NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, November 29, 2010

ANJUNG 7 SHAH ALAM




Salam

27-28 November 2010 (Sabtu & Ahad)saya di minta melihat-lihat keadaan di Anjung 7 kerana pengusaha D'Arab Cafe II (gerai 5,6 & 7) bercuti. Tugas utama saya ialah menyemak rekod kutipan dan jualan harian supaya selari dengan rekod di mesin 'punch'

Amanah tetap amanah. Saya menghabiskan masa mengedit beberapa urusan disamping melayan tetamu yang datang. Suami saya turut ber'kampong' di Anjung 7 kerana membantu urusan kecemasan mendapatkan keperluan. Sekurang-kurangnya dua kali beliau keluar bersama petugas membeli bahan keperluan dan menghantar 'catering'. Alhamdulilla sikap 'merendah hati' beliau dapat memberi sumbangan kearah menunaikan amanah.

Mengimbau sejarah kehadiran D'Arab Cafe di Anjung 7 sejak April 2009 saya amat bersyukur kerana ia berlaku sewaktu saya menjadi pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 seksyen 7 dan U12 Shah Alam.

Sewaktu meninjau projek penswastaan MBSA yang mana Anjung 7 di senaraikan projek 'bermaslah' Datuk Bandar Shah Alam meminta saya 'do something' untuk memulihkan keceriaan kompleks food court tersebut. Rekod menunjukkan gerai makanan tidak dapat bertahan kerana ketiadaan pelanggan. Kekerapan gerai makanan di tutup telah menarik minat pengusaha D'Arab Cafe untuk mencuba nasib di situ.

Selain itu ada khurafat yang sering di sebut ketika tinjauan di lakukan dimana ramai yang berpandangan Anjung 7 telah 'disihir' dan ada 'blackmagic'... itulah yang menyebabkan gerai yang di buka tidak mampu bertahan lama kerana 'gelap'. Sejarah pembinaan Anjung 7 juga kurang 'telus' kerana ada unsur 'salahguna kuasa' WaAllahu'alam

Apapun dua hari pemerhatian cukup untuk saya menilai prestasi Anjung 7 mutakhir ini. Saya perhatikan pelanggan yang datang adalah kumpulan yang sama, antaranya berkeluarga, kariah surau dan masjid serta kaum kerabat pengusaha. Saya memerhatikan kemudahan yang di sediakan, petugas menjalankan kerja dan cerita yang di bawa pelanggan.

Satu perubahan sewaktu D'Arab Cafe memulakan perniagaan di Anjung 7 ialah pengelibatan semua ahli keluarga dan sahabat serta kenalan. Apa yang di lakukan ialah setiap malam Jumaat selama 10 minggu ahli kariah 10 buah surau yang ada di seksyen 7 dijemput untuk menjamu selera di Anjung 7. Saudara mara pengusaha D'Arab cafe sanggup sponsor jamuan tersebut dan alhamdulillah mereka juga bertambah rezeki sejak melibatkan diri.

Setiap kali memperkenalkan menu baru 'food tasting/testing' percuma akan dijalankan selama seminggu dan ini juga menarik ramai peminat. Akhir sekali sepanjang bulan Ramadhan anak-anak yatim dijemput berbuka puasa, solat dan berterawih sama di Anjung 7. Buat pertama kali gema azan dan doa solat berjemaah terdengar di Anjung 7.

Dua hari pada hujung minggu ini saya perhatikan Anjung 7 di penuhi pelanggan yang datang bertaliarus. Tidak mustahil semua pengusaha yang berniaga mendapat curahan rezeki kerana masing-masing menjalankan perniagaan yang berbeza. Ada gerai khusus menjual air minuman, barangan dan makanan kering Arab, sup dan asam pedas, kuih dan manisan, korma dan ice krim serta makanan ala barat. D'Arab Cafe mendominasi makanan Nasi mandy dan kabsah, kebab dan swarvarma. Kutipan hujung minggu amat memberansangkan mencicah lebih RM5000. Alhamdulillah.

