NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, March 30, 2010

ANTARA PESTA MEMANCING DAN PERADUAN BERCERITA SEERAH RASUL




Salam

Ahad 28 Mac 2010 pesta memancing anjuran kerajaan negeri Selangor kendalian Pak Jali yang di katakan 'event manager memancing'yang tersohor seluruh Malaysia. Saya sendiri baru pertama kali dapat melapangkan masa menghadiri pesta ini kerana sebelum ini seringkali hujung minggu clash dengan program lain.

Melihatkan ribuan yang datang daripada seluruh pelusuk Malaysia ada yang menyatakan anggaran pelancung hari itu lebih 30 ribu orang, rupa-rupanya mereka salah menyebut bahawa lebih 30 ribu itu adalah hadiahnya yang berjumlah RM35 Ribu. Mungkin yang datang sekitar 10 ribu lebih sahaja.

Apa pun saya baru pertama kali berhadapan dengan 'kaki pancing' yang memang kelihatan 'obssessed' (gila memancing) sampai hitam legam muka, ada yang sempat memakai tudung muka dan topi. Gelagat mereka tak ubah macam kegilaan yang lain, bola dan seumpamanya. Yang paling menarik ialah hadiah di berikan 'cash' satu ribu, satu ribu, masing-masing penuntun sama membilang. Katanya pemenang akan di escort ke bank untuk mengelak kejadian tak di ingini berlaku.

MasyaAllah!. Saya lihat pek-pek duit seribu seribu tak ubah macam duit rupiah yang saya terima di Jakarata baru-baru ini, kira-kira 10 juta. 35 ribu hampir 100 juta!!

YAB Menteri Besar datang menyampaikan hadiah jam 2.30 petang dan semua acara selesai hampir jam 4.00 petang. Saya tak mau komen apa-apa tentang perjalanan program, tapi yang saya lihat bergegas menunaikan solat zohor hanya beberapa kerat. Tepatlah kata seorang AJK MPP saya bahawa kini solat telah menjadi begitu berat tak ramai yang sanggup bersusah payah, main tinggal sahaja senang. Memang agak sukar juga kalau nak tunaikan solat dalam pesta ini kerana tanda surau tak kelihatan dan air di bilik air katanya menitis sahaja (kurang bekalan air). Pada saya ini satu petaka kerana hanya Allah dapat membekalkan air (Surah Al Mulk) dan kalau kekurangan air hanya kepada Allah kita mohon pertolongan.

Seorang wanita bersama anaknya dapat mengambil wuduk dengan ihsan pejabat en saiful di depan kiosk Mawaddah Kraf. Selepas solat dia bertanyakan pengangkutan. Saya dapat rasakan sukar dia mencari pengangkutan selepas program dan perhentian bas agak jauh. Ini juga satu kesukaran bagi pengunjung yang tidak berkeendraan kebetulan pula hujan telah mulai turun. Apa pun sekaligus perancangan untuk memberi khidmat kepada pengunjung Taman Tasik shah Alam perlu di kaji dan di perbaiki.

Sebaik program memancing tamat kami ada jemputan menyaksikan peserta pertandingan bercerita seerah Rasul di kompleks PKNS. Satu tempat yang baik mengadakan sebarang program kemasyarakatan kerana pengunjugnya ramai dan memang Kompleks PKNS satu-satunya tempat berkumpul ahli keluarga membeli belah. Saya kagum dengan anak-anak yang petah berceramah dan terbayang dalam 10-15 tahun nanti mereka inilah yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Kalaulah mereka jelas dengan nilai dan akhlak hidup bertamadddunkan Alquran dan sunnah mereka pasti akan dapat melihat kebangkitan Islam di akhir zaman.

Hadiah pertama pemenang bercerita seerah adalah RM200 sahaja, berbanding RM35k pesta memancing. Memang penat memancing, segala kudrat dan doa termasuk kesabaran amat teruja siapa yang menyertainya, bagi yang menang berbaloilah bahasa sekarang. Bagi yang tak menang redho dan cuba lagi. Tapi dalam pertandingan bercerita seerah semua dapat pengalaman, kefahaman dan kepuasan walaupun hadiah beberapa buku cuma. Saya harap tidak ada orang melihat perbandingan hadiah ini sebagai satu usaha menggagalkan pertandingan seerah, bukan. Cuma ingin mengajak hati-hati yang ikhlas supaya menilai semula harga sebuah kefahaman di jalan yang lurus. Ia harus lebih menarik, mencabar dan memberi erti yang lebih kepada peserta. Saya mencadangkan kepada Dato' Bandar Shah Alam agar program ini di teruskan dan di perluaskan, jawapan mudah beliau ialah mana ongkosnya...satu cabaran untuk menampilkan anak-anak zaman ini yang berkualiti tinggi. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment