NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, April 6, 2010

LITTLE URBAN KIOSK


Perasmian little urban kiosk with sheena and fatin
bersama team MPP Zon 3 dan Little urban kiosk
team little urban kiosk


Salam

4 April 2010 Little Urban Kiosk telah di rasmikan. Majlis ringkas yang di hadiri sebahagian besarnya remaja yang mengusahakan gerai jualan air di taman Tasik Seksyen 7 begitu syahdu. Penampilan mereka dengan T Shirt merah dan topi putih anggun...namun lebih anggun jika auratnya di sempurnakan.

Apa pun saya di beri penghormatan merasmikan Little Urban Kiosk..kata ibu arwah Syanaz yang terpilih dalam temuduga untuk memiliki kiosk ini dan kini di ambil aleh adiknya Sheena, Shanaz amat mengkagumi saya...nauzubillah...saya tidak layak di kagumi. Mungkin kami sepakat untuk membuat perubahan kepada senario penggerai yang tidak berwawasan. Lahirnya Urban Kiosk dan kini 'little urban kiosk' menjadi petanda bahawa wawasan kami telah pun terjelma.

Suasana syahdu mengingati arwah Shanaz membuka majlis, namun saya cuba juga menyampaikan amanat penting kepada anak-anak muda ini. Sekurang-kurangnya saya telah menyempurnakan tugas saya menasihati mereka...Addinu nasihah...Agama Islam itu nasihat untuk Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman.

Saya ada menerima tiga aduan, anak-anak muda yang menjadi pengunjung gerai little urban kiosk ada yang merokok, pakaian menjolok mata dan pergaulan bebas. Cara menegur mereka hanyalah menyatakan bahawa semua manusia akan mati dan menghadap Allah tentang apa yang di lakukan sewaktu hidup. Arwah Shanaz mesti inginkan doa yang baik daripada kawan-kawannya yang mana jika amal soleh ia bahagia dan jika amal buruk ia tersiksa. Ini juga akan saya sendiri lalui kerana saya ada saham dengan ujudnya 'little urban kiosk' . Harapan saya penggerai kiosk belajar dariapada satu dengan lain, bekerjasama, minta nasihat daripada yang lebih berpengalaman. Alangkah indahnya jika nanti akan terbina sebuah surau dan semua penggerai berebut-rebut mengerjakan solat awal waktu sebagai contoh kepada pengunjung dan pelanggan....dan ia akan jadi budaya positif meningkatnya rezeki semua...amiin..itulah pesanan akhir saya dalam majlis ringkas petang itu.

No comments:

Post a Comment