NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 27, 2010

INI SATU KESALAHAN-JAIS

Salam

Antara rungutan dan aduan penduduk warga MPP Zon 3 yang tinggal berhampiran Kawasan Perniagaan berhampiran Bintang Supermarket ialah kekurangan tempat letak kereta dan mutakhir ialah membantah adanya pembinaan pusat karaoke di tempat letak kereta bertingkat.

Mendengar aduan yang bertalu-talu mengenai pembangunan di seksyen 7 amat memenatkan saya. Bila di semak hasil e-aduan di sebutkan 'telah selsai' sedangkan kotak-kotak bilik karaoke sedang giat dalam pembinaan.

Saya ada menerima panggilan daripada seorang ustaz mewakili JAIS. Mulanya sedap hati juga kerana pihak JAIS mengambil peduli masalah yang menghantui kami di Seksyen 7. Tapi alangkah terkejutnya saya bila dia bertanya...'Surau yang baru depan Pasaraya Bintang tu nama apa ya? saya dapat tau Surau tu belum di daftarkan dengan JAIS. ADALAH SATU KESALAHAN TIDAK MENDAFTAR SURAU DENGAN JAIS...bengangnya saya dengan kenyataan ini meyebabkan saya beristighfar berkali-kali...dalam hati berkata malang sungguh kawasan saya menerima padah seorang pemegang amanah agama MEMPERSOALKAN Surau tak berdaftar, sedangkan di sekeliling surau maksiat berleluasa...Ya Allah tolong..jangan dekatkan aku dengan makhluk macam ini...

Pengalaman pahit ini membuatkan saya surut sebentar untuk mempercayai mana-mana pihak yang sepatutnya membantu semua urusan amal kebaikan termasuk mendaftarkan Sebuah Surau. Adakah kuasa sahaja yang laku dalam perbendaharaan manusia sekarang. Tanpa kuasa kita tidak ada hubungan? Tanpa kuasa tak ada siapa nak dengar? Saya dapat baca daripada nada Ustaz Jais itu bahawa 'saya ada kuasa, mengapa tak jumpa saya...' mungkin saya suuzzan (buruk sangka) tapi selama ini dia mengaku tinggal berhampiran mengapa dia tidak menasihat malah mempermudahkan pendaftaran surau...tiba-tiba mebentak INI SATU KESALAHAN?

Alangkah sedihnya jika ada pihak yang terganggu dengan KESALAHAN ini dan tidak lagi mau menunaikan solat berjemaah di surau? dan dengan kesalahan ini juga ia mungkin akan di ambil kesempatan oleh pihak yang bencikan Islam menabur fitnah...nauzubillah, saya berlindung dengan Allah daripada malapetaka ini. WaAllahualam

1 comment:

  1. Typical. Kata pepatah: Kuman di seberang lautan nampak. Gajah ditepi mata tak nampak. No..no.. tak tepat. Ini kes manusia suka kerja yang senang sahaja. Cari salah memang senang. Nak membetulkan kesalahan itu susah. Kalau JAIS hanya suka buat yang senang-senang, susahlah rakyat. Nak bergatung pada siapa ya?

    ReplyDelete