Syarat awal saya kepada pengusaha D'Arab Cafe jika ingin berjaya ialah jaga solat dan lancarkan bacaan AlQuran. Harap-harap syarat kejayaan ini terus di jaga. Syarat kedua untuk kejayaan bersama ialah semua petugas jangan tinggalkan solat serta hadir tazkirah mingguan. Saya kira syarat kedua ini sedang melalui jalan sukar kerana ramai petugas datang dan pergi serta masa lapang masih belum seragam. Di gerai bukan kepunyaan D'Arab Cafe tidak ada siapa yang sanggup menegur petugas tidak bersolat.

Syarat ketiga kepada pengusaha di Anjung 7 ialah jaga kebersihan kawasan perniagaan dan layanan mesra termasuk memakai uniform. Syarat ini juga amat sukar dipatuhi kerana saya perhatikan terdapat 'structural defect' atau struktur pembinaan yang kurang berkualiti menyebabkan air kumbahan sekitar bilik air bertakung, retak disana sini. Yang paling saya sedih ialah keadaan surau yang perlukan sentuhan kebersihan. Telekong yang di guna dan kebersihan bilik air serta peralatan surau daif sekali.

Kini saya tidak lagi menjadi Pengerusi MPP untuk membantu kejayaan projek penswastaan MBSA. Tetapi saya sendiri dengan beberapa orang teman akan menjadi pengusaha dengan bermulanya "Galeri Mawaddah' di Anjung 7 sedikit masa lagi. Galeri Mawaddah adalah lanjutan kepada projek Mawaddah Kraf yang akan melibatkan juga keusahawanan makanan tradisional dan kerjatangan jahitan telekong termasuk pek 'persiapan jenazah' untuk wanita.

Cara operasi Galeri ialah mengadakan 'show room' di Anjung 7 sementara pemasaran akan di jalankan melalui pelbagai sumber tidak terkecuali melalui internet. Wawasan galeri ialah untuk menjadi pusat pameran terkenal dalam dan luar negara terutama untuk memberi khidmat kepada kaum minoriti umat Islam diluar negara. Dari segi kebajikan Galeri turut berhajat dapat menyediakan keperluan solat dan jenazah kepada golongan fakir miskin satu masa nanti,insyaAllah

Akhir sekali sepanjang saya berada di Anjung 7 pelbagai kisah sampai ke telinga saya. Antaranya karenah dan masalah sosial setempat. Difahamkan ada penuntut IPT yang menyewa rumah sekitar seksyen 7 tanpa segan silu membawa masuk teman lelaki dan wanita menginap dirumah dan tiada usaha menghalang aktiviti ini. 'Seriau' (takut) saya mendengar kisah ini di tambah lagi dengan cerita pekerja daripada Indonesia yang datang membujang di Malaysia mencari pasangan masing-masing secara sukarela. Bila pulang ke kampong mereka 'membawa hala' sendiri seolah-olah apa yang berlaku di Malaysia adalah satu keperluan. Saya dah mula risau dengan beberapa pekerja Indonesia yang bertugas di D'Arab Cafe, adakah mereka juga mempunyai 'fikrah'yang sama.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul bagi majikan. Doa saya kita semua dijauhkan daripada amalan songsang dan nafsu bi suu (nafsu jahat) yang sering berkeliaran di jiwa insan yang kering daripada petunjuk dan hidayah Allah.

Kini dua hari yang berlalu di Anjung 7 mengajar saya untuk mempastikan kejayaan yang di raih perlu ada barakah. Tidak ada jalan mudah untuk mencari barakah kecuali dengan redho Allah. Allah hanya redho jika kita memiliki keyakinan yang kukuh agar sentiasa mohon pertolongan dengan solat dan sabar.

No comments:

Post a Comment