air, 'minum' katanya 'aku dah doakan...'' 'doa apa?' saya bertanya. ' Aku lahir songsang, kata orang doa anak lahir songsang dapat mengubat orang sakit.' 'Ah mengarut kamu...' saya menafikan,tapi saya minum juga dengan doa sendiri nak jaga hatinya. Masih belum ok.

Sepanjang hari saya tidak selesa dengan kesan 'ketulang' dan terus menelan apa sahaja yang dapat 'menyapu' tulang daripada tekak. Lewat malam saya menelan beberapa ubat supplement dan dengan izin Allah pil primerose oil yang lembut berkesan membawa tulang bersamanya, alhamdulillah. Satu pengalaman yang harap-harap janganlah berulang kerana paling tidak selesa bila ketulang.

Iktibarnya terlalu kecil nikmat yang di uji sedikit kita terasa berat kesannya,apatah lagi jika kita meneguk dan memakan dengan senghaja makanan atau minuman haram yang mungkin tidak 'ketulang' sertamerta tapi akan merunsingkan di hari hisab nauzubillah.

Rupanya dalam kes ketulang ini ada cerita sampai menemui maut kerana terlalu mengambil mudah. Saudara saya pernah melihat seorang bapa saudaranya di kampong menderita bertahun bengkak lehernya kerana ketulang. Akhirnya menjalani operation dan menemui ajal selepas itu mungkin tekaknya sudah di hinggap virus dek terlalu lama bengkak.

Antara cara mengatasi ketulang ialah menelan buah pisang yang lembut dan mudah hazam dalam perut. Satu kaedah lagi katanya menurut perubatan Islam ialah dengan mengambil seekor kucing, garukan satu kaki kucing ke tempat tulang menghala keluar atau ke dalam. Berselawatlah banyak-banyak, ia juga satu rawatan,insyaAllah. Selain cara itu,yang berunsur kotor dan sebagainya cuba elakkan. Khurafat dan amalan sesat jangan sekali di lakukan. Syirik nanti.

Seorang anak teman menyatakan Dato'nya ada membacakan ayat-ayat suci dan doa meminta cucunya minum bila terkena tulang. Bila sudah sembuh kena beri Datoknya sebatang jarum dan sebiji bawang sebagai 'ubat pengeras, kalau tidak Datoknya akan sakit' Saya tidak berani komen kes bersyarat begini.

Saya tuliskan kisah ketulang kerana saya yakin ramai yang mengambil mudah jika terkena dan membiarkan ia pulih sendiri. Ini tidak wajar kerana di bimbangi kesan ketulang yang lama meroskakan tisu tekak. Seperkara lagi ialah elakkan khurafat dan meyakini ada kuasa selain Allah dalam urusan menyembuhkan jika sakit.Ia semua hak Allah, kita hanya berusaha sebaiknya.WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment