NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, April 7, 2010

TADHARRU' -MERENDAH DIRI DI HADAPAN ALLAH



Salam

Isnin 5 April kumpulan usrah teman wanita kariah Surau Taqwa Seksyen 7 Shah Alam mengadakan pertemuan seperti biasa. Tajuk yang di kupas ialah sifat kerendahan, TADHARRU' merendah diri di hadapan Allah. Satu perasaan tidak berdaya dan kebergantungan hanya kepada pertolongan Allah SWT.

Alhamdulillah masing-masing dapat berkongsi pandangan dan perasaan. Agak terkejut juga saya dapat maklumat seorang ahli usrah kini telah di madukan....dan nasihat saya padanya 'JANGAN BERGANTUNG KEPADA SUAMI DARI SEGI KEYAKINAN, BERGANTUNG KEPADA ALLAH.' Betapa mudah bercakap kalau kita belum merasai pedihnya bermadu. Itulah ujian dunia, makin di kejar makin lari.

Manisnya pertemuan hari itu semua pakat berpuasa...saya seronok dengan kumpulan ini kerana ada pesta puasa, pesta tahajjud, musafir dan sebagainya. Semua perkara jadi pesta dalam hati kami. Tuan rumah telah menyediakan masakan asam pedas ikan parang dan karipap untuk santapan berbuka puasa...besar pahala memberi makan orang berpuasa.

Sambil membelek banyak buku-buku di atas meja tuan rumah selepas usrah saya terpandang sebuah buku politik tulisan Zaid Ibrahim bertajuk "I, TOO, AM MALAY' cetakan Mac 2009, setahun yang lalu . Antara saranan di muka surat awal kata aluan Tengku Razaleigh Hamzah ialah agar buku ini menjadi bacaan remaja. Rupanya buku ini terjemahan buku 'SAYA PUN MELAYU' yang di sasarkan kepada bekas rakan seperjuangan Zaid Ibrahim dalam UMNO.

Tak sampai sehari buku itu habis saya hadham dan natijahnya saya lebih jelas mengapa kuman yang menyerang sebuah parti politik hari ini begitu teruk hingga penulis menyebut jangan terkejut jika Malaysia menjadi ZIMBABWE...Tiba-tiba saya terkenangkan sifat kerendahan yang perlu ada di jiwa pemimpin kerana tanpa sifat ini memang sukar untuk mereka menikmati rahmat Allah di sekeliling mereka. Apa yang mereka kejar hanyalah kerakusan dan penindasan sehingga semua orang yang menentang di anggap musuh.

Yang saya amat tertarik dalam penulisan Zaid Ibrahim ialah komen terus terangnya mengenai pegawai kerajaan...yang malang....tanpa integriti dan mudah di peralat...so bagi yang ingin mendalami hasrat hati seorang yang berterusterang baca buku ini dengan penuh TADHARRU' WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment