

Kumpulan karatewayang pacak
Salam
Satu kemahiran terkini yang perlu di kuasai ialah seni mempertahan diri. Anak-anak kecil tidak terkecuali kerana otot mereka masih lembut. Tae Kuan Do, Karate, Silat adalah antara kemahiran yang di minati.
Dalam karnival di Taman Tasik Seksyen 7 anak-anak yang menyertai kemahiran di Pusat Akuatik Shah Alam telah menunjukkan persembahan. Yang menariknya sama seperti permainan kompang ialah pakaian seragam bersih, gerak lincah yang sederap dan kesungguhan anak-anak berdisiplin.
Begitu banyak bidang yang nak di kuasai anak-anak hari ini sehingga kita lupa mereka perlu juga bermain dan berhibur. Oleh itu urusetia karnival telah menyediakan program wayang pacak Upin & Ipin dengan kerjasama Jabatan penerangan Negeri Selangor pada sebelah malam. Suasana tenang selepas hujan ribut siang tadi membuatkan saya tersentuh dengan ramainya pengunjung malam itu. Di beberapa sudut keluarga datang membawa tikar duduk menghadap skrin putih sambil menikmati juadah makanan yang di beli di gerai. Senyum melebar peniaga malam itu menjadi kenangan juga. Alhamdulillah wayang pacak mengingatkan kembali nostalgia di kampong satu ketika TV belum di perkenalkan.
Masa dulu setiap ada pengumuman wayang pacak anjuran Jabatan penerangan orang kampong akan berkumpul di pekan terdekat dan wayang cerita cowboy atau perang akan di tayangkan. Di saat kritikal hero nak menang wayang akan di berhentikan untuk ucapan ahli politik. Saya kurang ingat ketika itu tapi yang saya suka ke tempat wayang ialah dapat membeli 'kacang putih'. Kacang yang di jual dalam kertas bentuk cone (muncung) menjadi rebutan sambil melihat wayang pacak. Ketika itu ramai juga remaja muda mudi berpeleseran tapi tidak seberani sekarang. Yang saya masih ingat kawan-kawan saya yang lebih tua akan menerima secebis nota...dan itulah yang menjadi motivasi mereka hingga tiba bulan hadapan bila wayang akan di tayangkan lagi. Kadang-kadang kita tidak pernah muhasabah apakah yang menjadi pendorong kita untuk menunggu hari esok agar sentiasa peka, segar, aktif, beribadat dan memberi sumbangan bakti. Adakah kerana wang, pangkat, pujian, hayalan atau kedamaian dalam redho Allah??? mari kita semak helaian di hati kita masing-masing.
Apa pun saya mengucap syukur dapat mengadakan program keluarga di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam yang di hasratkan awal lagi. Sebenarnya Allah tahu apa hajat dalam hati kita dan di saat apa yang di hajat berlaku saya rasa amat terharu...betapa besar rahmat Allah tak setimpal dengan kesyukuran yang saya lafazkan.
Kebetulan malam Ahad satu program keluarga turut di atur dengan Ustaz Miftahuddin untuk tafsir Alquran 'The Miracle 15 in 1' Tajuk yang di sentuh juga menyebut rahmat Allah dalam kalimah 'BISMILLAHI RAHMAN NIR RAHIM' Anugerah Allah di dunia dan di akhirat iaitu rahmat ArRahman yang bercorak menyeluruh tetapi sementara, dan rahmat ArRahim yang khusus berkekalan untuk orang beriman di akhirat. Saranan Ustaz kita umat Islam kena menjemput kedua-dua rahmat ini, iaitu berjaya di dunia dan bahagia di akhirat. Amiin.
No comments:
Post a Comment