NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 27, 2010

RUMAH HOTEL



Suasana dalam rumah hotel
Gerai ikan Kg Tongkah
Merasmikan kem motivasi el-Azzhar
Kenangan di Morib

Salam

Sabtu 27 Mac membawa saya dan suami serta seorang teman ke Morib, singgah di kg. Tongkah membeli ikan laut fresh dan di Banting makan 'nasi bawal' serta mi udang.

Program anjuran Pertubuhan Mawaddah Malaysia di kem El-Azzhar Morib perlu di raikan kerana motivasi anak-anak remaja keluarga 'miskin bandar' (urban poor) mempunyai keuikannya tersendiri. Mereka kelihatan yakin diri, namun bila di asak dengan komitmen dan kesungguhan untuk cemerlang ternyata kurang responsif. Ketika di minta menyertai 'Skuad Bersih' untuk memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan masyarakat mengelak daripada wabak denggi ramai yang menyepi, kurang faham, kurang peduli dan menganggap ia bukan urusan mereka. Bisikan yang saya perolehi daripada AJK MPP Zon 3 mengenai prestasi akademik golongan anak-anak 'miskin bandar' ini ialah ramai yang kurang upaya menulis dan membaca dengan baik. 'Tolonglah Datin...jangan biarkan mereka jadi macam orang kulit hitam di bandaraya New York ke di Washington ke..mereka jadi penjenayah nak cari makan di kota...' sampai kesitu pinta seorang yang peka dengan pembangunan insan di bandaraya Shah Alam.

Kembali semula ke Shah Alam selepas waktu Zohor kami bertemu seorang akitek warga Indonesia yang menyempurakan senibinanya sebuah 'rumah hotel' di seksyen 11. Sebuah rumah bunglow tersergam di tengah-tengah bunglow lain, rumah hotel unik kerana semua yang di luar dan di dalam rumah menyerupai sebuah hotel. Saya teringat seorang teman saya sewaktu masih bekerja dulu...'setiap kali I balik outstation dan menginap di mana-mana hotel, balik I mesti hias rumah I macam bilik hotel, bunga segar, cadar bersih dll, sampai l ubahsuai paip bilik mandi tau...' teman itu berkongsi. Tidak salah ramai yang akan terkesan dengan khidmat sebuah hotel, lebih-lebih lagi hotel 5-6 bintang, namun membina sebuah rumah hotel...wow ini biar betul...

Apa pun teman yang bersama saya kagum dengan penggunaan semua ruang dalam rumah hotel ini. Inilah 'my taste' luas, tersergam, kemas, bersih dan cantik...'dia terus memuji. Tuan punya rumah tersenyum puas, ' umur 55 tahun baru dapat kak..' Saya menjawab selamba, ' my house ada dalam doa Alquran, Surah AtTalaq ayat 11, pinjam doa Siti Asiyah isteri Firaun ketika di zalimi yang merayu...'Wahai Allah binakan untukku di sisiMu sebuah rumah dalam Syurga..' 'Mmm logik..doa yang tepat...nanti jangan pulak orang kata 'sour grape, atau terkilan tak dapat rumah macam orang lain elak kata doa macam isteri Firaun..'suami saya menasihat.

Saya akur. Tidak sedikit pun saya rasa terkilan orang lain punyai rumah besar tersergam, ngeri adalah , satu, silap-silap haribulan ada penghuni lain yang tinggal bersama, kedua takut tak terjawab di hadapan Allah apa saya buat rumah tersergam...kalau setakat nak menunjuk itu dah jadi dosa..itulah sifat dunia, serba tak kena. Yang terbaik alhamdulillah syukur ada tempat tinggal, masih ada rezeki, dapat menghayati Islam, beriman, bertaqwa, pandai solat, masih mampu baca Alquran dan melakukan apa yang di redhai Allah dalam baki umur yang ada. Terkini saya pun nak ikut falsafah teman saya dulu, buat rumah kita macam hotel...tapi sebuah hadis ada menyebutkan 'jadikan rumah sebagai sambungan Masjid..itu semua pilihan masing-masing.

Seronoknya sebelah malam kami sekeluarga bertemu di 'rumah hotel' menikmati makan malam nasi arab dan ikan segar yang di beli siang tadi. Ini baru rezeki, makan sedap, silaturahim dapat dan akhirnya setiap Ahad lepas Maghrib kami akan bertemu di rumah hotel ini mendengar tafsir Alquran oleh Ustaz Miftahuddin. Alhamdulillah, satu keputusan yang amat tepat, sesuai dan barakah mudah-mudahan. Semua ahli Kohatsa yang membaca blog ini sila datang ke rumah hotel (tanya ibu ayah alamat tepat kalau masih kabur) setaip Ahad, 8 malam bermula 4 April 2010. Yang lagi menariknya siapa datang daripada outstation akan menginap di rumah hotel malah di beri kos petrol, tol dan elaun harian...menarik kan?WaAllahu'alam

1 comment:

  1. After all that has been said about where you live and how you live, A House must also be A Home.If our house is a home,rain or shine, dark or lighted, we find our self at peace. A home is where the heart is and the heart is where Dear Allah is, most loving most merciful.

    ReplyDelete