NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 24, 2010

KENANGAN DI JOHOR BAHARU (JB)

Usahawan muda









Kak Maziah
tangan emas kuih deram
gerai simple tapi menguntungkan
Kenangan di Batu pahat

Salam

Selasa 23 November 2010 tarikh istimewa dan suami saya mempelawa keluar kawasan (outstation). Tawaran yang menarik kerana saya memang merancang akan ke Johor Baharu pada hari Khamis selepas kelas harfiah. Terpaksalah sekali lagi saya tidak hadir.

Kebetulan saya merancang menemui saudara di JB dan turut mempelawa anak saudara sepupu berjumpa emak saudaranya. Alhamdulillah kami bertiga selamat memulakan perjalanan selepas waktu Asar petang selasa itu. Anak saudara sepupu saya kurang sihat kerana ada insiden trauma yang dilaluinya dan buat pertama kali dia mampu meluahkan masalahnya dengan deraian air mata. Aduuh....malang sekali tidak ramai orang dapat mengetuk hati remaja masakini kecuali kita berdamping rapat dengan mereka,termasuk bermusafir sekali.

Menjelang 9.00 malam kami tiba di R&R Macap kerana anak saya yang tinggal di Batu Pahat amat berhajat berjumpa walaupun kami menghalangnya kerana beliau sedang sarat mengandung dan di nasihatkan banyak berehat. Rupa-rupanya sedia menunggu kek keju harijadi. Sungguh kuat ingatan anak saya ni pada tarikh 23 November. bagi saya sejak berusia emas ni tak ingat tarikh lahir pun tak mengapa.! Setelah menjamu selera dan bermesra dengan cucu-cucu kami meneruskan perjalanan ke JB.

Tanda arah menuju rumah saudara saya di Tampoi ialah perumahan Mara berhadapan Kompleks Angsana Mall. Tau-tau kami hampir nak masuk Woodland di tengah-tengah bandar JB yang sesak. Pusing kembali dan minta bantuan sepanjang jalan mencari Jalan Tampoi. Rupanya jalan di JB banyak 'detour' memberi laluan pembangunan highway yang berselirat saya lihat. Mungkin ini kesan pembangunan Bandar Iskandar. WaAllahu'alam, doa saya agar jangan JB tergadai kepada orang asing kerana pembangunan yang di iklankan bertaraf antarabangsa dan mahal-mahal belaka.

Tiba di rumah No 8 Jalan Buruh jam hampir menunjukkan pukul 11.00 malam. Keputusannya kami bermalam di rumah kak Maziah. Istimewanya tuan rumah ialah kesederhanaan hidupnya dan mesra layanannya. Beliau bercerita bahawa keluarganya pernah ke rumah saya sewaktu convocation anaknya di UiTM Shah Alam. Entahlah, saya lupa kerana rumah wakaf saya tu siapa pun boleh masuk, jadi dah terlalu ramai keluar masuk saya lupa ziarah beliau sewaktu arwah suaminya masih hidup. Arwah suaminya mengidap penyakit kencing manis kronik dan telah di potong sebelah kaki sewaktu berziarah ke rumah saya. Rupanya kaki keduanya di potong selepas itu dan dua bulan kemudian beliau menghembuskan nafas terakhir.

Selain mengimbau kenangan di JB saya merancang bertemu kak Maziah kerana saya di maklumkan cucunya yang berumur 19 tahun menjadi usahawan berjaya. Beliau meneruskan perniagaan Kuih Deram Asli yang amat popular di JB dan Singapura. Saya masih ingat kak Maziah akan sering mengirim kuih deram setiap kali arwah bapa saya singgah di rumahnya. Saya ketika itu sedang 'jaga badan' jarang tergiur memakan kuih manis. Tidak saya duga kuih manis yang bernama deram itu kesukaan suami saya.
Bila saya mendengar kisah cucu kak Maziah rasa ingin mengenalinya bertambah kuat,mungkin beliau boleh menjadi contoh remaja yang berjaya di bidang keusahawanan kepada remaja lain. Khabarnya pendapatan bersih beliau ialah RM3000 seminggu, sebulan 5 digit lah...Rahsiannya yang kini mempunyai 5 orang pembantu ialah 'kerja kuat'. Setiap hari dua kali berniaga di pasar tani atau pasar malam. Bila taukeh kuih sendiri berada di merata tempat ia serupa pengiklanan percuma. Tak perlu bersusah payah iklan di internet ke, di TV ke kerana kini peminat yang mencari mereka.

Kak yah nama singkat saudara saya yang berasal daripada Terengganu ini telah mengajar saya dan anak saudaranya resipi rahsia 'kuih deram Maz asli' keesokkannya. Entah menjadi atau tidak kalau ilmu itu jatuh ke tangan saya, tapi saya sarankan anak sepupu saya jangan lupa motivasikan diri dengan kejayaan cucu kak yah. "Orang muda sekarang kena kaya dan kaya dengan usaha halal dan berkat" pesan saya bersungguh-sungguh. Tersenyum anak sepupu yang hampir berkelulusan PhD ini, satu sejarah pemegang PhD menggoreng kuih deram!! kami gelak sama. Why Not???

Kenangan di JB amat banyak menerpa minda saya sepanjang berada di Hotel Seri Malaysia dan menulis blog ini. Saya mula diambil bertugas sebagai Pembantu Pelukis Pelan di Jabatan Ukur di SUK Johor sebaik sahaja saya lulus MCE tahun 1966. Ketika itu arwah bapa saya hampir umur bersara daripada menjadi guru dan untuk menyara anak-anak yang ramai (belum 13) perlukan seorang anak yang bekerja. Bebekalkan gred 1 memang mudah menerima tawaran kerja namun semua pihak menasihatkan saya melanjutkan pengajian ke tingkatan 6. Seingat saya hanya dua bulan saya bertugas di JB, kemudian di tawarkan kursus di UiTM yang tidak menerima saya ke mana-mana kursus malah menghantar saya ke Kolej Tunku Kurshiah untuk meneruskan tingakatan 6, yang seterusnya kerjaya saya menjadi sejarah kini.

Di JB hampir 40 tahun lalu saya pernah melalui pengalaman mandi tanpa air paip, tinggal di rumah teman (sewa) dan menaiki bas berhenti-berhenti pergi ke tempat kerja (2 jam nak sampai). Terlalu selamat keluar pagi balik petang dan seingat saya belum ramai orang Melayu bekerja di Jabatan Kerajaan ketika itu. Sewaktu melapor diri di SUK saya ternampak seorang wanita cina agak berumur (rambut putih) menjalankan tugas di mejanya. Mungkin beliau kurang sihat kerana wajahnya nampak jauh lebih tua daripada 55 tahun umur bersara. Terdetik di hati saya ketika itu...'janganlah aku kena bekerja sampai umur wanita cina ini...tak larat' seolah-olah saya berpandangan janganlah siksa orang tua hingga terpaksa memikul tugas berat di pejabat tanpa rehat. Kini ia menjadi sejarah kerana saya meninggalkan perkhidmatan kerajaan sewaktu umur belum mencapai 50 tahun. Ameen.

Saya masih ingat juga arwah bapa saya sering ke JB ketika itu kerana seorang adik saya turut bekerja di JB menjual 'toseh'. Entah mengapa beliau kurang minat meneruskan pelajaran dan berniaga di JB. Ketika itu Jalan Ah Fook popular dan sesak sekali, dengan perhentian bas dan di situ juga kedai makan dan pasar awam. Ramai lagi yang masih suka ke Singapura ketika itu kerana mata wangnya masih sama dengan Malaysia. Kini pasar awam dan perhentian bas telah lama berpindah ke Larkin,kawasan lebih luas dan perjalanan ke Singapura pun lebih ketat dengan peraturan, tak boleh pergi sesuka hati.

Terkenangkan JB dan Singapura saya terkesan juga kerana ramai orang Melayu di Singapura yang masih perlukan bantuan dan bimbingan budaya hidup Muslim. Walaupun tidak ada bukti kukuh saya di fahamkan ramai remaja Singapura kurang berminat dengan budaya 'lama' malah memilih budaya moden Singapura termasuk perlu memiliki pendidikan tinggi untuk 'survive', ciri terakhir merupakan satu peningkatan yang positif.

Mutakhir ini terdengar kisah jenayah dan pelbagai tekanan hidup orang Melayu di Singapura. Saya mendoakan mereka cepat-cepat cari penyelesaian kembali ke jalan Islam dengan sabar dan solat. Setelah berpendidikan tinggi mereka tidak boleh lupa merenung penciptaan otak dan minda itu hak siapa? bukan hak kerajaan atau sesiapa pun, ianya hak Allah yang mesti di syukuri. Janganlah pula memandang rendah suasana di JB sehingga ada telahan yang menyatakan orang Singapura nak buang sampah merata tunggu masuk JB kerana tidak ada undang-undang mendenda mereka serta merta dengan SD500 (RM1000 lebih)!! WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment